Assalamualaikum. Saya Cik Sumi. Sudah berkahwin, baru 7 tahun lebih…
Saya tertarik dengan confession puan yang mengatakan mula tinggal solat sebab mandi wajib, (https://iiumc.com/reply-kenapa-berubah-selepas-berumahtangga/).
Sejujurnya mandi wajib bagi saya agak melecehkan juga sebab saya sejenis yang tak suka basahkan rambut semasa mandi di pagi hari.
Sebab saya orang yang bekerja awal pagi, jadi memang rambut tak sempat kering, dah nak tutup sebab bertudung. Sebab tu kadang-kadang keberatan untuk bersama di malamnya sekiranya esok bekerja.
Tapi, kena ingat 2 perkara, kewajipan melayan suami dan jangan lupa kewajipan melaksanakan solat kepada Pencipta kita. Jadi, walaupun leceh, bersabarlah ye.
Dan pentingnya komunikasi dengan pasangan. Suami tahu saya malas nak mandi wajib di pagi hari bekerja, jadi boleh bincang bersama di pagi hari cuti selepas solat subuh sama-sama. Atau boleh juga bersama awal sikit pada malam hari bekerja, jadi bolehlah mandi dulu sebelum tidur…
Syukur juga suami juga jenis jaga solat, maka sama-sama mengingatkan. Kalau dia kerja malam sekalipun, kalau dia tengok fon saya belum aktif di waktu subuh, dia akan mesej atau call untuk tanya saya dah bangun subuh atau belum.
Dan saya juga tak perlu runsing tentang solat bila berjalan ke mana-mana sebab memang suami akan berhenti untuk solat.
Kalau nak keluar makan malam pun, kadang-kadang kami akan keluar selepas maghrib atau kalau perlu keluar awal, saya akan berwuduk siap-siap.
Walaupun suami jenis solat laju, tapi dia tetap menunggu saya yang ambil masa yang lama bila bersolat di luar.
Saya membesar dalam keluarga yang dulunya tak jaga solat. Semasa meningkat remaja, saya mendapat hidayah untuk menjaga solat, asbab didikan dan teguran kakak kedua dan abang ketiga.
Jadi kalau keluar ke mana-mana, saya lebih tenang menaiki kereta kakak kedua berbanding ibu bapa sendiri dan kakak sulung.
Seorang anak nak tegur ibu bapa lebih susah daripada ibu bapa nak tegur anak. Jadi saya hanya mampu doakan seluruh keluarga saya agar menjaga solat. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah jaga solat.
Teruskan berdoa puan, InsyaAllah moga-moga anak puan juga akan menjaga solat.
– Cik Sumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit