Tentang Bisnes

Baru-baru ni kecoh pasal usahawan tudung berhutang dengan supplier.

Sebelum ni A* tumpas.

Tahun lepas itik.

Gini la.

Apa yang saya nampak sekarang ni, bisnes offline terutama yang memegang stok ni sangat berisiko. Mana nak bayar sewa kedai, kalau ada staff nak bayar staff pulak.

Orang salahkan ekonomi? Ya, ada benarnya. Itu juga salah satu faktor penyumbang.

Tapi antara faktor terbesar ialah adanya platform2 online yang menawarkan harga jauh lebih murah.

Siapa taknak murah kan?

Bisnes yang saya nampak good business n low risk:

Bisnes Event…

Lagi2 di bandar2. Orang sanggup spend tau. Buat eventspace berskala kecil. Generasi-generasi semakin lama semakin kecil circlenya.

Mana taknya, kadang tu jiran pun tak bertegur. Jadi akan datang orang akan lebih kepada intimate wedding yang berskala kecil. Jadi eventspace yang kecil ni sangat laku keras ya.

Hire staf pun mungkin parttime sahaja jadi dah jimat di situ. Aircond buka waktu event sahaja. Belon2 hiasan? Murah je cuma orang tak rajin untuk bentukkan dan deco.

Jadi saya nampak ni adalah antara good business n low risk.

Business yang bagus sekarang ialah bisnes yang tak boleh dapat di online atau sukar didapati di online.

Bisnes yang perlu pegang stock, lepas tu nak kene compete pulak dengan online tiktok dsb sangatlah high risk ya.

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *