Tentang Curang

Hi semua. Ni kali pertama saya menulis. Selama ini hanya menjadi silent reader sahaja. Kalau bosan maafkan saya dan boleh bagi respon untuk saya tambah baik penulisan saya.

Saya banyak terlibat dengan mereka yang mempunyai penyakit mental di mana mereka telah dapatkan diagnosis daripada pakar psikiatrik atau psikologis klinikal bukan yang self diagnose berdasarkan rujukan tiktok atau Mr Google.

Bila bercakap pasal curang biasanya jari akan di tunding pada golongan lelaki. Tapi pernah tak kita sedar lelaki juga banyak yang dicurangi dan mereka juga tersakiti.

Dicurangi itu sesuatu yang juga melukakan untuk lelaki. Sehingga luka itu membawa kepada depression, anxiety dan addiction.

Iya bila bercakap tentang penyakit mental ianya tidak hanya disebabkan oleh satu faktor atau satu peristiwa sahaja tapi dicurangi itu boleh membawa kepada penyakit mental jika tidak diuruskan dengan baik.

Jika wanita boleh terluka, lelaki juga begitu. Jadi bila bercakap tentang curang saya bersetuju curang itu adalah pilihan.

Betul kita tak boleh kawal rasa suka,tertarik atau jatuh hati pada seseorang tapi kita boleh kawal tindakan kita. Macamana suka pun kita pada seseorang kalau kita tak buat apa, tak akan jadi apa-apa pun.

Dan bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Maknanya jika satu pihak bertindak tapi satu pihak tidak menyambut maka tiada apa yang akan berlaku.

Curang boleh berlaku pada siapa sahaja atau dimana sahaja. Walau pasangan sudah cukup cantik, bergaya dan melengkapi namun masih tidak menjanjikan kita tidak akan dicurangi.

Sama juga jika kita sentiasa berkepit dengan pasangan,melayan dengan baik, sentiasa bermesej atau berhubung masih juga tiada jaminan pasangan kita tidak akan curang.

Kadang-kadang walau duduk bersebelahan, pasangan kita mungkin sedang mengorat orang lain melalui text atau WhatsApp .

Jadi untuk mereka yang terlalu takut dicurangi atau yang telah dicurangi fokuslah pada perkara dalam kawalan anda sahaja.

Anda dicurangi bukan kerana anda tidak cukup baik, tidak cukup cantik, tidak cukup kacak, tidak disayangi, tidak cukup memberikan perhatian dan layanan.

Anda dicurangi kerana itu adalah pilihan pasangan anda. Ingat itu!

Maka jika anda adalah antara yang terluka,tersungkur, terduduk kerana dicurangi berhentilah menyalahkan diri. Fokus semula pada diri anda dan jangan rendahkan nilai diri anda.

Menangislah jika perlu, ambillah masa untuk menyusun kembali hidup anda namun jangan pernah dicurangi itu menghentikan hidup dan impian anda.

Jika mereka memilih untuk berlaku curang anda berhak memilih untuk bahagia.

– Jentayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya pernah dicurangi. Alasan suami mencurangi saya adalah kerana kesian dengan perempuan tu masih belum kahwin. Asanya nak tolong carikan jodoh untuknya tetiba suami yang terciduk. Suami dah menyesal dan meminta maaf berkali-kali, katanya dia yang lalai. Saya sayangkan suami jadi saya terima dia. Cuma saya rasa sangat takut untuk percayakan dia kembali sebab dia tipu saya. Saya juga susah sangat nak lupakan benda ni, selalu rasa marah dan kecewa, apa yang berlaku sering bermaik-main difikiran saya. Tapi sebab saya sayangkan dia dan dia kata nak lupakan benda ni, saya kadang pendam sendiri je. Apa yang patut saya buat sebab saya rasa saya susah nak lupakan benda ni dan sentiasa rasa insecure dengan suami saya lagi2 akalau dia pergi mana2 tanpa saya. Helppp..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *