Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali, aku selalu baca luahan kat sini tapi ini pertama kali aku meluahkan dekat platform ini.
Perkenalkan nama aku Zulaika menuju angka 30-an.. Aku mempunyai degree dan sedang bekerja di syarikat swasta. Aku tak tahu nak luah dan tanya pendapat dekat siapa sebab aku dah tiada mak, ayah aku pula tak berapa peduli sangat pasal aku sejak dia dah bernikah baru.
Adik beradik aku semua lelaki dan busy bekerja jauh daripada rumah. Aku pun tak ramai kawan-kawan. Jadi aku nak tanya pendapat kalian yang membaca luahan aku ni.
Bila dah nak masuk angka 30 ni mestilah kita akan terfikir tentang jodoh.. Jadi aku rasa aku kene ikhtiar cari jodoh. Bagi aku jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha. Masa zaman belajar ada jugalah kawan lelaki yang aku minat tapi apakan daya bukan jodoh aku.
Zaman kerja pun sama kebanyakan rakan sekerja aku dah berkahwin dan ada pasangan masing-masing. Aku mula bermain fb dating pada awal tahun ini disebabkan beberapa kawan aku bertemu jodoh di situ.
Pada awal tahun ni aku ada berkenalan dengan beberapa orang lelaki di platform tersebut tetapi kesemuanya redflag bila berkenalan mesti akan bercakap tentang perkara berunsurkan lucah dan ada juga yang tak boleh terima bila aku bagitau aku berasal daripada“broken family”.
Jadi aku pun berhentilah bermain fb dating ni buat seketika waktu.. Aku cuba perbaiki diri dari hari ke hari.. Tiba-tiba pada awal bulan 5 aku tergerak hati nak cuba mencari lagi di platform tersebut.
Aku sejenis yang takkan terima orang kalau tiada profile picture dekat apps tersebut. Tapi aku tertarik dengan seseorang ni bila dia komen dekat gambar aku (gambar aku daripada belakang sedang melihat pemandangan )..
Aku tak berapa ingat dia komen apa sebab aku dah delete apps tersebut. Tapi yang pastinya komen tersebut membuka pintu hati aku untuk accept dia. Setelah beberapa hari berkenalan kami pun bertukar no telefon sebab kami masing-masing busy jadi tiada masa sangat nak buka apps tersebut.
Aku tertarik dengan dia sejak awal perkenalan sehinggalah ke hari ini. Aku namakan dia Ris berusia 30-an menuju ke angka 40-an. Asal Kedah (Oh yaa kampung aku pun kat kedah dan aku memang nak cari pasangan belah utara).. Jarak usia kami 8 tahun.. Dia mempunyai diploma dan juga bekerja di syarikat swasta yang boleh dikatakan stabil..
Selama beberapa bulan perkenalan dia tak pernah tunjuk gambar dia dekat aku. Pada awalnya aku sangat curiga dengan dia sebab aku takut dia laki orang atau teman lelaki sesiapa sebab dia hanya hubungi aku waktu bekerja. Dia akan call kalau waktu bekerja sahaja. Kalau waktu cuti adalah sekali dua dia call aku bila kat rumah.
Oh ya dia bekerja shift di sebuah syarikat pelabuhan. Kalau waktu cuti dia akan voice notes atau mesej. Biasalah lelaki dalam lingkungan usia begini lebih suka call atau voice notes berbanding mesej panjang berjela.
Ini pertama kali aku berkawan dengan lelaki yang lebih berusia daripada aku.. Mula-mula aku pelik kenapa dia sibuk pada hari cuti tapi lama kelamaan aku faham setelah dia menghantar bukti-bukti kepada aku. Dia hidup bujang tinggal di sebuah apartment seorang diri.
Pada hari off day dia akan buat kerja rumah, beli barang dapur, me time tengok wayang dan balik rumah masak untuk lauk seminggu bekerja. Jadi dia memang sibuk pada hari cuti tersebut tapi dia tak pernah terlepas nak whatsapp aku bagitau yang dia nak keluar pergi beli barang atau ke mana sahaja.
Aku sejenis takut mengganggu dia jadi aku tak akan mulakan mesej atau call dia. Memang aku akan tunggu sahaja mesej atau call daripada dia. Aku rasa aku dah mula jatuh cinta pada dia sebab pada pandangan aku dia sangatlah greenflag kecuali suatu benda dia tak pernah nak share gambar personal dia. Jadi aku taktahu bagaimana rupa dia.
Aku pun tak pernah share gambar aku tapi biasalah perempuan kan nak attention jadi aku pernahlah sekali dua letak dekat status whatsapp gambar aku jadi dia pernah tengok wajah aku di status whatsapp.
Dia seorang lelaki yang baik, sabar, tunaikan solat, tak merokok dan vape, selalu ucapkan terima kasih dekat aku sebab terima dia. Dia ada cakap kita berkenalan ni slow & steady tak perlu gopoh gapah.
Dia juga tak aktif media sosial jadi aku susah nak stalk dia cari tentang dia dekat mana-mana media sosial. Aku ada facebook dia tapi memang kosong tiada apa-apa. Hanya gambar pemandangan sahaja. Bagi dia main media sosial ni buang masa jadi dia lebih fokus bekerja. Dia hanya buka media sosial untuk baca berita atau membeli barang online sahaja.
Bila aku minta gambar dia jawapannya dia segan dia minta aku sabar, nanti dia akan bagi pada waktunya. Mungkin disebabkan perkenalan kami masih awal dan dia juga ada trauma tentang masa lalu. Tapi setiap kali call aku selesa nak bercakap dengan dia atau meluahkan hari-hari aku..
Bagi aku dia sangat matang dalam memberi pendapat dan menyelesaikan masalah. Dia pun banyak berkongsi cerita kepada aku tentang family , pekerjaan, masa lalu serta semua kehidupan dia.
Disebabkan matlamat kami sama masing-masing ada tujuan yang sama iaitu mencari jodoh maka kami adalah berbincang tentang masa depan kami. Banyak kami berkongsi cerita bertukar pendapat dan sebagainya.
Sejak berkenalan dengan dia aku semakin rajin beribadah.. Tidur aku pun makin stabil maksudnya aku akan tido lebih awal untuk bangun tahajud dan istikharah, makan tepat waktu, aku mula jadi lebih baik. Dia juga banyak nasihat aku dalam banyak perkara.
Persoalannya kat sini aku masih curious bagaimana rupa dia?Adakah dia ni betul jodoh aku?Dia ni greenflag ke redflag sebenarnya?
Perkenalan kami baru 3 bulan.. Kami ada merancang untuk berjumpa di tempat awam (macam mall yg ada sambungan dengan MRT sbb aku memang sejenis yg suka naik kenderaan awam dan juga untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku)..
Bila aku tanya bila nak berjumpa dia cakap insyaAllah tahun depan atau akhir tahun kita jumpa. Tapi bagi aku tahun depan tu macam lama untuk aku. Dia kata dia nak kenal selesa dulu dengan aku melalui chat dan call.
Buat waktu sekarang aku takut untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada dia sebab aku takut aku akan kecewa nanti.
Jadi aku nak tanya korang yang membaca ni apa pendapat korang tentang hubungn kami ni?Tolong aku sangat memerlukan nasihat dan pendapat daripada korang yang lebih banyak pengalaman.
Terima kasih sudi baca luahan aku yang panjang ni. Banyak lagi aku nak tulis tapi takpelah setakat ni dulu aku bercerita.
-Gadis yang sedang mencari jawapan-
– Zulaika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Dari mata turun ke hati. Selagi tak bagi gambar, selagi tulah redflag.
Jadiklah detektif konan sikit. Your evaluation of him berdasarkan apa dia cerita je. Jumpa pun takpernah.
You’re living in an illusion yg dia cipta. Tah2 suami org anak 8. Tah2 serial killer. Haha.
Apa pun, zaman skrg ni kena ada buruk sangka sikit.
Bukan lar nak kecewakan awak, tapi makcik rasa dia mcm suami orang je tuh. Terlalu green flag dan berahsia mengenai hal peribadi.