Tentang Diri

Aku rasa terpanggil nak tulis kat sini tentang masalah yang aku hadapi. Selama ini aku berperang dengan diri aku sendiri.

Cerita dia begini, aku hidup dari keluarga toksik, nenek tak ngam ngam dengan mak. Mak ayah sering bertengkar, dan keluarga yang selalu bergaduh besar. Tak kira mulut, atau fizikal.

Aku pernah kena belasah dengan mak cik sebab hal kecil. Tarik rambut, pukul belakang badan dan sebagai nya.

Di hadapan orang keluarga kami nampak ok, sempurna dan bahagia. Aku hidup selama ni dalam keluarga yang saling membenci, keluarga ayah tak pernah nak ngam dengan kami. Tak tau la apa yang tak puas hati.

Bertahun2 begitu, adik beradik aku kebanyakannya baran dan tak sabar. Kalau nak suruh buat apa2 selalu ada adegan tengking, ugut. Sampai aku dah lali.

Kini aku menjadi baran. Oleh kerana pernah kena buli dengan makcik aku dulu, setiap kali orang nak buli aku, suruh itu ini aku akan lawan.

Dengan ayah sendiri pun aku pernah nak kena pukul dengan kayu ketika kemas lepas banjir, sebab lambat masak nasi, aku ambil botol kaca nak pukul ayah, tapi sempat di halang mak.

Makin dewasa, aku tak boleh orang buat aku, atau sakitkan hati aku, aku pernah cekik adik aku, aku pernah koyakkan buku sekolah abang aku sebab die smack down aku sampai sakit pinggang. Padan muka die kena marah dengan cikgu. Macam tu aku fikir ketika tu.

Aku rasa kalau orang kritik aku, macam sikap aku, atau penampilan aku, atau masakan aku, aku rasa amat terhina.

Aku benci orang yang komplen bertubi, rase nak cekik dia. Lama juga macam ni, bila orang mempersendakan aku atau gurau2 lebih aku anggap serius, adakah aku tak pandai bergurau.

Perkara berlarutan sampai aku di alam pekerjaan, bos malukan aku depan staf dengan baling fail kerja depan muka aku sampai maki2 aku. Aku jatuh sakit dan tak lama lepas tu resign.

Lama aku nak bangkitkan semangat aku balik, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam percintaan membuat aku sangat rapuh.

Setiap hari solat malam dan mengaji quran bermuka- muka, kadang baran nak datang, datang jugak. Berubat ustaz pulih sekejap.

Kalau aku terlalu risau aku akan berdebar2 tak boleh tidur malam, macam tak de jalan keluar pada masalah.

Lepas kejadian tu, aku bercinta tapi, aku ditinggalkan tanpa explaination juga aku dah hilang semangat diri, bila cari kerja aku jadi resah nak kerja dengan orang, kadang aku gagalkan interview tu,

Aku cume boleh kerja sendiri tanpa ada bos. Aku fobia dengan majikan. Pendapat aku pernah ditolak mentah2 tak dikatakan budak mentah. Banyak yang negatif.

Terkini aku sudah berkahwin, awal perkahwinan aku boleh kawal lagi emosi. Aku cuma menangis bila encik suami tegur kesalahan atau komen apa2. Tetapi sejak akhir-akhir ni aku akan marah2, dan melawan dia.

Setelah 1 tahun kahwin. Dia nasihatkan aku jangan jadi derhaka, tapi aku kata aku tak boleh tahan berdiam diri, kalo aku sorang je salah mana boleh, aku kena pertahankan diri aku macam dulu.

Aku fobia dibuli, tambahan encik suami susah di bawa bincang dan banyak serahkan tanggungjwaab rumah pada aku, even sebiji pinggan dia pun tak basuh.

Mula- mula aku husnozon.. Lama2, penat jugak badan, dah la nak buat apa yang kita suka kena kawal itu tak boleh ini tak boleh, wajar ke aku marah dan mengamuk, atau memang aku ni tak normal.

Sebab setiap kali marah2 dia, aku akan mintak maaf.. Tapi nanti selang brape hati gaduh lagi. Entah la, tak paham dengan diri sendiri, kesian jugak dia asik kena marah. Apa nak buat, atau aku kena jumpa doktor jiwa?

Yang aku boleh ngam sangat adalah mak aku, ayah tak, mungkin sebab ayah lelaki. Ayah dan suami adalah lelaki. Mungkin aku terbawa-bawa benci lelaki, aku tak nak aku kena buli dengan suami aku, macam ayah buli mak aku, sebab tu ak marah suami aku.

Alhamdulillah suami belum pernah naik tangan pada aku tapi die pernah tinggi suara. Dan suara die yang tinggi tu membuat aku terlalu takut sampai gigil nak nangis, aku lari naik bilik dan kunci, sebab aku teringat kisah silam aku.

Aku nangis bukan biasa2 tapi nangis yang tersedu2 tak kuat. Kami memang akan mintak maaf lepas tu, tapi aku sendiri pening kenapa aku macam ni mudah maaf, mudah lupa, nanti marah lagi, rasa macam tak normal.

Sampai sekarang aku terpikir adakah sekarang ni pun toksik jugak, sungguh aku trauma. Aku tak boleh orang marah atau tengking sikit, aku akan nangis dan takut. Aku tak suka orang marah2.

Yang aku perasaan aku akan mudah marah2 bila penat, tak dapat apa aku nak, orang tak perhatian pada aku,

Bila orang paksa aku buat perkara aku tak suka atau aku berada pada tempat yang serabut bersepah atau, keadaan yang rushing atau kejar masa, memang aku akan marah2 contoh macam nak waze jalan.

Kalau semua benda tersusun, semua kemas dan tak terkejar masa aku releks, bila kerja yang kene kejar dateline aku memang akan resah.

– Ili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *