Tentang Hutang

Thank you admin approve this confession.
Hari ni aku nak cerita pasal hutang sebab nampak banyak dalam newsfeed pasal orang tuntut hutang tapi si penghutang ni tanpa segan silu buktikan dia tak nak bayar. Lantaklah pemberi hutang ni minta macam mana sekali pon, dia tetap tak nak bayar. Katanya tak de duit, tapi boleh beli baju/kasut baru, upgrade phone, holiday etc.

Aku tak nak cerita bab penghutang… sebab spesis macam ni berlambak dalam dunia. Jangan bagi ‘the limelight’ kat diorang. Biar diorang mampus mereput tersangkut di antara langit dan bumi. Tak payah bagi diorang ayat ‘Aku tuntut di padang mahsyar’… atau ‘Merangkaklah cari aku untuk bayar hutang guna pahala kau yang sekelumit tu, atau aku gantikan dengan kau tanggung dosa aku setara dengan hutang kau dulu’. Tak perlu adik-adik… Jangan sulitkan perjalanan kita di mahsyar dengan set appointment untuk berjumpa dengan mangkuk ayun tu semua. Jangan… Tak berbaloi. Kita mahukan perjalanan kita smooth di sana.

Aku nak cerita pasal pemberi hutang sebab aku dalam kategori tu. Korang nampak tak apa beza pemberi hutang dengan penghutang ni? Kita ni (aku la) ada giving power. We have that. Maksudnya, rezeki kita lebih (sampai boleh bagi hutang kepada orang). Selagi kau berfikir kau ada cukup/lebih, selagi tu money will flow to you (law of attraction). Kita tangan yang di atas, diorang tangan yang di bawah. Who is winning here? 1 markah untuk kita. YAY!

Kalau kau belum berada di tahap yang aku sebutkan di atas, kau set dalam minda & jiwa kau, kau nak jadi tangan yang di atas. Tolonglah fedup asyik-asyik jadi tangan yang di bawah. Tak boring ke asyik nak mintak hutang?

Bila tangan kita berada di atas, bukanlah aku nak galakkan korang pergi tabur-tabur duit bagi hutang especially kat mangkuk-mangkuk tu semua. Bukan. First, acknowledge Allah dah beri kita ‘kelebihan’ (wang) Alhamdulilllah. Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian rezeki kita juga ada bahagian untuk orang lain. Bila ada yang ingin meminjam, bukan tak boleh bagi langsung. Bagi… tapi bukan dengan cara membabi buta.

Aku nak cerita sikit zaman aku mula-mula kerja. Dari awal lagi aku selalu memandang diri aku sebagai tangan yang di atas, sebab aku sedar dengan segala nikmat dan kurnia yang Allah berikan padaku Alhamdulillah. Walaupun pada masa tu gaji aku tak la besar mana, aku adalah tangan yang di atas (ni mindset aku) di kalangan orang sekeliling aku pada waktu tu. So bila ada yang nak meminjam, aku boleh bagi… Tapi ada one thing yang aku sentiasa pegang iaitu — Aku percaya aku akan lebih berjaya pada masa akan datang… Kalau waktu aku di bawah pon (kerja gaji tak besar), kau (penghutang) tak jaga hubungan/trust yang aku ada pada kau, kau akan kehilangan pertolongan aku bila aku berada di tempat yang lebih tinggi pada masa akan datang. So sapa yang jaga keyakinan aku sebagai pembayar hutang yang baik, memang aku akan repeat tolong dia. Kalau tidak, sorry, sekali je la aku tolong kau. Hutang liat nak bayar, ada hati nak mintak repeat/topup.

Kadang2 memang ada yang bukan sengaja susah bayar, ada kala memang diorang dalam kesusahan tapi aku mewakili pemberi hutang sedunia nak bagitau korang, kitorang ni lembut hati bila penghutang2 sekalian tunjuk effort untuk bayar. Effort tu yang penting… Bayar je la sikit-sikit (lama-lama jadi la bukit, itu pon nak ajar ke), cakap sorry minta delay tanpa pemberi hutang tu tanya, tunjuk yang korang sedar korang tangan yang di bawah. Maintain the trust. Penghutang, sedarlah, ada berkat dalam effort korang untuk selesaikan hutang InsyaAllah.

Fast forward, sekarang aku dah hampir 12 tahun bekerja dalam bidang proffesional. Dah ramai aku tolong (aku kan upper hand…), tapi dah ramai jugak yang aku padam daripada list kelayakan untuk menerima bantuan daripada aku… Sebab langsung tak boleh percaya… Ruginya kat sapa? Bukan aku pastinya. 1 lagi markah untuk kita. YAY!

Memang la setiap sorang tu aku ada rugi beratus-ratus diorang tak bayar. Tapi untungnya, sekarang kau buang manusia2 takde kualiti tu dari hidup korang. Apalah yang ruginya daripada simpan siamang tu semua sampai zaman kegemilangan kau sekarang dan akan datang, kemudian diorang datang buat onar dekat korang dengan kencing sambil berlari. Kalau diorang muncul jugak, tanya diorang, hutang lapuk diorang dulu bila nak selesaikan? Aku jamin lah, diorang takkan berani tunjuk muka diorang dekat korang lagi. 1 lagi markah.

Lagi satu yang aku notice hasil daripada observations aku, penghutang yang liat nak bayar ni, hidup diorang tak tenteram, tak berkat, takde rahmat, sentiasa tidak kecukupan, banyak masalah. Aku nak sumpah lebih2 tu jadi macam ermm takpelah, karma is a bitch. Eh, kita orang islam la, karma pulak. Kifarah dosa dia kadang-kadang Allah tunjukkan pada kita. Rasakan… Grab your popcorn and enjoy the show. Tapi… (ada tapinya…)

Meh aku cerita… Aku pernah bagi satu nilai pinjaman yang sangat besar (waktu aku mula-mula bekerja)… Taulah waktu tu setiap sen sangat berharga. Dengan niat yang baik, hati yang tulus ikhlas, aku bagi hutang dengan jaminan keluarga penghutang… Same drama, bila aku nak tuntut hutang, aku yang dicaci maki. Serious aku confuse. Tak ada langsung ‘effort’ macam yang aku sebutkan di atas. Bertahun-tahun aku sakit hati, sampai satu masa, kawan aku sedarkan aku yang aku ni adalah orang yang teraniaya, dan doa-doa orang yang teraniaya ni makbul hendaknya. DOA! Tapi aku tak doa keburukkan kepadanya (ceh, buat apa aku nak buang masa), aku doakan segala kebaikan untuk diri aku dan keluarga.

Since aku the upper hand, I choose to be the bigger person juga (bukan menggemuk/mengamuk ye adik-adik). Memandangkan tujuan hutang yang aku bagi tu untuk tujuan yang murni, so aku dah penat tuntut dan akhirnya aku halalkan saja. HALAL beb!!! Upper hand sungguh aku rasa. Dan apa aku dapat? Segala kebaikan yang tidak terduga. Allah dah gantikan hutang dekat 7 ribu tu berkali-kali ganda hingga aku tak terkira lipat gandaannya. Sabar dan redha sahaja, InsyaAllah rezeki kau akan menjelma berkali ganda. Berapa markah nak kira kat sini? Tak terkira!

Yep, aku dah strike out the whole family daripada list kelayakan bantuan daripada aku… Dan apabila aku tengok kesan kifarah kepada mereka para penghutang ni, aku rasa macam kesian balik, sebab teruk sangat hidup tak tenteram, tak berkat, takde rahmat, you wouldn’t wish it upon others. Biarlah itu antara dia dengan Tuhan, kau enjoy je benih-benih hutang yang kau taburkan selama ini.

Kita selalu dengar orang kata ayat yang paling panjang dalam Al-Quran adalah tentang adab hutang (Al-Baqarah Ayat 282), tapi aku nak anjurkan Al-Baqarah Ayat 280 ni kepada semua…
“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui .”

“…lebih baik UNTUK KAMU”… Rugi la korang tak grab this golden offer.

Ikut koranglah nak tuntut atau tidak. Konsepnya hutang perlu dibayar walaupun tidak dituntut. Sendiri mau ingat. Jika kita penghutang, berusahalah membayar.

I have the upper hand, you should too.

– Upper Hand

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *