Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Kakchik, sudah berkahwin, anak dua, suami ganteng, alhamdulillah bahagia dengan izin Tuhan. Hihi.
Tujuan Kakchik menulis ini bukanlah untuk meluahkan kemaslahatan mahupun melafazkan kesedihan.
Cuma Kakchik terpanggil untuk menulis setelah acap kali membaca berkenaan kesedihan, masalah dan segala bentuk negativity dalam IIUM Confessions beberapa bulan kebelakangan ni.
At one point, I saw a single, unmarried man wrote on the comment section,
“Memang beginikah hidup berumahtangga? Semua orang cerita tentang masalah yang tak berkesudahan. Takut aku nak kahwin”. Lebih kurang begitu. Ada juga yang bercerita tentang masalah dengan anak tiri dan ipar-duai.
Jadi di sini, besarlah harapan Kakchik untuk semua tahu – hidup berumahtangga dan berkeluarga juga ada cerita gembira.
Ada suami yang baik yang tak didendangkan, ada ayah tiri yang baik yang tak diceritakan dan ada rezeki Tuhan yang baik di sebalik setiap ujian. Mari kita share positive vibes bersama-sama tentang hidup dan cinta.
Part 1: Tentang Ayah
Ok. Bismillah. Segala yang baik tentang cerita ini semuanya daripada Tuhan, yang buruk sudah tentu daripada Kakchik. Kakchik ini dilahirkan cacat. Club feet. CTEV istilah science nya.
Dilahirkan oleh seorang ibu tunggal yang begitu kuat dan hebat orangnya yang diceraikan sewaktu Kakchik 5 bulan dalam kandungan.
Tak pernah putus asa membesarkan Kakchik, one operation after another until succeeded dan alhamdulillah akhirnya Kakchik mampu melangkah. Terima kasih, Mama.
Mama banyak membentuk karakter dan pandangan Kakchik pada hari ini. Umur Kakchik 10 tahun, Mama kahwin dengan Ayah, my stepfather. Tak banyak cakap tapi Ayah adalah sebaik-baik bapa tiri. Kami sama-sama introvert. Tapi Ayah selalu ada untuk Kakchik.
Sampaikan setiap kali berjumpa kawan2 dan sesiapapun, Ayah cakap – ini anak sulung aku ni. Pandai anak sulung aku ni. Anak sulung aku ni sekolah MRSM, anak sulung aku ni pegawai kerajaan. Anak sulung aku ni belajar luar negara. Anak sulung ini itu ini itu.
Sejujurnya Kakchik bukan nak sangat pun dulu tu jadi pegawai kerajaan, but that happiness in Ayah’s face when he saw the offer letter, how could I say no. You tell me. Hihi. Ayah, Ayah dah ada 2 orang cucu.
Sepasang. Kakchik dah beli rumah, Mama duduk dengan Kakchik. Cucu sulung Ayah same birth date dengan Ayah. Terima kasih Ayah belikan akak basikal, terima kasih Ayah pimpin tangan akak, terima kasih Ayah cium dahi akak, terima kasih Ayah selalu ada untuk akak.
Tak pernah kurang. Akak sayang Ayah. Tenanglah Ayah di sana. Nanti kita jumpa di syurga insyaAllah. Ketahuilah teman, ayah dan ibu tiri yang baik itu wujud.
Part 2: Tentang Rumah Tangga
Lautan mana tidak bergelora. Of course, there are times we fight. Tapi menjerit2 itu alhamdulillah tak pernah.
Selalu kalau tak puas hati, Kakchik bagitahu my husband – awak, saya ada mende tak puas hati ni. Tapi kalau tak boleh cakap sangat, Kakchik nangis saja lah. Kalau dia tak pujuk, Kakchik cakap – awak pujuklah.
Pergi beli bunga ke. Kinder bueno ke. Hahaha. Yes kena suruh and dia buat. Hahahaha. Sebelum tidur, mintalah ampun dengan suami.
Sakit hati macam mana pun, salam tangan suami say good night. Awak doakan syurga untuk saya ok. Haaa cenggitu hihi. Suami saya tak sempurna, begitu juga saya.
Dari sudut gaji jauh beza besar gaji saya, tapi nak cerita dekat kamu kan, punya berkat gaji suami Kakchik – dia dah beli barang dapur, dah settle yuran anak2, dah bagi nafkah, berlebih lagi.
Rezeki Kakchik dapat bantu sediakan tempat tinggal dan kenderaan. Give and take. Tiada rumah tangga yang sempurna, kawan-kawan. Jangan takut hidup berumahtangga.
Ikutkan drama TV, Kakchik nak suami Kakchik sediakan rumah besar 4 tingkat, kereta 7 biji sehari satu, baju baru setiap bulan, tudung Swarovski bling bling. Hihi.
Itu ikut drama dan insta famous yang my sisters dok agungkan. Tapi tidak terjadi di dunia nyata, kita hidup kena realistik.
Suami Kakchik bertahun-tahun mencari kerja yang sepadan, lebih enam tahun berumahtangga, akhirnya tahun ini Allah izin alhamdulillah happy sangat kami.
Ada degree, pernah gaji tak sampai RM1000 kawan-kawan. Ada dia merungut? Tidak. Ada Kakchik membebel? Jarang. I rasa jaranglah. Hahaha.
Kakchik tak bebel, if ada apa2 nak cakap, kita nasihat. Suami bosan isteri bebel I tell you. Trust me. Hihi. Kakchik support beli kereta belikan baju kerja. Seluar dalam dia pun aku belikan hahaha.
Kalau dia buat perangai memang panjang list aku nanti hahaha nauzubillah. Balik kerja, Kakchik masak, dia cuci pinggan. Dia basuh berak anak, Kakchik pakaikan baju anak. Begitulah.
Nak berjalan pergi holiday, Kakchik belanja hotel and flight, dia belanja tickets and makan. Nak cerita, begitulah kehidupan berumahtangga. Tak sempurna tapi bahagia.
Kakchik terpanggil untuk menulis sebab bulan lepas, adik perempuan Kakchik beritahu Kakchik – dia nak cari lelaki sempurna sebab dia dah sempurna.
Kakchik tanya atas dasar apa awak merasakan awak sempurna? Sebab dia dah ada kerjaya hebat, ada kereta, ada rumah, pandai masak.
Begitulah lebih kurang penjelasannya. Kakchik tak tanya lebih sebab tak nak bergaduh dan saya respect kriteria pemilihan suami adik saya.
Kita semua ada kriteria pilihan kita masing-masing kan. Tapi hakikatnya, sempurnakah kita?
Hidup ini jika kita terlalu memikirkan nak sempurna, tak sempat untuk kita menikmati hidup, teman. Kalau fikir cukup duit baru nak sedekah, sampai bila pun tak cukup, pejam saja mata bersedekahlah. Those little things in life, berbahagialah.
Bukan selalu ada hujan dalam hidup, nanti mesti ada juga pelangi. Hihi. Kalau nak bercerita tentang dugaan hidup kita ni, tak habis, teman.
Bersilih ganti. Oh yes, Allah dah ambil rahim Kakchik (Kakchik just done with my operation – twisted right ovarian cyst, sebelum kahwin Allah uji dengan twisted left ovarian cyst juga) tapi Allah hadiahkan Kakchik sepasang anak.
See, hebat kan Allah? Punyalah sayang Allah dekat kita, doctor cakap peluang tipis untuk pregnant tapi Allah bagi dua cahaya mata. See, hebat kan? Allahu akbar.
Allah tak beri Kakchik jumpa lelaki yang aku dibintikan namanya, tapi Allah hadirkan dua orang lelaki yang lebih indah, lebih dari cukup untuk itu – Ayah dan suamiku. Syurgalah buat mereka. Buat adik-adik yang belum berumahtangga, jangan takut.
Pilihlah pasangan yang baik-baik, mintalah pada Tuhan supaya diberikan yang baik-baik. Jadilah yang baik-baik. InsyaAllah segala kebaikan akan datang pada kita. Kakchik bukan pencerita yang baik, jadi Kakchik minta maaf ceritanya tunggang-langgang.
Tapi hendak juga bercerita tentang indah hidup ini sebenarnya. Jangan takut untuk hidup, apa sahaja dugaan Tuhan, kuatlah. Buatlah yang terbaik untuk hidup, sebab hidup ini juga hadiah Tuhan.
Setiap hela nafas, setiap detik waktu pasti disoal Tuhan. Buatlah yang terbaik: Untuk hidup, untuk mati – demi Tuhan. Wassalam.
P/S: Tapi jika anda adalah mangsa dera, domestic violence dan sebagainya sama ada daripada parents mahupun pasangan, ambillah tindakan. Jangan jadi bodoh. Kakchik ni share cerita baik-baik saja. Hihi.
Sebab Mama Kakchik ambil tindakan lah (my mom mangsa emotional violence from her first husband and her mom but she broke the ‘tradition’), Kakchik dapat ayah macam Ayah dan menjadi sepositif manusia walaupun kena buli dekat sekolah sebab cacat.
Ehh banyaklah pulak cerita nak bagitahu kalau tentang hidup ni. Dah panjang sangat Kakchik tulis ni. If I can do it, you can do better than me! Aja aja, fighting!
Love,
– Kakchik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit