Tentang Kampungku

Aku Mawar, seorang yang pendiam diri bila tidak di kenal dan banyak mulut bila di kenal haha.. Gurau jaa..

Dan aku ialah seorang budak kampung yang diam di perkampungan yang tidak berhubung dengan pasar raya sebelum ini dan tidak mempunyai sebarang liputan untuk berhubung dengan dunia luar.

Aku tak pandai nak perkenalkan diri ini. Ini pun saja ja nak buat confession untuk cuba nak berbagi cerita tentang kampungku.

Aku tahu benda ni pun sebab selalu baca IIUM Confession dekat FB. Tapi yang best nya dekat sini orang tak tahu siapa kita si penulis cerita ni.

Nak di jadikan cerita lah kan. Aku hanya ingin bercerita kisah tentang kampungku yang dulunya tidak ada perhubungan dengan dunia luar, dan tidak tahu apa perkembangan dunia luar pada masa itu.

Nak gunakan telefon pun kena keluar dari kampung baru mendapat liputan tapi hanya sekejap saja bila balik kampung lagi, macam biasala jadi “katak bawah tempurung” bak kata perpatah.

Dulu kampungku tidak mempunyai rangkaian telefon, selalu tiada api (blackout) dan kalau kami nak menyambung pelajaran ke sekolah menengah kami perlu diam di asrama selama 2 minggu untuk persekolah.

Masa tu perjalanan kami menggunakan perahu untuk ke kampung mengambil masa 1 jam 30 minit, kalau air pasang dapatlah balik kalau air surut tunggula dekat sana sampai air pasang.

Sehingga tertidur tidur budak budak sekolah tunggu air pasang nak balik ke kampung.

Kalau perahu akhir jalan akhirla datang kerumah, kadang kadang dah gelap hari baru kami balik ke rumah.

Kampungku hanyalah sebuah pulau yang mempunyai 6 buah kampung, di sekeliling kampung memang hutan, dan sungai. Tiada kereta tiada apa hanya motor sahajaya.

Mesti korang tanyakan macam mana boleh ada motor di dalam kampung?

Ha semua motor yang ada di dalam kampung kami pun menaiki perahu untuk ke kampung seperti manusia macam kami.

Cerita lagi pasal line dekat kampung, masyallah masa tu budak budak belum kenal tiktok macam sekarang, zaman tu zaman wechat, tahukan takkan tak pernah guna aplikasi tu hahaha sanggup pergi panjat tingkap untuk cari line.

Masa tu belum ada hp cangih macam sekarang, harapkam hp nokia jaa minta share topup bagai.

Kalau dah jemu nak cari line kami pergi lepak bersama budak kampung kampung sebelah. Lepak sampai pagi, maklumla nak main hp macam budak sekarang mana ada line kampung masa tu.

Sampai singan ni sahaja untuk hari ini, insyallah akan menyusul part 2. Maklumla kan nak bercerita sambil berkerja macamnilah padahnya hahahha.

Nanti aku datang balik untuk cerita part 2 tentang kampung ku.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *