Tentang Karier, Pilihan & Keputusan

Salam semua. Pertama sekali. Izinkan saya kenalkan diri. Saya berumur pertengahan 30an. Menetap di pusat bandar selangor.

Dalam nukilan ini saya gelarkan diri saya Indera. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Terima kasih kepada admin jikalau nukilan ini disiarkan.

Pendapat anda semua amat diperlukan untuk membantu saya membuat keputusan untuk teruskan kerja atau fokus pada business.

Saya bekerja di sektor swasta daripada tahun 2017. Gaji sekarang adalah +-5.5k (campur oncall).

Secara jujurnya gaji sekarang mencukupi untuk perbelanjaan harian keluarga saya.

Untuk pengetahuan semua, kerja saya memerlukan saya untuk duduk di depan pc dan boleh dikategorikan sebagai repetitive work.

Saya bermula daripada seorang operator dan sekarang sebagai senior exec. Mula kerja depan pc apabila sudah jadi exec iaitu start tahun 2020.

Pada pandangan saya, untuk career progress saya boleh ke jawatan yang seterusnya dalam tahun ini dengan kenaikan gaji dalam 1.5k ke 2k.

Secara jujurnya environment office agak toksik tapi masih boleh dihadapi dengan tenang dan madani.

Pada tahun 2020 covid datang, dan saya antara yang terkesan. Diberikan cuti hampir setahun dan saya telah mempelajari dan bekerja sebagai seorang barber pada ketika itu.

Dan alhamdullilah tahun 2024 saya membuka satu barbershop dengan seorang kawan saya.

Perniagaan berjalan lancar setelah hampir setahun beroperasi.

Hasil daripada perniagaan, setelah tolak kos overhead saya akan memperolehi 1-2k sebulan. Wicis untuk saya ok kerana ini adalah pendapatan sampingan. Saya boleh dapat lebih jika saya luangkan lebih banyak masa.

Berdasarkan penerangan di atas, saya memerlukan pendapat daripada para pembaca yang lebih arif untuk membantu saya membuat pilihan sama ada untuk meneruskan kerja makan gaji ataupun fokus kepada business.

Untuk teruskan mengimbangi kedua duanya tidak saya berdaya lagi. Umur makin meningkat dan kekuatan fizikal makin berkurang.

Tidak lah mahu saya jika ianya terjadi seperti peribahasa melayu, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Saya perlu lepaskan salah satu walaupun pahit untuk ditelan.

Fyi,

Kerja hakiki – repetitive work – kerja macam robot.

Barber – passion – meaningful dan terasa ada purpose dalam hidup.

Itu sahaja dari saya, amat mengharapkan feedback dari pembaca IIUM Confession dapat membantu saya membuat penilaian.

Persoalan ini membelenggu fikiran saya sejak permulaan tahun ini. Thank you all. Thank you for reading. Saya doakan pembaca semua baik baik sahaja.

Terima kasih,

– Indera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *