Seandainya artikel ni diterbitkan dalam confessions ni, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Aku sekadar nak menceritakan, meluahkan perkara yang terbuku di hati, meminta sedikit nasihat dari semua berkenaan keluarga aku.
Nama aku Melati, aku anak bongsu dari enam adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang susah tapi susah-susah pun, alhamdulilah tak pernah kebulur lagi.
Selepas abang long dan kakak aku dilahirkan, mak dengan ayah aku pernah bercerai, berkahwin lain dan mempunyai anak dalam perkahwinan yang lain.
Tapi jodoh dia orang ni kuat la kot, sebab mak dengan ayah aku end up getting back together sampai sekarang (dapat anak 4 orang pula tu, hehehehe).
Tapi, jodoh kuat pun, bergaduh pun boleh tahan. Waktu aku kecik dulu, pagi-pagi jam 7 dah start berperang dah, ayah aku dengan baran dia, mak aku dengan baran dia (dua-dua api).
Dipendekkan cerita, 4 tahun yang lepas mak aku tak tahan dah. My dad, dia buat penghadang antara dapur dan ruang tamu. Mak dengan abang2 semua duk kat dapur, baju kat ruang tamu.
Nak pakai baju, kena cungkil pintu depan, masuk rumah sendiri macam pencuri. Time tu berbulan-bulan jugak la mak dengan abang aku duduk macam tu.
Mak aku tak tahan, mak aku keluar rumah, balik kampung dia buat bangsal buruk, stay dekat sana dekat dua tahun jugak. Orang-orang kampung cemuh mak aku, cakap tak baik keluar rumah tanpa izin suami apa lah semua tapi korang tak rasa boleh la cakap macam tu.
Sepanjang dua tahun tu, aku nampak mak aku lebih berisi sikit, bahagia la orang kata, nak pergi situ, nak pergi sini senang, kawan-kawan baik mak bawa mak jalan-jalan.
Dalam masa dua tahun tu kalau cuti semester, memang kena balik dua rumah la. Sekejap rumah mak, sekejap rumah ayah. Duk rumah mak, aku call ayah; duk rumah ayah, aku call mak. Aku tak nak dia orang rasa sunyi.
Time ni mak aku jumpa penghulu kampung, tanya pasal proses cerai, mak kata dia tunggu aku habis belajar then, nak minta aku teman kan dia settle kan hal cerai.
Dalam masa dua tahun ni, pandai pula ayah aku ni pergi ngintai mak kat kampung dia, hari-hari lalu kampung mak, nak pujuk bini tak berani la tu.. Sanggup pula ayah aku redah jalan raya tu, ayah aku ni penakut okay! Baran dengan anak bini jaa.
And aku jugak nampak, ayah aku bergelinang air mata dia time berpisah sekejap tu, aku duk pikir adalah harapan ayah aku nak berubah. Tapi haram..
Abang aku yang sorang ni, dia bawa mak aku balik rumah ayah aku and robohkan bangsal buruk mak aku. Kain baju, pinggan mangkuk selama dua tahun tu, terkubur macam tu saja.
Kecik hati mak aku sampai sekarang. Sikit pun abang aku tak pernah minta maaf. Senyum sampai ke telinga adalah, katanya dah tunaikan kewajiban seorang anak untuk menyatukan balik mak ayah dia. Haishhh,, mengacau saja orang ni.
Dah balik rumah ayah pun, ayah still tak tegur mak. Aku tak faham dengan ayah aku, kalau rumah tu takda orang, tahu pula dia sedih, sepi, sunyi tapi perangai sombong dengan anak bini, tak hilang jugak.
Kadang aku geram, aku cakap saja dekat ayah aku, kubur dah kata meh la sini, rumah dah kata pergi la. Tapi sampai sekarang tak berubah.
Satu hal lagi, adik-beradik dengan mak suka bercerita dekat aku, tapi problem nya dia orang tak suka dengar nasihat aku, last-last aku yang berhuhuhuhu, tertekan.
Bila dia orang ni bercerita dekat aku, ayah aku adalah yang terakhir akan tahu problem anak-anak dia. Eh, tahu pula orang tua ni nak terasa dengan anak bini, nak merajuk dengan anak bini.
Tapi aku ni kesian tengok ayah aku, anak-anak tak bercakap sangat dengan dia, cucu-cucu pun tak layan sangat dia. Dah tua tapi diri dia masih lagi sepi, masih lagi sunyi.
Dah segala pujuk, dah segala sindiran, dah lembut gigi dari lidah tak jalan jugak. Kang orang tak pedulikan dia, dia tahu terasa. Orang tegur, dia tak nak layan. Apa yang patut aku buat?
Terima kasih buat semua yang sudi membaca dan memberi nasihat.
Yang benar,
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit