Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau luahan saya disiarkan. Perkenalkan nama saya Scarlet. Saya berumur 27 tahun. Baru jer tadi saya terbaca luahan sis Ara, (https://iiumc.com/love-scam-2/).
Saya pun nak share jugak pasal love scammer ni. Cerita kita beza sikit sis tapi modus operandi hampir sama.
Sebelum tu saya nak kongsi sikit, masa saya baca cerita sis, syukur laa sis tak terjerat dengan manusia macam ni.
Saya masih ingat saya baca yang sis tak percaya lelaki kacak nak mesej dan berkawan dengan sis. Sis tahu tak itu laa point diorang. Dah lepas ni jangan fikir macam tu sebab kita semua cantik jer.
Dia cari wanita yang tak ada self-confident atau biasa-biasa untuk jerat kita ni dengan paras rupa diorang yang konon nya kacak laa sangat. Entah-entah gambar google. Hahaha. Baiklah saya mulakan cerita.
Macam saya, seorang lelaki kacak ni chat saya dekat instagram. Saya perasan ada chat request. Bila saya buka chat tersebut dia cakap “Hi, can I be your friend?” Muka ala-ala mamat Thailand.
Saya accept chat lepas dia follow instagram saya. Gambar banyak dan memang dia kacak, kulit flawless. Tapi saya tak pandang sangat muka tu. Muka macam ni bukan taste saya. Jadinya saya tak terkesan pun.
Saya chat jer dengan dia sebab nak tengok sampai mana bod**nya dia ni. Kita happy jer balas-balas mesej. Sama jugak dia cakap dia kerja dekat luar negara iaitu di Canada. Memang dia akan balas lambat lepas tu kadang dia akan telefon. Dengar suara macam negro. Terkejut saya. Hahaha.
Dia kenalkan diri dia seorang doktor dekat Canada. Dia bagitahu dia ni half Thailand half Malaysia. Lagi dahsyat dia tunjuk gambar dia dengan mak dia. Dah tua dah. Umur mak dia dah 70 tahun macam tu.
Saya tanya la “your mom accept if we are together?” Dia jawab terima jer. Dia cakap mak dia duduk Melaka, ala-ala baba nyonya. Yup muka mak dia sebijik muka cina.
Dia cakap dekat Canada dia doktor dekat penjara. Kadang dia update gambar makanan dia breakfast. Saya ni jenis sibuk. Hati pun dah tawar nak cinta-cinta ni. Datang pulak si malapetaka ni. Haihh…
Pernah dia yang koyak sebab saya tak balas satu hari chat dia. Dia cakap saya tak serious nak dengan dia. Dia selalu puji-puji saya cantik.
Ohh ya dari Instagram kami bawa ke WhatsApp perbualan tu. Nombor memang nombor Canada. Saya langsung tak percaya ayat buaya dia. Mungkin sebab saya pun tak ada hati nak serious. Cuma nak tengok permainan dia sahaja.
Saya pernah tanya “your mom stay at Melaka. Why can’t you talk in malay?” Dia cakap sebab dia lama sangat dekat Canada. Sangat tidak logik.
Dia memang selalu buat merajuk kalau saya lambat balas. Kalau saya balas, laju jer dia balas. Dia ni juga pernah tunjuk barang-barang yang macam sis cakap tu. Bag, Iphone, dan kasut semua tu. Sama la dia suruh saya bayar. Saya bagitahu jer saya miskin. Sama jugak dia marah.
Saya cakap “it’s okay I don’t need all of the item. I don’t like”. Dia balas “how could you. I have sent special for you”. Tak ku heran.
Kami masih chat macam biasa. Video call tak pernah angkat. Ada saja la alasan tak munasabah dia tu. Dekat penjara la. Masuk tempat kerja dalam penjara tak boleh bawa telefon laa. Ya dia cakap dia doktor dekat penjara. Kalau masa dekat rumah alasan dia, dia penat.
Setiap hari dia akan chat dan akan send gambar daily life dia. Saya ada jugak cuba google pakai google lens tapi tak jumpa gambar tuu. Tapi saya tetap tak percaya yang gambar tu real dari dia.
Dari awal saya memang agak dia ni scammer sebab utama dia tak nak angkat video call saya dan lepas tu hari-hari cakap “I love you honey. I hope everything good for you honey. Happy working honey. I miss you honey”. Sangat tepu macam kenal dengan robot.
Lepas tuu masa on the phone pun English dia pelik. Macam orang baru nak belajar speaking. Slang tu tak macam orang educated.
Saya sendiri walaupun dah boleh agak ni love scammer, ada jugak hari yang saya fikir entah-entah dia ni jujur. Terutama bila cari google lens tak match. Ada part tu saya tanya kawan baik saya. Saya tunjuk profile dia, saya tanya “yang ni boleh percaya ke?”.
Kawan saya terus cakap scammer ni. Hahaha walaupun tak mengharap tapi tak tahu kenapa kecewa sikit.
Dia pun ada cakap nak balik Malaysia dalam masa 2 bulan lagi. Nanti masa dia balik dia nak jumpa. Dia selalu tanya pasal kerja saya. Perempuan kat luar sana, lain kali mengaku student jer la. Senang…
Kemuncaknya, satu hari tiba-tiba dia minta tolong dia cakap mak dia sakit dan dia perlu duit nak bayar helper yang jaga mak dia.
Dia minta saya bayarkan dulu, nanti dia bayar balik. Dia cakap masa hari tu mak dia tiba-tiba sakit. Kena pergi hospital ambil ubat.
Saya hampir jatuh kesian sebab pasal mak kan. Saya tanya dia banyak soalan sampai dia bengang. Kemudian saya buat-buat faham.
Saya cakap jangan risau saya akan transfer duit dan apa saja untuk mak dia. Hahahhaa padehal saya tipu jer. Lepas tu dia bagi bank akaun. Ya nama perempuan sebab dia cakap yang itu helper yang jaga mak dia tu.
Dia minta saya transfer dalam kadar segera. Ayat dia “my mom need to go to hospital now, she is really not good. Baru seminit dia rush saya lagi.
Dia cakap cepat laa bagi dia resit. Helper dia nak bawa mak dia ke hospital. Mak dia kena strok. Dia cakap kalau tak sempat bayar balik, dia akan bayar masa balik Malaysia.
Dia send screenshot kenapa dia tak boleh transfer duit kat helper dia. Sama jugak berkaitan dengan tax.
Masa ni saya dah pasti memang manusia ni scammer. Dia WhatsApp saya buat tak tahu saja. Dia dok spamming. Saya tak balas dia spam dekat ig. Malas nak layan lakonan dia dah, saya block dia terus dekat semua tempat.
Habis dah lakonan saya. Penat juga nak layan sebab seminggu jugak baru keluar perangai dia.
Macam saya cakap, muka Thailand bukan taste saya jadi mudahlah untuk saya tepis dia. Sebab kalau tengok gambar-gambar ig dia semuanya nampak real. Gambar tu tarikh post pun dah lama. Bukan profile baru.
Untuk semua wanita sana, betul kita kadang dah redha, dah malas nak kenal lama. Tapikan kalau nak masak pun kita kena belajar resipi, kena kenal bahan-bahan dan ciri-ciri bahan tersebut. Inikan pulak kita nak jemput orang untuk bersama kita seumur hidup.
Jangan malas jangan redho macam itu sahaja. Jangan judikan hidup you. Kenal dan ambil tahu dengan lebih lanjut.
Ingat rupa ni bila dah tua nanti tak kekal. Tengok benda lain jugak. Tengok agama, tutur kata, aurat lelaki pandai jaga ke tak, pergaulan bagaimana dan banyak lagi. Jangan give up. Kalau rasa belum nak berkenalan dengan orang baru rest laa dulu.
Pernah Boss saya tanya “Scarlet bila awak nak kawen?” Saya jawab “Nanti Boss. belum jumpa lagi.” Boss saya cakap “jangan memilih sangat.” Saya terus jawab “kena laa pilih Boss. Saya nak duduk dengan dia seumur hidup, bukan setahun dua.” Ibarat macam ni la. Kalau ada salah cakap saya mohon maaf.
Terima kasih.
– Scarlet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
best2.. adan uke dia.. haha.. sy pun selalu dpt request pelik2 kat IG.. handsome giler2 pula tu semua dari oversea.. dari taiwan, dari UK, dari Sg.. kkdg fikir aku ni nampak terdesak ke, nampak tak laku ke.. alaah, ada aku kisah.. terus sy block dorg.. semoga Scarlet cepat bertemu jodoh ya..
Klu bosan2 syok layan scammer ni…. Sy suke layan scammer yg call tu… Biasa kat opis la dpt call mcm ni… Mmg berdekah satu opis dgr… Skrg dah xde dpt call maybe no sy dah kene blacklist dgn persatuan scammer sedunia…
Br jlmarib sy kena.nama pelik.org yg sama.dr uk org sabah tya aosal tk boleh ckp melayu.psl dok uk lma dh tup tup beli ipone,kasut,jam rantai bagai suh byr online 3000. Mmg tak lh..muka pun entah paoe.aku bgtau dh kawin.dok pikat lg.bodoh