Tentang Mimpi

Assalamualaikum. Mungkin ini lebih kepada luahan. Aku berumur 28, mempunyai kerjaya yang bagus di syarikat gergasi negara. Aku cuma ingin meluahkan rasa yang terbuku dihati.

Dalam usiaku ini sudah pelbagai dugaan hidup yang dilalui. Dahulu zaman sekolah aku sangat anti couple dan lelaki, tak sangka ketika aku menjejaki kaki di Uni aku diuji dengan percintaan. Aku pernah bercinta 3 tahun ketika zaman di kampus, setelah grad dan masing masing punya kerjaya, aku minta dia datang merisik.

Setelah beberapa minggu akhirnya dia buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan alasan tak sehaluan. Sebelum tu aku sudah bermimpi yang dia datang bagi cincin dan tinggalkan aku pergi. Akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Dia tinggalkan aku sebelum move ke next step.

Dalam hidup aku, aku tak tahu kenapa banyak sangat perkara yang sebelum terjadi aku akan dapat petunjuk melalui mimpi atau gerak hati yang sangat kuat. Aku ni bukan lah kategori baik sangat tapi Allah berikan aku kelebihan seperti ini mungkin berkat doa aku agar Allah berikan petunjuk dan jangan tinggalkan aku walau sedetik sekalipun.

Begini, aku pernah bermimpi soalan past year akan keluar dalam exam walaupun semua kata past year question takkan keluar dan esoknya memang exactly soalan past year dalam mimpi aku tu muncul sebijik macam dalam mimpi.

Kemudian, aku juga pernah pinjamkan duit untuk seorang penipu, pada mulanya hati aku berat untuk bagi setelah aku terselak terjemahan Al-Quran secara random Surah Al-Baqarah berkenaan hutang. Dalam ayat tu kalau tak silap aku kalau nak beri hutang kena ada cagaran.

Tapi sebab aku terpedaya dengan pujuk rayu padahal hati aku kuat mengatakan supaya jangan bagi pinjam dan akhirnya aku berikan dia pinjam duit beribu dan setelah itu dia mereka fitnah dan penipuan agar aku terjerat dan dia dapat larikan diri dari bayar hutang. Aku redha, aku anggap itu bukan rezeki aku dan aku harus bayar yuran kebodohan aku dengan cara seperti itu.

Aku juga pernah bertunang dan putus. Ketika ex tunang minta masa sebulan untuk tenangkan fikiran, aku sangat resah sehingga aku dapat mimpi yang dia datang melutut mohon maaf untuk putuskan tunang. Mimpi menjadi realiti, dia tak melutut tapi dia tertunduk masa hari pertunangan kami diputuskan dengan alasan tidak sehaluan lagi. Aku perlu ikhlas dan redha sekali lagi. Berbulan juga aku cuba move on, hampir 2 minggu tak sentuh nasi..

Bulan berganti, aku tidak terfikir langsung untuk dipertemukan dan jatuh cinta dengan lelaki. Aku pun kira sudah cukup kuat dan tidak lagi sedih yang terlalu. Pada mulanya aku dan dia hanya berkenalan sbg kawan. Tanpa disedari lama kelamaan kami saling sayang menyanyangi Walaupun tak pernah mengungkapkan rasa sayang tapi segala tindakan dia menunjukkan betapa dia menjaga aku dan belum pernah aku begitu sayang seorang lelaki seperti aku sygkan lelaki yang dikenali sbg MN.

Aku dan MN seakan punya click yang sangat kuat. Seakan dunia meraikan kisah kami, seakan segalanya bila kami bersama dan berjumpa segalanya dipermudahkan. Wajahnya yang redup, taste genre music yang unik dan sama dengan taste aku. Pandangan berkenaan isu semasa, misi hidup, latar belakang keluarga atau apa saja sehaluan walau kadang ada sedikit perbezaan membuat aku jatuh cinta.

Ya, aku sudah sangat mencintai lelaki ini. Seakan dia adalah separuh dari jiwaku. Setiap parut tinggalan zaman kecil di tangannya aku akan soalkan. Bagi aku setiap inci di badannya kalau ada terluka, menjadi tanggungjawab aku untuk merawatnya. Tidak sesekali aku biarkan walau semut mencuit, bahkan apa saja yang berkaitan dengan MN aku sayang.

Loghat dia aku belajar, orang yang asal dari negeri Sama dengan MN pun aku sayang. Apa saja dia suka aku belajar untuk suka dan apa saja yang aku benci aku tidak lakukan. Begitulah sayang aku padanya. Saat itu hati aku dah berkata yang dia akan menjadi teman hidupku sampai syurga.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, MN tertinggal hp dalam kereta aku. Aku tak tahu macam mana nak contact dia, mesej dari seorang perempuan dengan panggilan ‘B’ masuk. Luluh hati aku, pada mulanya dia mengaku yang dia single. Aku usahakan untuk berhubung dengan MN dan aturkan pertemuan untuk pulangkan hp dan meminta penjelasan.

Dia akui perempuan itu gf dia dan dia merayu agar aku jangan tinggalkan dia. Aku agreed untuk tidak tinggalkan dia dan aku anggap cukuplah sebagai kawan biasa. Tapi hati, hati aku tak dapat menafikan yang aku sayang sangat pada dia. Kami berkawan, teman tapi mesra atau situationship. Saling sayang tapi tak pernah ungkapkan antara satu sama lain.

Tahun demi tahun, aku solat istikharah, berbincang dengan mak. Banyak sangat aku bermimpi pasal dia. Ketika itu, aku bermimpi dia bertemu dengan keluarga aku untuk masuk meminang. Dia juga pernah bertanya pada aku pernahkah aku bermimpi tentang dia sebab dia katakan pada aku yang dia pernah bermimpi dalam ramai ramai perempuan berbaju putih, aku adalah paling hadapan sekali menjadi ketua dlm ramai perempuan tadi yang menyambut tangan dia.

Aku juga pernah bermimpi yang dia seronok main alat memancing ayah aku memandangkan hobi ayah dan MN yang sangat gemar memancing. Dan aku juga pernah bermimpi yang dia peluk erat aku dari belakang dan sambil menyatakan yang dia sayang sangat pada aku tapi dalam masa yang sama dia tak mampu lepaskan gf yang dikenali ketika zaman belajar sebab gf dan keluarga perempuan itu banyak sangat berjasa pada dia.

Realitinya, dia pernah mengatakan perkara yang sama seperti dalam mimpi aku. Dia terikat dengan jasa dan tahu takkan mampu membalas budi keluarga perempuan itu dengan wang sbb perempuan dan keluarga gf itu byk support dia masa belajar.

Aku yang sangat mencintai dia terpaksa berikan pilihan samaada aku atau dia walaupun aku sedar aku cuma kekasih gelap dia dan tak layak pun bagi pilihan. Aku pun tidak mahu jadi orang ketiga, aku tidak mahu digelar perampas. Tidak sesekali aku sakitkan hati perempuan lain untuk bahagia aku sendiri. Akhirnya aku putuskan untuk undur diri. Aku block segala socmed whatsapp, nombor telefon, emel dan segala tentang dia. Aku sangkakan putus tunang itu sakit, rupanya selepas putus tunang ini hidup aku cukup lemah.

Aku bangkit perlahan lahan walaupun sakit. Aku travel, masuk kelas bakeri, belajar berenang, mengaji, Aku dinaikkan pangkat. Aku sibukkan diri untuk hilangkan rasa sayang dan rindu terlarang dihati. Hidup aku juga diuji dengan masalah adik yang sakit mental, kehilangan sahabat. Aku akui, apa yang aku lakukan dan yang terjadi adalah untuk melupakan sejenak pasal dia.

Aku cuba buka hati untuk lelaki lain, aku gagal. Banyak juga aku reject lelaki yang nak rapat dengan aku dan tidak kurang banyak juga lelaki yang reject aku. Sebenarnya aku tak mampu, aku masih mempercayai yang dia akan kembali semula pada aku suatu saat nanti. Aku percaya sebab aku percaya pada mimpi dan kata hati aku untuk stay tunggu dia walau kini semua orang suruh aku lupakan dan move on.

4 tahun, aku masih menunggu MN. Aku percaya pada mimpi aku yang dia akan datang memilih aku suatu hari nanti. Tapi aku dapat tahu yang dia dah merisik gf dia berdasarkan ig story kakak dia. Sudah aku pujuk hati dan otak aku untuk berhenti berharap lagi sebab dia pun sudah bahagia bersama gf nya tapi jauh disudut hati aku suruh bersabar dan tunggu dia.

Aku sudah amalkan yassin 7 mubin, aku sudah minum segala air penawar untuk lupakan dia. Aku juga sudah lakukan 1001 cara untuk lupakan dia dan berhenti berharap pada dia. Aku block semua tapi aku tak block kakak dia. Tapi still hati aku suruh bersabar dan jangan pernah putus harap.

Aku dah putus asa, aku biarkan dan layankan saja memori bersama dia bermain dalam kepala sambil air mata gugur menunggu dia datang mengetuk pintu rumah dengan senyuman. Tidak sehari pun berlalu tanpa aku memikirkan pasal dia. 4 tahun menunggu, aku masih belum move on. Aku masih percaya dengan mimpi aku.

Readers, aku dah lelah, hati aku masih suruh tunggu, hati aku suruh percaya pada mimpi. Hati aku suruh jangan pernah berhenti berdoa. Aku tahu di luar sana ramai lagi lelaki baik tapi aku tak mampu.

Untuk pengetahuan, InsyaaAllah bulan depan aku akan laksanakan umrah, aku ingin mohon dan mengadu pada Allah akan kesakitan hati ini. Andai dia bukan teman hidup aku, biarkan Allah yang hilangkan segala tentang dia, bukakan hati aku untuk lelaki lain, dan menggantikan seorang yang lebih baik.

Yang setia menunggu,

– AMN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *