Namaku Ara. Aku daripada keluarga sederhana. Ayahku telah meninggal masa aku tingkatan 2, di asrama masa tu.
Sekarang kami masih ada emak. Emaklah ibu, emaklah ayah. Alhamdulillah, makku masih mampu setia dengan cinta ayah, membesarkan anak-anak bersendirian.
Bercerita tentang niat. Aku nak cerita tentang benda yang paling aku tak sangka.
Sebelum tu aku cerita dulu perjalanan hidup aku. Aku ni kategori budak skema. Muka aku garang, tak pandai senyum. Jadi aku susah dapat kawan. Muka ketat kan. Disebabkan tu kot, aku jadi fikir belajar ja.
Kau bayangkan, sekolah rendah dok fikir belajar ja. Hahaha. Tak best betul zaman sekolah rendah aku.
Then, aku UPSR dapat 5 A. Memang impian aku. Dan itu yang pertama sekali terjadi dalam family aku. I’m the first. Seronok mak ayah masa tu. Kecoh sekampung la bila dapat keputusan gitu.
Lepas tu, mohon tu mohon ni, mak la yang semangat. Aku FOLLOW je. Ayah suruh masuk asrama. Saya okay je. So, mohon-mohon dapat asrama penuh agama. Sebulan duduk dapat tawaran ke MRSM pula.
Pakcik bagi duit pendaftaran, suh pindah serta merta. Masa ni ayah ada lagi. Tapi tingkatan 1 aku da masuk asrama. Tak lama la kenal ayah. Ayah kerja lori kan.
Belajar-belajar, PMR aku okay, jadi teruskan kat situ SPM. FOLLOW je la.Aku jangkakan dapat keputusan 8A, tapi dapat 6A. Dalam kalangan budak MRSM aku, aku ni kategori biasa-biasa ja. SPM pun dah. Mohon punya mohon. Aku dapat Matrikulasi.
Masa zaman aku tu, siapa dapat matrik, memang gempak la. Dan biasanya budak asrama tak boleh survive, budak sekolah harian boleh. Tapi aku FOLLOW je la.
Ditakdirkan, dengan usaha semampunya, aku berjaya dapat pointer baik. Sikit je lagi boleh dapat sponsor JPA, tapi tiada rezeki. Asbab dosa-dosa yang aku buat kot.
Dok bercinta masa belajar. Letakkan orang bukan mahram dalam hati, menduakan Allah dihati aku. Astagfirullah.
Stage ni memang sangat ghairah bercinta. Aku ni kira penolong ketua pelajar la kat situ. Ujian Allah tu ada. Aku perform akademik, siap mengajar classmate. Aku perform pegang jawatan.
Aku perform jaga solat di masjid 5 waktu, paling lekeh, suboh, zuhor (selang kelas, memang la), asar (kadang tak sempat sebab bekejar untuk aktiviti petang, pantau persiapan majlis, pantau aktiviti sukan dan lain-lain),
Maghrib (wajib di masjid, kalau tak sempat makan, sanggup tapau ja, bawak ke masjid, lepas solat baru makan), isyak.
Baru balik bilik. Meeting malam kadang-kadang ja. Namun, hati aku terabai. Konon-konon kosong. Minta dirindu. Haih. Ni la kelemahan aku dari zaman sekolah menengah. Zaman matriks tamat. Sambung ke u pulak.
Rezeki aku dapat Researh University (RU). Aku just FOLLOW the flow. Belajar-belajar, jadi wakil pelajar. Dapat praktikal kat Indonesia. Sambung praktikal kat Port Dickson. Habis praktikal, aku pun grad.
Habis grad. Mohon-mohon kerja. Dapat jadi guru kat sekolah swasta. Kontrak setahun. Balik kampung halaman. Dapat kerja kat pusat tuisyen. Setahun lebih la. Lepas tu buatlah tuisyen sendiri sikit-sikit. Sambil buka kedai online.
Guys. Aku dah kahwin! Bukan dengan lelaki yang aku kenal. Okay. Baru mula cerita sebenarnya ni.
Tentang kawan lelaki ya, aku ada berkawan dengan seorang lelaki ni. Dari zaman sekolah menengah, sampailah habis u. Adalah pasang surut. Putus kejap, sambung balik. Gitu la. Aku ingat dia nak masuk meminang lepas aku grad. Jenis aku straight to the point.
Jelas. Aku je yang banyak kali tanya dia, dan dia tak pernah jawab. Cuma cara dia seakan kami bercinta. Jadi, aku tunggu je la. Lepas grad, aku terus dapat jadi guru kat sekolah swasta. Setahun kontrak. Tak de pun khabar berita dari dia yang nak masuk minang aku.
Habis kontrak. Aku balik kampung halaman. Jadi cikgu tuisyen plak. Masih tiada khabar. Aku pun tanya la terus. Ada perasaan tak ni? Nak masuk meminang tak? Then dia jawab jawapan selamat, perasaan sayang sebagai kawan la, tak lebih. Nak fokus kerjaya dulu.
Tanya lagi, nak tunggu tak. Dia kata tak perlu. Kalau ada yang lebih baik apa salahnya. Jadi aku confirmkan betul-betul. Dan kami declare tiada apa-apa harapan tersimpan antara kami. 0-0.
Aku bentangkan kat mak aku, yang aku dah free. Takde sesiapa. Mulai dari saat tu, bermulalah sesi taaruf dengan insan-insan baru. Kenalan mak. Kenalan sekolah rendah aku. Aku buka hati aku untuk diperkenankan dengan sesiapa pun.
Jenis aku, jelas. Belajar da selesai. Kerja da ada. Kahwin? Haaa…belum. so susun. Plan baik2. Jodoh tu dari Allah. Sama macam hidup aku dulu. Aku akan buat checklist. A dah, B dah, C ? Haaa…bincangkan C. Buat plan sampai jadi. Gitu.
Walaupun aku cakap aku bercinta dari zaman sekolah menengah, tapi kau tau? Dalam doa aku, aku selalu amalkan doa ni,
“Ya Allah, jika benar dia jodohku, Kau satukanlah hatinya dengan hatiku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku.
Ya Allah, jika dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu.” Kalau dah ada calon. Contoh zaman sekolah aku, aku dah ada pakwe tu kan. Aku tukar ‘dia’ tu kepada nama dia. Contoh:
“Ya Allah, jika benar Faiz jodohku, Kau satukanlah hatinya dengan hatiku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku. Ya Allah, jika Faiz bukan jodohku, Kau jauhkanlah hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu.” Masa ni, aku ni kan kira solehah.
Aku memang mendambakan cinta selepas kahwin. Lepas doa, aku akan duduk termenung sorang-sorang. Cakap dengan Allah heart to heart, tapi gaya macam cakap sorang.
Masa aku kat matriks, aku putus jap dengan pakwe aku. Jadi aku tangkap cintan dengan ketua pelajar. Aku kan penolong. Aku doa yang sama, tapi ubah nama ketua plak. Begitulah seterusnya. Doa tu memang macam dah jadi kebiasaan untuk aku baca.
Akhirnya, aku pun kahwin. Dengan siapa? Budak sekolah menengah, dah tolak. Budak matriks, tak contact dah. Hahaha.
Aku kahwin dengan jodoh pilihan Allah. Tak tau la datang dari mana. Tak sempat bercinta oiii. Bercinta lepas kahwin la. Haaa, Allah makbulkan doa aku rupanya. Nak bercinta lepas kahwin, tak leh kenal dulu.
Nah, dia dapat nombor aku bulan 3. Jumpa sekali, kenal. Jumpa lagi, makan2. Tak de halangan antara kami. Perasaan?
Dua-dua takde perasaan cinta. Hahaha. Baru kenal. Entah macam mana, bapak dia ajak makan-makan kat luar, sempena harijadi bapak dia 1/4/2019. First date family. Family dia semua, family aku, aku dengan mak ja. Borak-borak. Tiba-tiba bincang tarikh tunang, tarikh nikah.
Tanya aku, aku cakap ikut mak, mana yang mudah. Tanya dia, dia pun cakap benda yang sama. Tunang time raya. Nikah hujung tahun. Settle!
Aku nak link kan 2 benda ni.
First doa. Kau doa bagi jelas sikit. Dan kena doa setiap kali lepas solat. Kalau doa kau tak makbul-makbul, maknanya kau jarang solat kot. Hahaha. Atau mungkin, solat kita ni cincai-cincai ja. Sebab selalu cakap dah solat ni kira soleh la ni. No no no.
Aku selalu kaitkan gitu. Pernah je aku buat test. Minggu ni nak solat akhir waktu la (sebab kadang-kadang memang ada timing malas nauzubillah tu). Malas-malas. Then, list out all the problem come out suddenly.
Hahaha. Then, try maintain solat awal waktu seminggu. List out. Kau akan dapat sesuatu disitu. Tu baru sentuh bab solat fardhu. Kalau rajim, buat solat sunat. Baca Quran. Jangan jadi macam aku. Tak isitqamah.Ni aku dah kahwin, doa aku pun berubah.
Aku berdoa semoga Allah sentiasa satukan hati kami dalam melayari bahtera rumahtangga.
Jadikan aku isteri yang penyayang, rasa cukup dan tak mengungkit, jadikan suamiku suami yang penyabar, tenang dan rezeki yang melimpah ruah. (Doa sebut kekurangan kau dan suami kau, Allah dengar semua tu).
Second niat. Sampai pun kepada tajuk. Niat ni yang akan mengarahkan badan kita kepada tindakan. Aku putus dengan budak sekolah menengah tu, aku hilang arah gak.
Ye la, aku kan jenis tersusun. Aim aku nak kahwin kot lepas dapat kerja. Tau-tau calon plakk takde. Tapi aku percaya pada Allah. Dia yang susun jalan hidup aku. Tahun 2017 aku grad, 2018 aku kerja guru swasta.
Sambil masuk laman web batuljannah. Add kawan-kawan sekolah menengah, sekolah rendah kat fb, ig. Beranikan diri likes status mereka-mereka dan komen.
Ada ja yang sangkut, tapi bila dah berkawan. Tak sehaluan. Tak gheti la orang kata. Usaha dan usaha. Bukan tangkap muat ya. Tapi ni adalah sesi taaruf.
Keinginan untuk berkahwin dah ada, namun tiada pasangan. Maka, carilah. Bukan kenal-kenal terus ajak kahwin.
Berbasa basilah dulu. Cek keturunannya. Jumpa sahabat-sahabatnya. Kenalpasti hidupnya, kerjayanya, hobinya. Perhatikan tingkah lakunya, tutur katanya. Jangan amik serius sangat.
Memadailah sedap mata memandang, elok hubungannya dengan masyarakat, dirinya terbela. Dan yang penting, ceklah agamanya. Carilah yang boleh sama-sama tegur bab agama.
Niat aku nak bercinta lepas kahwin. Dan Allah tu sangat baik. Alhamdulillah, tepat masanya Allah kabulkan permintaanku.
Bila fikirkan balik, aku bercinta kot dengan lelaki. Tak relevan langsung niat aku dengan tindakan. Dari zaman sekolah menengah sampai zaman u, bercinta ja kerjanya.
Dah kau dok bercinta ja dengan dia dengan harapan nak kahwin la dengan dia. Haa, celah mana nak dapat cinta lepas nikah tu? Tapi doa, dan niat. Itu penting. Sangat penting.
So now, doa aku baru dah.
Doa aku semoga Allah sentiasa satukan hati kami dalam melayari bahtera rumahtangga.
Jadikan aku isteri yang penyayang, rasa cukup dan tak mengungkit, jadikan suamiku suami yang penyabar, tenang dan rezeki yang melimpah ruah. (Doa sebut kekurangan kau dan suami kau, Allah dengar semua tu).
Niat aku tahun 2021, moga aku dapat posting kerja kat tempat yang mudah untuk aku dan suami. Dan dikurnikan cahaya mata. Aaminnnn.. doakan aku ya.
Untuk korang. Doa la hari-hari. Spesifik. Niat tu sebutlah selepas doa. Jadikan dua-dua tu zikir harian, setiap kali lepas solat. Tambahan selepas kita minta Allah jaga kita dunia dan akhirat. Moga perkongsian kalini bermanfaat.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit