Tentang Rasa Poligami

Baca bukan dengan emosi. Sama-sama kita renungkan buat diri kita. Buat tuan dan puan.

Poligami tak salah. Tapi yang salahnya diri kita yang memilih untuk poligami dengan cara yang salah. Betul, tak semua perempuan menerima poligami. Dan memang wujud perempuan yang terima poligami. Dua² tak salah. Sebab kita manusia. Kita berhak tentukan rasa kita.

Jadi jika seorang isteri itu tak setuju dengan poligami, kenapa kita masih nak mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan? Nak tunjuk kita sebagai lelaki yang hebat? Yang mampu kawin lebih dari satu?

Memang nak kawin lebih dari 1 tak perlu pun kononnya izin dari isteri pertama. Tetapi lelaki, tidakkah kalian ada rasa simpati buat perempuan yang bergelar isteri pertama tu. Jangan cerita bab takdir yang di tetapkan. Kita pandang dari sudut yang positif. Cuba ambil maklum juga perasaan isteri kita tadi.

Bayangkan, jika situasi diterbalikkan. Jika puan jadi tuan, dan jika tuan jadi puan. Apakah perasaan kita? Adakah bisa kita laluinya dengan baik juga. Belum tentu lagi tuan-tuan sekalian. Kita bukan menidakkan apa yang susah tertulis. Ianya semua ye tang perasaan.

Kadang-kadang sebelum kita memilih untuk poligami, cuba kita renung mata isteri kita. Cuba kita dalami apa perasaan mereka. Renung mata anak-anak kita.

Bila isteri pertama kita minta cerai, sebab tak boleh terima poligami. Dengan mudah tuan kata memang lelaki boleh beristeri lebih dari 1, kenapa puan tak boleh terima poligami? Tak berdosa pun berpoligami. Tuan taknak ceraikan isteri dengan alasan masih sayang. Dan alasan paling hebat, nanti anak² hidup dalam broken family.

Sedarkah yang sebenarnya tuan yang telah mencipta keadaan ‘broken family’ tu. Sedarkah yang memporak perandakan keluarga itu, tuan sendiri?

Tuan, ada puan yang memang sabar. Dia telan keadaan poligami walaupun perit. Sebab anak-anak dia. Dia diam. Dia terima keadaan walaupun dia terluka. Dia tetap tersenyum walaupun dia sakit melaluinya. Tuan hargai lah puan tu. Tak semua sanggup.

Ada puan yang bukan menafikan poligami tuan. Jika tuan meneruskan hasrat untuk poligami. Puan minta tuan untuk lepaskan mereka. Ini kerana ada puan yang tak boleh menerima keadaan poligami tersebut.

Sebuah rumahtangga yang sepatutnya menjadi ladang pahala buat mereka berubah menjadi tempat mereka mengumpul dosa. Dan dengan rela hati, puan memilih undur diri.

Tuan, jika puan menuntut perpisahan. Tuan kena terima juga. Jangan persulitkan. Kerana puan cukup terluka. Dia bermain dengan emosi yang menyakitkan. Batinnya mungkin tidak menerima.

Janganlah tuan terus merosakkan situasi itu lagi. Letakkan sedikit empati buat puan. Jangan terus dera emosi puan. Anak-anak berhak hidup dengan ibu dan bapa yang tidak sakit perasaannya.

Ingat tuan, yang salah tetap kita sebagai lelaki. Waktu kita bahagia bercinta, waktu kita bersedia dengan ijab dan kabul, kita telah berjanji bersama untuk setia hingga ke akhir usia. Dan kita mungkin telah mungkirinya.

Maka perlu kita bertanggungjawab dengan keadaan. Khilaf kita mungkin mudah tersuka orang lain. Mudah bermain dengan perasaan.

Ingat tuan. Beristeri ramai bukan lambang untuk kita bermegah. Bukan lambang untuk kita banggakan. Segala apa yang kita lalui di dunia ini, akan di hisab pada akhirnya.

Tidak takutkah kita akan di soal tentang adil? Tidak takutkah kita akan disoal tentang menyakiti hati pasangan kita. Belum lagi dengan dosa kita yang lain.

Jangan tuan kata ikut nabi untuk poligami. Kita dilahirkan sebagai manusia tuan. Jangan sekadar mengikut nafsu. Akan ada ujian dalam kehidupan. Poligami mungkin ujian buat kita. Penceraian juga ujian buat kita.

Sama sama kita renungkan. Buat tuan dan puan semua. Kita hargai pasangan kita. Kita kenang lah janji kita bersama dulu. Jangan mudah berubah hati. Benar hati kita ALLAH yang pegang. Dan berdoalah kita moga kita kekal setia bersama pasangan yang kita akad saat susah dan senang dulu hingga akhir hayat.

Dan untuk perempuan kedua juga, jika kita memilih untuk jadi yang kedua. Jadi lah yang tahu diri. Kita memilih untuk jadi penumpang, bersabarlah dalam hari mendatang.

Pilihlah untuk tidak bangga sebagai orang kedua. Letakkan hormat pada isteri yang pertama. Mungkin salah kita kerna sanggup menumpang begitu. Maka sabarlah yang menjadi keutamaan kita.

Akhir kata, jadi perempuan jangan mudah percaya bila ada tuan yang kata dia tak bahagia dengan perkahwinan, tetapi tidak melepaskan isteri pertama.

Jadi isteri, jika suami pernah kata pada perempuan lain akan lepaskan kamu, jangan lah kalian terus menunggu lelaki seperti itu. Tak ada orang yang nak bercerai dalam rumahtangga. Jika kita bukan lagi yang diperjuangkan. Pilih keputusan yang terbaik demi diri kita sediri.

Bukan untuk dikecam, bukan untuk dibetul salahkan. Sekadar pandangan dari diri sendiri. Yang baik kita ambil. Yang salah jangan kita ikut. Terima kasih kerana membaca.

Spread love not hate.

– PermaisuriDurian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *