Tentang Solat

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya artikel mengenai aku disiarkan. Nama aku Umi (bukan nama sebenar) aku berumur 30an. Mempunyai anak 3 orang dan mempunyai suami yang bagi aku sangat baik sebab dia bertanggungjawab.

Aku surirumah, suamiku bekerja sebagai kerani. Namun alhamdulillah, hidup kami tak mewah semua serba cukup je.

Yang menjadi masalah besar bagi aku adalah, tiang agama kami. Aku dibesarkan dalam suasana kurang mengenal Allah. Maksudnya, kami 1 famili solat on/off. Itu sebelah pihak aku.

Dan sebelah pihak suami, mak ayahnya solat. Cukup walaupun kadang bukan awal waktu. Tapi suami aku tak. Dia tau, tapi tak buat. Sama ada mak ayah tak tegur atau memang dia taknak buat.

Aku sendiri belajar solat melalui buku panduan solat dekat kampung. Masa tu cuti sekolah, aku dengan adik memang dihantar ke kampung sebab cucu2 lain jauh dan itula aktiviti aku di kampung. Even atuk nenek aku pun tak ajar aku solat. Cuma dorang bagi nasihat je.

Aku budak lagi masa tu. Memang taktau apa pun. Sekadar nasihat je memang takde maknanya melekat kat hati untuk beribadah. Mak ayah aku pun tak pernah ajar.

Bila anak2 membesar ni, aku tak nak dorang jadi macam aku. Aku selalu pesan, suruh jaga tiang agama nan 1 ni.

Aku siap mention, jangan jadi macam aku. Apa2 sekalipun dalam hidup, tolongla ingat Allah. Alhamdulillah, so far dorang ok. Selalu solat. Seawal usia 6 tahun aku biasakan mereka ingat Allah.

Tapi tak kena la kan. Mak perangai macam setan sebab tak solat tapi nak anak2 jadi baik. Aku risau bila dah besar, dorang end up akan jadi macam aku jugak akhirnya.

Jadi aku ni memang tengah berperang dengan diri sendiri. Bayangkan kau dah lama mana on off solat. Tiba2 nak istiqomah. Rasa susah sangat.

Kadang bila aku dah mampu istiqomah (dalam sebulan 2), mesti lepas tu akan ada on off. Aku jadi sedih, aku takut Allah tak maafkan aku dan buat aku lupa pada

Dia terus. Aku taktau mana nak mula, untuk aku betul2 beriman pada Dia je. Azam aku tiap tahun, aku nak solat penuh di samping buat amalan yang lain. Aku sedar aku banyak dosa.

Kadang jauh di sudut hati, aku nak suami tegur aku. Untuk ajak solat sama2. Tapi sepanjang perkahwinan, kami berjemaah 2 kali je. Sedih kan.

Aku tak salahkan dia, aku pilih jodoh ni. Aku nak kami sama2 betulkan sebab aku nak masuk syurga dengan dia. Allah dah bagi jodoh yang paling baik dalam dunia ni. Cuma 1 ni je kekurangan dia.

Masa aku on off solat tu, suami aku pun akan ikut buat sama. Kami solat asing2. Dengan alasan bilik kecik, tak muat nak solat berjemaah. Dan mungkin juga dia tak yakin nak imamkan aku.

Anak2 solat sendiri, sebab anak sulung aku dah boleh imamkan adik2nya. Dan anak aku ni sekolah agama.

Alhamdulillah setakat ni dia memang boleh diharap. Cuma aku tak pasti masa depan nanti macam mana kalau dia berterusan ada mak ayah macam kami. Aku rasa sangat tak berguna. Sebab solat aje pun tak mampu nak jaga. Useless kan aku.

Dari segi penampilan aku pun, aku rasa hipokrit sangat. Aku berpakaian memang menutup aurat. Siap berstokin tudung labuh menutup dada.

Aku ingat dengan menjaga aurat ni aku akan terdorong menjaga solat. Tapi tak. Aku pernah cuba buat amalan2 lain tapi susah sangat nak istiqomah.

Kadang aku dengar ceramah ustaz ustazah di youtube. Aku akan rasa menyesal kejap. Lepas tu, solat culas. Rasa nak buat, aku buat. Kalau aku rasa malas nak tido, aku tido je.

Allah gerakkan je otak aku ni fikir untuk solat, tapi kalau dah perangai setan tu melekat. Aku sanggup je tido tanpa solat. Bila bangun, dah terlajak waktu. Nampak tak, ingat Allah tapi salahkan setan sebab malas solat.

Aku harap readers dapat bantu aku dari mana nak mula. Apa amalan yang boleh buat kita istiqomah.

Ni hal serius bagi aku sebelum Allah jemput aku. Takkan aku nak harapkan anak2 masuk syurga, lepas tu mintak simpati dari dorang untuk aku. Not fair right.

Maaf kalau cerita tunggang langgang. Aku memang tak pandai mengarang. Cerita dari awal tu aku nak gambarkan je macam mana hidup aku. Terlalu banyak rahmat Allah bagi. Tapi aku tak mampu nak jaga solat. Sedih.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *