S: Wanita Bertopeng, Pemusnah Hidup Orang
Aku tak pernah sangka dalam hidup ini, aku akan bertemu dengan seseorang seperti S. Seorang wanita yang penuh tipu daya, penuh manipulasi, dan tak pernah serik menyakiti orang lain.
Dia masih isteri orang, tapi dengan selamba mengaku dirinya janda. Dia ada anak autism, tapi bukannya sibuk membesarkan anak dengan penuh tanggungjawab—sebaliknya dia sibuk menipu, memperdaya, dan merosakkan hidup orang lain.
S bukan orang biasa. Dia seorang influencer, seorang penulis buku. Baru X buku dia terbitkan, tapi dia dah bertindak seolah-olah dirinya seorang tokoh besar dalam dunia penulisan.
Di media sosial, dia nampak seperti seorang wanita yang kuat, penuh inspirasi, penuh ilmu. Tapi di belakang semua itu, dia hanyalah manusia yang pandai bermuka-muka, yang hidupnya penuh kepalsuan.
Dulu, dia pernah hampir menghancurkan rumah tangga aku. Aku hampir bercerai dengan suami. Dengan kebolehan dia menipu dan memanipulasi, dia masuk dalam hidup aku tanpa aku sedar niat sebenar dia.
Modus operandi dia sama sahaja semasa hidup bermadu dengan suami kedua. Suami rakan baiknya dia rampas. Kalau aku tak tersedar lebih awal, mungkin sekarang rumah tangga aku sudah musnah.
Dia memang licik gunakan simpati, gunakan air mata, gunakan pelbagai helah untuk buat orang percaya dengan dia.
Bila ada lelaki yang baik hati cuba membantu, dia akan ambil kesempatan. Bila dah dapat apa yang dia nak, dia mula cipta cerita. Bila orang tak lagi berguna untuk dia, dia tinggalkan begitu saja.
Paling aku tak boleh terima, dia dah ‘bunuh’ kawan aku yang aku percaya kamu semua kenal dia sebagai NK. Mungkin dia ‘bunuh’ bukan dengan tangan dia sendiri, tapi dengan fitnah, tekanan, dan manipulasi yang dia lakukan.
Kawan aku menjadi mangsa permainan kotor dia, sampai akhirnya tak mampu bertahan. Dia hilang segalanya, termasuk ‘nyawanya’ sendiri.
Dan S? Dia terus hidup seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah semua itu bukan salah dia. Seolah-olah dia masih ‘mangsa’ dalam setiap cerita yang dia reka sendiri.
Dia juga selalu mengaku ada pelbagai penyakit. Hari ini kata ada sakit ini, esok sakit lain pula. Konon hidup dia penuh ujian. Konon dia wanita paling malang di dunia.
Hakikatnya, semua itu hanya skrip yang dia cipta untuk tarik simpati. Pelik, kan? Orang yang katanya sakit teruk boleh pula sibuk menipu dan memanipulasi orang lain.
Dan sekarang? Dia berniqab. Kononnya sudah berubah, kononnya sudah insaf. Tapi hakikatnya, perangai dia tetap sama. Bezanya cuma sekarang dia gunakan agama sebagai perisai, sebagai alat untuk menutup segala kebusukan yang dia lakukan.
Ramai yang mudah percaya hanya kerana imej luaran, tanpa menyedari bahawa di sebalik niqab itu, ada manusia yang licik dan penuh tipu muslihat.
Aku bukan nak menabur kebencian, tapi kasihan melihat ramai yang dah jadi mangsa. Ada yang hilang duit, ada yang hilang rumah tangga, ada yang hancur emosinya, ada yang difitnah sampai hidup musnah. Dan ada yang sampai kehilangan nyawa.
Tapi aku percaya, kebenaran tetap akan datang. Sampai saat itu, topeng S akan jatuh juga. Sampai bila kau nak terus menipu dan menzalimi orang? Sampai bila nak menunggang agama untuk kepentingan sendiri? Sampai bila?
– Mika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit