Tentera dan Cinta

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

Aku bukan seorang yang pandai mengarang dan confession ini sekadar luahan, sekiranya ada yang bagi pendapat, terima kasih aku ucapkan, appreciate much. Semoga tiada kecaman yang diterima kerana ia membabitkan badan beruniform.

Sebagai pengenalan, nama diberi Rose (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal, anak aku dijaga oleh ibu aku nun jauh di utara & aku bekerja di kota raya. Bukan niat untuk berpisah dengan anak tapi cuma ini satu-satunya cara untuk aku bangkit dari apa yang telah terjadi dalam hidup aku dan demi masa depan aku dan anak.

Alhamdulillah aku sedang mencapai kejayaan satu per satu setelah aku berjauhan dengan anak aku hampir dua tahun. Cukuplah kalian tahu yang aku berpisah dengan bekas suami disebabkan tanggungjawab & campur tangan keluarga.

Fitrah perempuan, ingin disayangi lebih daripada menyayangi. Setelah hampir dua tahun (mungkin terlampau sekejap) aku tutup pintu hati untuk mana-mana lelaki, buat kali kedua (selepas bekas suami), hati aku diketuk oleh seorang kenalan sekolah.

Satu sapaan hai di Instagram membawa kami hampir ke arah gerbang perkahwinan. Aku namakan dia Aqil (bukan nama sebenar). Sebaya dengan aku, mid 20’s dan mempunyai kerjaya yang stabil iaitu tentera darat/askar. Kem mana, biar laa menjadi rahsia.

Pada mulanya terasa amat ragu untuk bertukar nombor phone. Maafkan aku tapi aku agak stereotype dengan askar. Bukan niat nak pukul rata tapi majoriti askar mata keranjang & selalu bertukar-tukar perempuan walaupon dah berumahtangga. Tapi melihat kesungguhan dia untuk berkawan dengan aku, aku pon save nombor dia di contacts dan conversation kami di whatsapp pon bermula.

** Assumption pertama : Katanya dah dua kali dia bagi nombor dia dekat aku tapi aku tak whatsapp. Ehh padahal dia baru sekali je bagi nombor dia dekat aku. Kat sini aku syak dia bertukar nombor dengan ramai perempuan dekat ig, tapi aku butakan mata sebab niat nak berkawan kan.

Long story cut short, setelah berkali-kali cubaan Aqil melamar aku untuk menjadi isterinya ditolak, melihat kepada kesungguhan dia, aku terima dengan harapan dia akan membawa sinar dalam kehidupan aku dan anak aku. Aku terima dia disebabkan aku takut nak kenal dengan orang baru.

Since dia kan kawan sekolah aku, jadi proses perkenalan tu dapat laa kami skip. Family aku pon kenal family dia, family dia pon kenal family aku, senang. Hari pertama aku terima lamarannya, dia jujur dengan aku mengatakan dia pernah melanggan pelacur sekali hanya sekadar suka-suka untuk melepaskan nafsunya.

Allah, luluh hati aku. Kenapa mesti pelacur? Kat sini lagi laa menguatkan tanggapan aku yang askar ni semua gatal & miang. Lagi sekali, dek kerana kesungguhannya berterus-terang di awal perkenalan kami, I think he deserves a second chance. Mungkin dia dah berubah, yang penting kita pandang ke hadapan, bukannya toleh ke masa lampau. Aku cuba untuk positif, dia boleh terima aku sebagai ibu tunggal, kenapa tidak aku terima kisah silam dia kan. Tak semua lelaki bujang sanggup terima janda yang ada anak.

Whatsapp, video call, bertukar gambar selfie, share mengenai pekerjaan masing-masing menjadi rutin kami setiap hari. Aku tertarik dengan caranya yang sangat smooth dalam usaha untuk menghalalkan aku. Slowly kami mula berbincang lanjut mengenai masa depan.

Satu yang aku tak berkenan dengan Aqil ni, dia terlalu mendesak. Setiap hari dia akan push aku untuk aku bagitahu family aku mengenainya, katanya takut ada yang lain datang merisik. Rasa macam terlalu awal untuk libatkan family tapi aku ikutkan juga. Ketaq kaki ni nak bagitahu family terutama sekali ayah sebab ayah aku seorang yang tegas dalam pergaulan aku dengan lelaki.

Alhamdulillah ayah aku terima dan tak meletakkan hantaran untuk majlis pekahwinan kami, ikut kepada kemampuan Aqil katanya. Siap bervideo call dengan family & anak aku lagi. Dan dalam masa yang sama Aqil pon cerita juga dekat kakak dia yang dia tengah berkawan dengan aku & sedang move onto next phase. Katanya dia juga dah bagitahu family dia mengenai aku, katanyaaa laaa. Hujung bulan 9 ni dia balik ke kampung untuk bincang lebih lanjut dengan family dia mengenai kami.

Sejak dari hari tu, hari-hari kami bincang mengenai persiapan perkahwinan. Persediaan menjadi isteri tentera, kehidupan menjadi isteri tentera, tarikh-tarikh perkahwinan yang sesuai untuk tahun depan, macam-macam lagi dia tag aku dekat fb. Hati aku masih ragu, tapi aku dah mula sayangkan dia. Aku fikir mungkin dia memang jodoh aku, kalau tak, tak mungkin dia nak libatkan family, takkan dia nak tag macam-macam pasal kehidupan perkahwinan dekat fb.

In between our conversation & video call, ada beberapa kali dia minta aku untuk free hair waktu video call & ada satu dua kali dia sembang mengenai lucah. Pernah sekali katanya nak datang jumpa aku di kota raya, dia minta aku teman dia tidur di hotel. Aku bukan perempuan murah yang sewenang-wenangnya nak dibawa ke hotel. Fitrah lelaki kan, tak gatal tu tak sah. Aku tolak dengan baik & bila aku tegur, berkali-kali dia minta maaf atas keterlanjuran dia.

** Assumption kedua : Hati aku dah mula ragu. betul ke yang dia dah tinggalkan dunia maksiat dia ? Betul ke dia ikhlas untuk memperisterikan aku atau sekadar nak body aku. Tapi perempuan kan, kalau dah rasa disayangi, berjuta hint mengatakan lelaki tu tak sesuai untuk kita pon kita tetap butakan hati. Sayang punya pasal.

** Assumption ketiga : Kenapa terlalu cepat nak melangkah ke arah perkahwinan ? Desperate sangatkah dia untuk berkahwin dek kerana tergugat tengok kawan-kawan lain dah berumahtangga ? ataupon dia melihat aku sebagai seorang yang berkerjaya lalu ingin mengambil kesempatan terhadap aku ? Oh yaaa, aku bekerja di sektor swasta, dealing with patients tapi aku bukan doktor.

Kesemua assumptions aku, aku tepis jauh-jauh disebabkan terbuai dengan kasih sayang yang disemai Aqil. Betul laa orang kata, pelangi tu memang indah tapi hadirnya cuma seketika. Dia bagitahu yang dia nak masuk menembak mungkin dalam seminggu, line phone selalu tak ada & masa dia dengan aku akan berkurang. Tak apa laa, aku masih positif.

Disebabkan cuti hari Malaysia aku balik ke kampung, dia tanya ayah aku ada cakap apa-apa tak pasal dia. Aku kata ayah tanya dia betul-betul serious ke dengan aku, kalau betul serious percepatkan majlis & buat sehabis simple. Beria dia jawab yang dia serious dengan aku tapi dalam masa yang sama dia ada menyuarakan kerisauan dia mengenai hantaran.

Tapi hari selasa dia dah mula berubah. Perubahan yang sangat drastik. Dia mula memaksa & meminta gambar lucah aku. Kami bergaduh buat pertama kalinya dan dia langsung tak balas whatsapp aku. Aku fikir mungkin ini adalah dugaan #roadtohalal.

Aku tebalkan muka, berkali-kali aku call & whatsapp, sesi pujuk-memujuk bermula, baik laa sekejap. Ingatkan pasal gambar lucah tu habis laa dekat situ, ehh dia sambung pula. Katanya kalau aku tak bagi dia nak cari perempuan lain. Allah, dugaan apa lagi ni. Aku dah pernah rasa putus cinta sekali, takkan kali ni aku nak kena harungi lagi sekali, perit sangat. Walaupon dalam hati ni bergolak, tapi aku masih berlagak cool.

Aku minta penjelasan kenapa jadi macam ni, tapi yang aku dapat cuma jawapan, “masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga”. Dia mintak izin untuk berkawan dulu. Walhal sebelum ni dah banyak kali aku tanya, dengan tugas dia yang berat, dengan kehidupan PJJ selepas berkahwin nanti, mampu ke dia untuk jadi ketua keluarga? Katanya asalkan aku ada di setiap susah senang dia, selagi tu laa dia akan jadi ketua keluarga yang terbaik untuk kami sekeluarga.

** Assumption keempat : Sebab dia dah cuba macam-macam untuk pancing aku (sembang lucah, gambar free hair, tidur hotel sekali ) tapi tak berjaya, senang-senang je dia nak tinggalkan aku dengan alasan tak bersedia. Mungkin betul yang dia ni nak body aku je. Tapi kenapa perlu libatkan family & hal perkahwinan ?

Aku tahu dia ada perempuan lain, bila tak dapat dengan aku, dia try perempuan lain pulak. Tapi tak sangka yang dia sanggup buat macam ni dekat aku. Malu woii nak balik bagitahu family. Aku dah sehabis positif fikir yang dia cuma ada aku seorang saja. Setiap kali online whatsapp, memang aku yang dicarinya, hampir 24jam video call/on the phone, mana nak expect wehh dia ada perempuan lain.

Aqil ni sejenis yang pantang diprovoke, kalau aku provoke kata dia ni playboy, dia akan bagi jawapan yang aku mahukan, bukan jawapan dari dia. Sampai kadang-kadang aku terfikir juga, mungkin jawapan yang dia bagi tu semua betul, aku je yang fikir si Aqil ni pantang diprovoke.

By the way, Aqil ni seorang yang gilakan dunia permotoran, malam minggu keluar overnight ke dataran itu benda biasa. Ig dia penuh follow dengan minah-minah motor yang seksi. Bila aku tanya, katanya cari inspirasi untuk modified motor. Jarang aku nampak dia like gambar-gambar perempuan seksi, tapi dekat DM tak tahu laaa kan.

Banyak sebenarnya hint yang mengatakan dia bukan yang terbaik untuk aku, tapi bila dah dibuai dengan kasih sayang, taik yang busuk depan mata pon sanggup dicium kononnya wangi. Tipu kalau aku kata aku tak kecewa, aku sejenis yang setia & bila aku dah mula bagi hati aku dekat seseorang, aku mengharapkan dia akan sayang aku melebihi aku sayang dia.

Pemainan masa yang sangat cantik & smooth, Isnin dia cakap dia serious, Selasa dia dah mula lain, Rabu dia minta izin untuk berkawan dulu dengan alasan tak bersedia, tapi hari Khamis pagi dia whatsapp aku macam biasa macam tak ada apa-apa yang terjadi. Aku yang dah mula untuk terima hakikat tiba-tiba jadi “meroyan” disebabkan dia cari aku balik pagi Khamis tu.

Setiap apa yang terjadi aku luahkan dekat kawan baik aku. Katanya lelaki tu cuma inginkan body aku, disebabkan aku ni seorang yang family-person, sebab tu dia libatkan family untuk pancing aku.

Tapi dari sudut pandangan yang lain, kalau betul dia nak main-mainkan aku, tak mungkin dia pon akan libatkan family dia, tak mungkin dia akan tag aku macam2 pasal perkahwinan dekat fb, dan tak mungkin dia cari aku balik pagi Khamis tu. Aku cuba untuk clarify hal ni, aku whatsapp tanya kenapa dia buat semua ni kalau dia belum bersedia, tapi sampai ke hari ni dia menyepi.

** Assumption kelima : Kalau betul dia nak main-mainkan aku, kenapa lepas dia berterus-terang hari Rabu tu, hari Khamis dia cari aku lagi ? Hati aku lagi laa kuat mengatakan yang dia memang betul-betul belum bersedia. Tapi dalam kelima-lima assumptions aku, hanya satu yang positif, yang lain semua ke arah negative. hmmmm.

Peritnya putus cinta tu Allah saja yang tahu, susah payah aku nak move on dari apa yang terjadi antara aku dan bekas husband aku, baru nak merasa bahagianya hidup, tapi bila aku beri peluang untuk lelaki singgah di hati aku, macam ni balasan yang aku dapat?

Aku bukannya baik sangat, tapi kenapa bila bermain dengan soal pasangan, kita rasa kita dah habis baik tapi kenapa pasangan kita penuh dengan kisah silam, kita rasa kita dah habis setia, tapi kenapa pasangan kita sibuk main kayu tiga. Yaa, salah aku juga kerana memberi peluang & membuka pintu hati terlalu awal. Serik !

Aku minta maaf buat warga askar di luar sana, aku cuba tak pukul rata semua askar sama macam Aqil tapi majoriti yang aku observed perangainya sama macam Aqil, you guys lost my respect. Dan aku tak dapat buang persepsi bahawa askar ni sangat low class in term of percintaan & hubungan kekeluargaan. Pada mereka, nilai cinta & kasih sayang tu diletaknya di tapak kaki saja.

Aku tak dapat buang tanggapan mana-mana kawan aku yang berkahwin dengan askar, korang bukan perempuan pertama yang askar-askar ni ajak kahwin dan korang cuma ditangkapmuat oleh askar-askar tu ke gerbang perkahwinan disebabkan diorang ni lonely. Its not good to have this kind of perception but I just can’t be more optimist than this.

Nak bercinta dengan tentera? Tak kisah laa tentera udara, darat mahupon laut. Fikir sejuta kali. Tak semua perangainya sama macam Aqil, tapi nak dapatkan satu yang betul-betul berharga tu, bukan senang nak jumpa.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *