Tepung Bungkus Untuk Pak Cik

Saya Kak Chik. Kak Chik ada baca confession pasal cinta pertama lelaki, confessor menceritakan kisah lelaki yang tak move on dengan cinta pertamanya walaupun selepas 30 tahun berkahwin dengan isteri. Cinta pertamanya berputik sejak dibangku sekolah.

Selepas 30 tahun berkahwin dan punya beberapa orang anak, si suami berjumpa semula cinta pertama yang sudah kematian suami lalu berkahwin. Perkahwinan dengan isteri berantakan.

Kisah tersebut membuat Kak Chik terkesan dengan situasi yang Kak Chik hadapi sekarang.

Sebagai pengenalan, Kak Chik ceritakan tentang diri Kak Chik. Dikenali sebagai wanita sederhana, tradisional dan berpegang dengan adat dan agama. Ditakdirkan Tuhan, Kak Chik bertemu dengan lelaki modern dan nakal di usia mudanya.

Kak Chik namakan dia Pakcik sebab di awal perkenalan kami, dia membahasakan dirinya ‘Pakcik’. Sangka dia, Kak Chik terlalu muda. Umur Pakcik sekarang 45 dan Kak Chik 38. Duda, tiada anak.

Pakcik berubah selepas berlaku insiden yang meragut nyawa kawan2nya beberapa tahun lalu. Peristiwa tersebut mengubah hidup Pakcik secara drastik.

Pakcik meletak jawatan dan menukar profesion dalam usaha hijrahnya. Kematian kawan2nya membuatkan dia insaf dan meninggalkan kehidupannya yang agak bebas.

Pakcik cakap faktor usia juga menjadi faktor dia insaf. Tahap kesihatan dia tak seperti dulu, menyedarkan dia, bila2 masa sahaja ajal mungkin menjemput. Tak perlulah Kak Chik cerita tentang penyakitnya, cukuplah untuk pengetahuan Kak Chik saje.

Pakcik selalu cakap, dia terlalu takut mengingat dosa2nya. Bimbang mati tak sempat bertaubat. Pakcik juga selalu didatangi mimpi arwah ibunya. Rasa sangat bersalah. Bimbang dosa2nya akan membuat ibunya terseksa di alam barzakh.

Di usia muda, dia sudah biasa dikelilingi perempuan cantik. Dia tak berminat lagi dengan perempuan cantik. Dia cuma mahu wanita baik yang boleh menemaninya hingga ke akhir hayat, melahirkan zuriat dan mendidik anaknya dengan agama.

Di awal pertemuan, Pakcik berterus terang tentang masa silamnya. Katanya dia mahu telus dan jujur. Mahu bercerita kepada orang yang dia selesa dan boleh dipercayai. Dia yakin Kak Chik orang yang tepat untuk dia bercerita.

Pada awalnya, Kak Chik cuma menganggapnya kawan saje. Mana mungkin Kak Chik mahu jatuh cinta pada lelaki yang sebegitu. Kawan2 dan family mengenali Kak Chik dengan imej yang baik. Expectation Kak Chik dan mereka, tentulah lelaki alim dan baik saja sesuai dengan Kak Chik.

Untuk pengetahuan, Kak Chik kerja banyak berurusan dengan orang. Bermacam2 orang Kak Chik kenal, termasuk lelaki playboy, sweet talker dan sebagainya yang cuba mengurat. Tapi Pakcik berbeza.

Kakak angkat Kak Chik juga berpendapat Pakcik ni seorang yang sangat menghormati wanita, bukan playboy.

Sebelum mengenali Pakcik, Kak Chik kenal seorang lelaki di tempat kerja yang nampak baik, alim, soft spoken, datang daripada keluarga baik2 juga. Nampak seperti kami sekufu dan ideal jika berjodoh. Sayangnya, perangainya tak sebaik rupa.

Lelaki ini melayan Kak Chik dengan kasar, suka marah, sesuka hati menengking depan orang lain, kuat cemburu, mengongkong, membuka aib Kak Chik dengan cara bercerita kepada orang lain ketika kami berselisih faham dan suka merendah2kan Kak Chik.

Kerana lelaki ini, Kak Chik jadi takut. Tak percaya laki berimej sopan. Pernah juga beberapa kenalan lelaki dalam fb, selalu buat post islamik, pm tepi buat ayat2 gatal. Puji awak cantik. Saya suka awak. Buat pick up line nak rentas hati la.

Muak Kak Chik baca ayat2 gatal mereka ini. Bahkan ada di kalangan mereka bawa imej imam di fb! Mereka ni selalu nak tunjuk hero, puji diri sendiri, nasihat itu ini macam ustaz. Suka membawang dan bergosip.

Pastu stalk fb mane2 lelaki yang menegur Kak Chik dan suruh Kak Chik hati2, jangan caya, padahal dia yang gatal. Buat dirty jokes sampai kena sound dengan kawan Kak Chik supaya jaga bahasa. Ada yang Kak Chik block sebab serabut.

Dari segi zahir, Pakcik ni memang nampak tidak alim, muka sombong. Tapi sepanjang kenal, dia sangat menjaga tutur kata, sopan bila berbicara. Tidak pernah bercakap kasar, lucah atau kesat.

Selalu ucap terima kasih dan meminta maaf, ciri yang Kak Chik tak temui pada calon2 sebelum ni. Pakcik seorang yang merendah diri, selalu cakap dia banyak dosa. Jaga solat dan rajin puasa sunat.

Dia pernah menegur Kak Chik jangan sesekali bergosip atau bercerita buruk pasal orang lain dengan dia. Dia tak suka. Pakcik hanya bercakap benda baik pasal orang lain. Kak Chik sangat selesa sebab Pakcik ni jenis suka bercerita, pandai buat lawak dan suka minta pendapat.

Cuma akhir2 ni, Pakcik agak pendiam macam ada masalah. Kalau tak sihat pun dia akan senyap beberapa lama. Jarang menghubungi Kak Chik. Mula2 Kak Chik cuba bersangka baik. Mungkin ada masalah. Perlukan ruang dan tak mahu Kak Chik ganggu.

Kak Chik terkilan tiba2 memuat naik status lama tentang cinta lamanya. Dia selalu cerita tentang ex wife dia sebelum ni. Malah, ex wife ada hubungi dia masa kami baru kenal, rindu katanya.

Ex wife dia dah berkawin dan mempunyai anak. Dia juga cerita perempuan2 berstatus bini orang yang suka mengacaunya.

Kak Chik tidaklah cemburu membabi buta. Bila dia kongsi cerita kelakar dengan ex wife, kami sama2 gelak. Dia tunjuk gambar ex gf, Kak Chik puji lawa. Tapi bila terlampau kerap menyebut nama ex wife, Kak Chik mula terasa hati.

Kak Chik tanya jika dia masih sayang. Katanya tentulah sayang sebab first love. Mereka berpisah pun dengan cara baik.

Pakcik bagitahu alasan berpisah tapi cukup Kak Chik cakap atas faktor terlalu peribadi hanya untuk pengetahuan Kak Chik. Masa tu Kak Chik memang sedih. Dia macam faham saja perasaan. Selepas kejadian tu, dia tak pernah lagi mention cerita ex2.

Dia ada cakap nanti nak datang melawat Kak Chik di sini. Tapi disebabkan MCO, niatnya terpaksa ditunda. Kak Chik berdoa dan beristikharah jika benar dia jodoh Kak Chik, mudahkanlah urusan pertemuan kami untuk berbincang.

Dia pernah cakap kalo dah jodoh, satu hari nanti dia akan jumpa cari dan datang ke rumah. Kata2 yang Kak Chik tunggu selama ini daripada lelaki yang Kak Chik penah berharap.

Ni istikharah calon kelima Kak Chik penah buat. 4 calon sebelum ni, berakhir dengan cara yang Kak Chik faham sebagai tanda tiada jodoh, tapi bukan melalui alamat mimpi.

Untuk adik2 yang masih mencari cinta sejati atau jodoh, sedikit nasihat Kak Chik titipkan buat kalian. Walau betapa sayangpun kita pada seseorang, jika bukan jodoh, tetaplah bukan jodoh. Banyak2lah berdoa mohon petunjuk daripada Allah.

Pengalaman Kak Chik sendiri dalam usaha mencari jodoh, sudah 4 kali gagal sebelum ini. Pakcik adalah calon ke 5 istikharah Kak Chik. Kak Chik tidak bercinta, boleh kata hubungan Kak Chik semuanya atas dasar taaruf sahaja.

Kami tidak berdating seperti pasangan lain. Hanya berhubung di telefon bercerita tentang diri masing2. Tidak ada ayat2 cinta macam couple.

Jika ditanya perasaan Kak Chik, Pakciklah calon terbaik yang Kak Chik kenal berbanding calon2 sebelum ini. Tak penah menyakitkan hati. Kerana sikap baiknya, Kak Chik sanggup terima masa silam dia. Tapi bila melibatkan tak move on dengan cinta pertama, boleh buat Kak Chik takut dan tawar hati.

Hanya kepada Allah jualah Kak Chik bertawakkal. Kita takkan tahu apa dalam hati dia. Biarlah Allah tentukan. Kak Chik akan belajar redha jika jawapan istikharah, dia bukan jodoh Kak Chik.

Pengalaman sebelum ini, jawapan istikharah Kak Chik dapat selepas beberapa bulan, bukan dalam masa yang singkat.

Meskipun dia tiba2 berdiam diri dan menyepi. Jawapan istikharah Kak Chik belum terjawab sebab baru buat, Kak Chik tetap belajar masak semua makanan kegemaran yang pernah dia cerita.

Dia selalu memuji masakan Kak Chik dan cakap nak rasa. Konon tengok gambar Kak Chik hantar pun dah terliur.

Pakcik cakap dia suka tolong masak kat dapur. Senang saja nak jaga dia, tak cerewet makan, cukup 1 lauk, lebihkan sayur atau ulam mesti fresh. Kalau malas masak, beli pun tak apa.

Dia paling suka kuih tepung bungkus. Katanya susah cari orang jual kuih yang betul2 sedap. Walaupun Kak Chik tak gemar kuih ni, tapi Kak Chik akan belajar sampai pandai. Jika satu hari nanti dia datang, Kak Chik boleh masak untuk dia. Kuih tepung bungkus untuk Pakcik!

– Kak Chik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *