Terapi Anxiety: Al-Ma’thurat

Hai semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih Seri ucapkan kepada admin IIUM Confession yang menyiarkan confession Seri sebelum ini.

https://iiumc.com/anxiety-bagaimana-aku-disahkan-sebagai-seorang-penghidap-anxiety/

Seri juga baca komen komen di post sebelum ini dan ingin mengambil peluang ini untuk menjawab beberapa persoalan.

Hypertiriodism : Sebelum Seri disahkan menghidapi anxiety, seri sudah pernah melakukan thyroid test di klinik dan result menunjukkan hormon thyroid seri masih di tahap normal.

Seorang Seri tidak mempunyai masalah dengan hormon tiroid.

Merancang kehamilan : Dengan keadaan Seri ketika mengandungkan anak kedua ketika itu, suami Seri trauma dan tidak merancang untuk menambah anak kerana memikirkan kesihatan tubuh badan dan mental isterinya.

Kini anak ke 2 Seri pun dah hampir menginjak 4 tahun.

Kali ini Seri ingin berkongsi amalan yang menjadi terapi kepada masalah anxiety yang seri hadapi.

Perlu diingatkan ini cara terapi kepada versi anxiety Seri. Mungkin tidak sama dengan penghidap anxiety yang lain.

Ya Al-Ma’thurat. Tak perlu bacaan yang panjang (kubra), cukup baca Al-Ma’thurat yang ringkas sahaja, dan tak perlu diulang sehingga 3x setiap bacaan. Yang penting konsisten membaca setiap pagi dan petang.

Awak boleh cari al matshurat di youtube, atau gunakan applikasi dari google play. Seri dulu download sahaja Al-Ma’thurat dari google play.

Seri amalkan selama setahun tidak berhenti. Dan banyak perkara yang Seri takuti tidak lagi menjadi salah satu trigger kepada anxiety seorang Seri.

Ini menjadikan panik attack seorang si seri makin berkurangan dan kini sudah jarang jarang sangat berlaku.

Antara perubahan drastik ketika seri mengamalkan Al-Ma’thurat adalah emosi seri lebih stabil dari kebiasaan.

Seri lebih kuat menahan perasaaan serta tidak mudah bertindak di luar kawalan (impulsif).

Hati menjadi tenang tanpa banyak keresahan melanda. Seri belajar menjadi lebih tenang dengan al matshurat.

Jadi untuk awak, yang selalu stress, yang sama dengan seri, menghidapi anxiety, yang depress, amalkanlah Al-Ma’thurat. Awak akan rasakan perbezaan nya selepas mengamalkan Al-Ma’thurat.

Jangan salah anggap, Seri tidak menidakkan ubatan yang menjadi antara faktor utama rawatan kepada masalah yang kita hadapi.

Selain dari ubatan untuk menstabilkan fungsi badan, jiwa kita juga perlu diubati dan salah satu ubatan untuk jiwa yang amat berkesan untuk pesakit anxiety seperti seorang si seri adalah dengan megamalkan Al-Ma’thurat.

Seri jamin keberkesanannya kerana Seri mempunyai masalah emosi yang sangat serius sebelum ini.

Perasaan Seri dah lama kaku, Seri tak reti nak rasa kelakar, tak reti gelak, tak reti nak rasa bunga bunga cinta.

Seri selalu bertanyakan diri Seri, apa kau dah tak punya rasa??

Kesian seorang suami, lama beliau bersabar menerima seorang Si seri yang kaku dan selalu menghamburkan marah.

Namun dengan amalan Al-Ma’thurat khususnya, kini Seri dah pandai gelak, rasa kelakar dan sebagainya. Mungkin tak selalu tapi Seri senang bila dapat gelak.

Doakan Seri sentiasa konsisten dengan al matshurat dan terapi zikir yang lain, serta makin berseri setiap hari ye.

Dan Seri sentiasa doakan awak yang sama seperti seri untuk terus berjuang berjihad melawan diri sendiri. Dapat pahala tau..

Nanti Seri kongsikan lagi terapi dan cara untuk kita hidup bersama anxiety ye!

Ye awak tak boleh buang anxiety, itu bukan cara awak rawat diri awak. Awak perlu hidup dan hadapi anxiety baru ia akan menghilang..

Salam Sayang,

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *