Terapkan Pada Anak-anak Anda

salam sebenarnya cuma nak share apa yang abah dan mak ane didik ane sampaila ane besar ada prinsip ni yang diterapkan.
Actually, baru ja berlaku kejadian, kejadian ni yang menyebabkan ane terpikir nak tulis kt confesion ni. Cerita dia mcm ni, ane tengah dalam kesulitan yang amat. Boleh kata kais pagi makan pagi.. Kais petang makan petang.. Hek eleh.. Over je kan.. Padahal chubby jugak ni haa… Haha.. Satu hari tu.. Ane ternampak satu purse tertinggal atas kerusi di hospital..ni mesti kes perempuan ni.. Gosip xhengat beg duit dah… Ko rase?? Masa tu ko nak ambil purse tu atau tak?? Kau tengah trdesak pulak tu.Tapi hairannya, sedikit pun xterdetik dalam hati ane utk ambil purse tu dan ambil duit dalam tu. Ane really2 want to thanks my parent. Hasil didikan mereka.. Kau takut nak makan duit yang tak halal sebab kau sedar takkan lah kerana duit secoet tu kau nak merana seumur hidup makan duit xberkat, takkan lah kerana duit secoet tu kau nak tanggung dosa seumur hidup.boleh buat movie tajuk Kerana duit aku rela terjun neraka.. Taknak wehhh… Tapi yang peliknya, ramai!!Ramai yang sanggup hadapi semua tu kerana duit!!
Ok mungkin akan kata, alah duit sikit ja.. Boleh la kau xtergoda.. Ane nak share dulu masa ane mula2 kerja.. Masa tu faham2 la.. Tedesak baqhiang… Boss ane punya nak uji ane, dia tinggal cash RM 200 000 kat ane.. Sorang2 kt office. Sorang pun tak tahu. Mase tu tobatla kau xpernah pegang duit rm 200 000 dalam tangan kan?But mase tu ane hanya rasa takut, sebab ane sedang pegang tanggungjawab yang besar sekarang. Ane tak ade seciput pun perasaan nak ambil duit tu. Ane boleh ja nak lari, ambil duit tu. Mula kerja kan. Bukan ada orang tahu rumah kita kat mana, the best thing is, ane yang jaga semua maklumat pekerja, so boleh sangat nak hapuskan. Alhamdulillah, Ane punya rasa takut dah berjaya menjatuhkan ane punya nafsu..
Kawan2.. Tolong lah.. Ane mohon, terapkan, didikkan anak2 anda semua… Jangan ambil hak orang.. Untuk mase depan kita semua jugak. InsyaAllah aman dunia..
Tips, dulu abah ane bendahari masjid, so dia selalu bawa balik duit kira kat rumah sbb nak minta tolong kami anak2 tambah2 lepas solat jumaat. Masa kira tu, siaplah kau dengar ceramah. Dari situ timbul rasa takut nya nak makan duit haram. Mak ane pun 2×5 jugak.. Suka sangat pesan kat ane.. Susah macamana pun.. Jangan ambil duit/brg orang.
Terima kasih sudi baca panjang2 ni. Moga kita semua dipelihara oleh Allah utk melakukan kemungkaran, insyaAllah..-cumicumi-
– Cumicumi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit