Terasa Hati

Assalamualaikum, aku Ira berumur 25 tahun, telah berkahwin dan bekerja sebagai Admin Executive dia syarikat swasta biasa.

Aku telah bernikah pada Nov 2021 yang lalu dan masih belum merancang untuk ada baby dalam masa terdekat ni.

Dalam confession ni aku nak rant berkenaan rumahtangga aku yang bagi aku dah tak ada spark lagi. Tiada excitement, rasa gembira ataupun tenang. Aku sering terasa hati.

Sebelum itu, aku perkenalkan suami aku sebagai Idris. 30 tahun dan bekerja juga sebagai Admin di syarikat swasta yang lain.

Ringkasan pasal Idris, seorang yang soft spoken, baik, pandai dan money-oriented. Yes terlalu memikirkan bab duit dan terlalu risau akan masa depan.

Ini membuatkan dia terlalu berjimat sampai baju pun tak bertukar selagi aku tak belikan. Bukan sebab tak ada duit, tapi sebab nak jimat.

Hidup kami bukan lah senang dan bukan juga susah. Aku boleh katakan average dimana memang kami perlu cut some expenses, but still boleh makan kalau teringin sesuatu.

Aku rasa nak kongsi kenapa aku rasa rumahtangga kami hambar.

Satu, bab duit. Aku seorang yang bekerja dan yang memang nak kerja atas kemahuan aku,

Segala perbelanjaan kemahuan aku beli sendiri dan aku juga bantu suami untuk membayar keretanya setiap bulan sebab aku nak tolong dia simpan duit.

Nafkah yang aku dapat dari suami betul betul yang asas; makan minum, tempat tinggal & s*ks. Pakaian dua pasang setahun? Juga asas kan?

Tapi Idris cakap dia pernah dengar satu ceramah iaitu kalau dia sendiri tak bertukar baju, maka tak wajib untuk dia sediakan pakaian aku.

Sekali lagi aku ulang ye, dia bukan tak ada duit, tapi nak jimat. Nafkah perbelanjaan (duit) tak pernah dapat sampai sekarang even RM5 baki dari isi minyak motor pun dia tak bagi. Aku cuba redha.

Kadang aku pernah minta dia belanja pisang goreng je sebab yelah kita perempuan nak merasa suami belanja walau benda kecil pun kita boleh happy.

Tapi jawapannya ‘takde duit’. Satu lagi kami tak pernah pergi honeymoon yang proper hanya berdua.

Kalau ada check in pun mesti sebab alasan lain macam perayaan atau majlis sedara mara. Aku ajak untuk buat tabung untuk pergi honeymoon untuk anniversary kononnya sebab kalau nak harap dia memang tak lah.

Tapi jawapan yang aku terima ‘buat apa nak gi bercuti? takde duit lah’. Itu aku ajak kumpul sama sama tau. Hmmm asyik asyik takde duit.

Kadang aku rasa the reason kenapa dia rasa duit dia tak cukup sebab dia berkira dengan isteri dia. Aku masih dalam proses untuk meredhakan semuanya.

Dua, bab hubungan katil. Sangat hambar. Kadang aku rasa tak berbaloi bangun subuh mandi wajib, sebab tak ada kepuasan langsung dan dia tak ada usaha.

Segala supplement, ubat sapu, urut semua atas cadangan aku dan duit aku.

Kalau tunggu dia? Jawapan dia ‘u la kena keluar duit sebab u yang nak. U yang tak puas’ atau ada sekali ni dia menyalahkan aku ‘u la siapa suruh sedap sangat’.

Aku masih gelak pada waktu tu sebab aku anggap gurau tapi jauh dalam sudut hati aku, aku terasa.

Aku suruh bersenam sebab stamina dia sangat lemah, buat kerja lebih sikit dari biasa, terus ngantuk takde tenaga. Dia kata tak nak, bagi dia jaga makan je dah cukup untuk sihat.

Aku ada terfikir nak tolak bila dia minta untuk bersama, tapi aku fikir dosa yang aku dapat nanti. Dia tak cuba nak pikat aku pakai wangi wangi ke hmm aku?

Hampir setiap hari dan malam pakaian aku ibarat tak cukup kain, sentiasa spray mist bagi wangi, sentiasa pakai liptint untuk naikkan sikit seri muka ni bila kat rumah tapi selagi tak hujung minggu selagi tu lah aku tak digauli.

Orang kata baru kahwin ni, sekurangnya 2-3 kali seminggu bersama sebab masih hangat lah katakan. Tapi aku, 3 kali sebulan tu paling banyak.

So aku rasa ni lah punca kenapa aku rasa rumahtangga aku hambar, boring. Sekarang ni kalau aku tengok dia, aku macam entah lah nak kata menyampah tu tak lah tapi tak menyenangkan lah.

Aku tak harapkan kecaman dari pembaca, kalau ada tips dipersilakan kongsi.

Perkahwinan kami masih baru, banyak yang perlu dibaiki. Nak suruh bincang elok elok? Tak payah lah sebab nanti dia akan twist dan bagitahu aku ni overreact.

Apapun doakan kami berdua bahagia hingga syurga dan dilembutkan hati aku untuk redhakan semuanya supaya perkahwinan kami lebih lancar untuk hari mendatang.

Terima kasih.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *