Terasa Hati Dengan Keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baik-baik ke semuanya? Semoga baik-baik ya, mental dan fizikal kalian.

Ringkasnya, saya sudah bertahun makan hati dengan layanan Mak dan Ayah terhadap diri saya.

Saya faham, bukanlah niat mereka nak lebihkan sesiapa, tetapi saya juga kadangkala sedih dan terasa hati apabila melebihkan adik-beradik yang lain berbanding saya.

Baru-baru ini, ada video klip tentang seorang anak lelaki (dua orang) bergaduh lakonan Syafiq Kyle (abang) dan adiknya.

Dialog adiknya: “Kau dan kakak bekerja dekat luar. Aku yang selalu ada dengan keluarga.”

Saya rasa, mungkin saya yang berlebihan dalam terasa hati. Entah, memang saya ini ada masalah hati, kot.

Situasi pertama:

Saya bekerja dan belajar. Saya memang duduk di rumah Mak dan Ayah lagi sekarang. Apa-apa, saya yang keluar pergi beli, bil-bil, alatan rumah, adik-adik nak itu ini, saya turutkan juga.

Mak dan Ayah minta saya hantar ke sana sini, saya turutkan juga.

Tipulah saya tak penat, saya penat. Cuma dalam keadaan sekarang, saya saja yang boleh menolong. Sebab saya ada di rumah.

Saya perempuan, tetapi saya tahu basic repair itu ini. Tentang kereta, saya tahu serba sedikit. Urusan apa-apa, saya yang terkejar-kejar uruskan. Pernah, saya bagitahu ayah;

“Ayah, adik buat esok pagi boleh (tukar minyak hitam) ? Sebab tadi adik tak sempat, adik ada urusan bank.”

Ayah saya dengan dinginnya kata;

“Hmm, tak boleh diharap. Minta tolong benda simple macam itu pun tak boleh.”

Padahal, urusan bank itu urusan berkaitan adik saya sekolah rendah. Saya terkejar-kejar minta EL sekejap untuk urusan bank.

Bila kakak saya yang sulung balik, Ayah dan Mak hidangkan makanan yang sedap-sedap. Minta saya belikan itu ini, katanya sebab kakak nak balik.

Tak boleh disentuh, diminta tolong sedikit pun kakak sulung, sebab nanti Ayah dan Mak kata:

“Buatlah sendiri. Kakak tu kerja jauh, penat. Balik rumah nak rehat.”

Saya pun penat. Saya pun perlukan rehat.

Sepanjang saya hidup, sekalipun Mak dan Ayah tak pernah lambai saya di depan pintu untuk saya gerak ke kerja, atau ke mana-mana.

Padahal, jarak rumah dan tempat kerja saya 1 jam 45 minit. Sedangkan kakak, kurang 40 minit. Kakak menyewa luar, sebab katanya nak berdikari.

Saya pun nak menyewa luar, tapi Mak dan Ayah pernah cakap.

“Jangan terikut-ikut sangat kawan. Bukan boleh percaya kau tu, mudah terikut orang.”

Saya pun, iyakan saja.

Saya berdua saja anak perempuan dengan kakak. Saya tak pernah ada baju sekolah baru. Pakai pakaian kakak saja. Beg sekolah dan kasut baru, jauh sekali.

Saya dibesarkan dengan kata-kata, ‘Pakailah kakak punya, masih elok. Tak payah mengada.’

Tapi saya terasa, bila adik-adik lelaki saya yang lain semuanya dapat yang baru. Walaupun pakaian mereka masih elok.

Keempat-empat mereka mesti ada seluar baru, beg baru, kasut baru, baju baru tiap kali buka sekolah.

Sampai saya, duduk tepi tengok kakak ukur kasut, duduk tepi sambil tersenyum tengok adik-adik pilih kasut mana yang ‘smart’.

Saya diamkan saja, dan sekali lagi saya iyakan saja.

Kalau saya kata saya demam, semua tidak hiraukan saya. Siap suruh saya buat itu ini. Hantar kesana, kesini. Tanpa sedikit pun tanya, “demam bagaimana? Makin kebah?”. Tidak.

Tetapi kalau kakak sulung saya demam, bertalu-talu Ayah dan Mak telefon. Bila bercakap dengan saya, asyik memuji-muji kakak dan adik-adik yang lain.

Saya? Tidak. Yang ada cumalah “hm tak kemanalah, duduk rumah saja.”

Saya pernah suara, saya nak kerja Singapore. Sebab disana, gaji berpatutan walaupun penatnya payah diungkapkan. Tetapi Ayah kata,

“Mengada. Tak payah. Duduk jelah dekat-dekat dengan rumah. Senang apa-apa. Kalau mati ke apa ke, senang orang tahu.”

Simple je kan apa yang saya hadap ini. Betullah, saya yang berlebih-lebihan terasa hati.

Kalau makan, lagi-lagi Ramadan kan Ayah dan Mak panggil nama-nama sorang-sorang untuk berbuka.

Nama saya? Tiada. Sampai-sampai, dah makan dah pun. Bila saya nak duduk makan, waktu itulah suruh diambil itu ini.

Saya terasa? Ya. Saya terasa, sebab saya rasa saya tak dihargai dengan kewujudan saya.

Semuanya kakak. Semuanya adik-adik.

Saya selalu baca komen-komen, yang katanya anak sulung ini kuat dan tabah.

Kadang-kadang saya nak menambah komen, tidakkah kalian rasa, anak kedua tersepit kerana sering dialpakan?

Diapit hebat dengan kejayaan sulung, dan diapit rapat dengan kemanjaan anak ketiga, keempat dan lain-lain.
Anak nombor dua? Cuma diam, dan ikutkan saja.

Boleh ke, pembaca komen pandangan pembaca mengenai confession saya?

Saya tak terasa hati. Saya cuma nak tahu, adakah saya yang berlebihan perihal ini, atau sebenarnya ini normal saja.

Terima kasih.

– Anak nombor dua. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Sis try duduk luar. Tengok ada perubahan tak sikap mereka. In the same time, maybe you ada lebih peace. 😁

  2. sis sewa je luar yg dekat dgn tmpat keje sis inshaallah dorg akan rindu sis (based on pengalaman sndri). sis pon tkkan makan hati and hidup sis akan lebih tenang.

  3. try lah duduk luar menyewa, kalau diorang cakap tak payah, cakap je kakak tu boleh pula. sis kena bahagia, tak boleh macam ni sampai bila nak merana?

  4. Betul, saya setuju kalau awak cuba untuk sewa diluar. Saya dulu pon situasi lebih kurang sama macam awak. Alhamdulillah sekarang lebih baik dari dahulu. 2 tahun dah berdikari hshs

  5. hi sis, please duduk luar jauh dengan family. pengalaman saya sebagai anak kedua, selalu rasa macam tu dulu. lepas stpm i sambung belajar dekat negeri lain jauh dari family. betul la orang kata, bila kita jauh barulah orang hargai kita. stay strong sis!

    • Simple sis. Get the hell out. You dah besar kot. To them you are nothing. Melukut ditepi gantang. Hanya diperlukan untuk jadi abdi family sis. Keluar jer, cakap nk berdikari macam kakak

  6. Sis, dah tiba masa awak cari bahagia awak pulak. Bukan nak suruh jadi selfish, tapi kadang-kadang kita pon kena letakkan diri sendiri as priority. Orang tak appreciate kita? dah, angkat je kaki. Sis pergi je try menyewa kat luar. Bagi la 1001 alasan pon, kita ni hidup sekali je, mental dan badan kena jaga, nanti lama2 stress or depress untuk benda yg boleh dielakkan. sebelum sis lagi makan hati, pergilah berdikari, hidup je sendiri. sekali-sekala jenguk la parents tu, bertanya khabar sudah memadai.

  7. Hi sis, pernah merasa apa yg sis rasa. Pindah lah duk luar dan pentingkan your own happiness. Tak perlu fikirkan orang lain, fokus dengan diri sendiri. Anak kedua kena kuat !

  8. bkn sbb ank yg keberapa, entah la ada ja mak bapak ni..mcm aku ank sulung yg jd mcm ni, ank no dua diagungkan….senang ja buat apa yg ank lain buat juga

  9. Anak no 2 kan, sama la sis, no 1 kakak, no 3 adik llaki, saya? Dr kecik dok ngan arwah tok, mmg dh dia abaikan Dr kcik, rasanya saya x pernah rasa dduk as complete family, f1 masuk asrama sampai f5, matriks, uni, kawen till now. Awak kuat, tabah. Terus jalan, jaga diri Dan mental sniri. Itu lbh penting

  10. Aunty dah 50thn..anak ke2 juga. Mmg penat jdnya. Depression sudahnya Ms ada arwah ayah, aunty smpi ambil keputusan bhenti kerja sbb nak uruskan ayah, mak yg sakit, uruskan rumah n adik2 LG. Skrg tggal mak je tp semua yg x best dumping pd aunty. Dgn adik2 lain, jrg mak nak Cite yg x best samada bgtau x cukup duit ke.. susah hati ke.. x suke perangai anak cucu ke.. sakit ke. Aunty ni ada penyakit2 yg lbh kronik Dr mak acik tp mcm x FHM acik tgh sakit, semua yg x best dumping pd aunty. Dgn adik2 lain, mak gelak2, ceria. Dgn aunty, asyik main dgn airmata dan keluh kesah. Hidup aunty pun jd sgt terhad dan dikawal oleh arwah ayah n mak shgga kini demi menguruskan keluarga. Aunty pnh kawin tp bila ada mslh, mak terus pjsa bcerai. Xmo serabutkan kepala mak katanya. Skrg acik seorg mengurus rumah, mak juga diri sndiri. Semoga kita yg sama mengalaminya kuat mhadapinya. Hy Allah yg tahu…

  11. Kisah kau dh lebih kurang mcm aku. Yg bezanya aku tak duduk dgn parent tapi layanan diorg lebih kurang mcm yg kai dpt. dulu masa akau still skolah menengah kakak aku dh kerja tapi tak pernah pun ulur kat parent aku. Tapi tu la sbb dia paling cantik dlm family layanan pada dia tip top semua minta semua dpt. kalau balik kg tu makan siap letak dlm talam ye kawan2.. and then bila aku dh kerja ( otak aku ni paling cerdas dlm family) gaji pun besar so aku la bayar semua bil2 rumah. Tapi layanan tetap sama.. balik je kg terus ke dapur cari makanan sendiri… and ada ketika aku balik tu adik beradik aku siap kata yeay tukang masak dh balik. Aku contribute banyak dlm rumah tu.. bil2, belanja dapur baik pulih rumah semua aku tapi still layanan aku tetap class tiga.. so aku apply keja overseas.. now duduk overseas balik sekali skala.. contribution tetap sama tapi aku tK sakit mata tgk layanan kelas ketiga yg aku dpt.. raya pun aku tak balik.. sbb aku tau kalau aku balik raya aku adalah manusia paling penat setiap raya.. nampakkan hati aku dh tercalar and aku pegi cari kebahagiaan aku sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *