Dah lebih 5 tahun kami berkahwin. Ada sepasang anak, Alhamdulillah.
Tapi sepanjang tempoh perkahwinan ni, bermacam rasa ditelan.
Sewaktu kahwin dahulu, semasa nikah dan sanding dibuat di rumah lelaki.
Sandingku hanya sekali, tiada bahagian di rumahku. Kerana masa ni, aku fikir untuk mudahkan urusan kenduri memandangkan ayah mertua yang membayar belanja kenduri tersebut.
Yang buat aku terasa hingga kini, tak pernah sekali pun antara keluarga mentua yang pernah datang melawat rumah aku.
Jarak rumah aku dengan keluarga mentua lebih kurang 2 jam perjalanan. Tidaklah sejauh utara dan selatan ataupun dipisahkan sabah sarawak.
Alasan suami katanya, ayah mertua tidak boleh bawa kereta jauh, tak nampak jalan sangat.
So why dont u sendiri je drivekan untuk dorang? Sebab masa raya pun, dari pagi ke malam ke rumah2 saudara. Boleh je suami drive?
Aku terasa sebab rumah keluarga ipar ku lain, mereka turut datang lawat. Walaupun jauh di pantai timur. Bersemangat untuk jalan2 makan angin. Ni sebab anaknya drive.
Adakah sebab kami mempunyai jurang, mereka keluarga yang mampu, mereka tidak mahu melawat keluarga aku? Macam tu?
Jika untuk tahun pertama, ya mungkin aku faham sebab itulah kali pertama raya di belah suami.
Namun, hingga kini, masuk tahun kelima, mereka tak pernah sekali pun datang.
Belum lagi cerita bila ipar yang suka menyakitkan hati dalam senyap. Tak tahu, sampai bila lagi aku harus pendam rasa ni.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
its ok dik…org tak nak datang, biarkan, org datang, kita sambut. Jangan serabutkan otak dengan perkara2 sedih.
Jika saya lagi bersyukur tiada yang datang.. memenatkan lagi ada.
hal ni kecik je wakk , tu pun ak terasa ke.. family mentua sy dua2 org masih sihat , boleh drive tpi dorg tak pernah pun dtg beraya rumah family sy , walaupun hanya sejam perjalanan.. family sy pun tak pernah pergi ke rumah mentua sy..tak pernah ada isu terasa hati , sbb dua2 belah pihak taknak menyusahkan..dorg pun tak pergi rumah besan2 yg lain walau satu daerah..
rilex je la wakk , lagi bagus dorg tak dtg , at least hidup family awk tenang , tak payah fikir nak kena masak atau bg layanan dkt dorg..chill tak perlu terasa okayy..
Dah nak masuk 30 tahun kawen, keluarga mertua hanya pernah datang sekali je. Takde masalah pun.
Saya berkahwin dgn suami saya yg merupakan anak bongsu. Semasa berkahwin dgnnya, ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dia ada 2 org kakak yg kembar seiras. Kedua² kakaknya penjawat awam yg kini sudah bpencen. Sepanjg 30 tahun perkahwinan kami, kakak² kembarnya tidak pernah DTG berhari raya di rumah kami di Johor sdgkn kedua² kakaknya tinggal di Melaka. Sebaliknya sayalah sekeluarga saban tahun berhari raya ke rumah kakak² kembarnya. Tp saya malas nak berasa kecil hati dgn sikap dua kakak ipar tu. Lg selesa SBB tak perlu nk semak kepala berfikir nk masak apa & myiapkn tempat tidur mereka jika bermalam.
Chill sahaja lah Dik. Toksah nk buang masa nk rasa kecil hati mentua tak DTG beraya ke rumah awak & ibu bapa awak
Alahai itu pun nak susah hati..dik..klu diaorang kerap dtg nanti kau akan rasa serabut nak msak itu ini..nk kena kmas rumah bagai..hidup lah dengan tenang.xyah nk serabut kepala nk kluarga mertua datang rumah..hari tu ada baca dia susah hati hidup dah tak aman sebab keluarga mertua asik dtg rumah je
Alahai itu pun nak susah hati..dik..klu diaorang kerap dtg nanti kau akan rasa serabut nak msak itu ini..nk kena kmas rumah bagai..hidup lah dengan tenang.xyah nk serabut kepala nk kluarga mertua datang rumah..hari tu ada baca dia susah hati hidup dah tak aman sebab keluarga mertua asik dtg rumah je..kau nak ke camtu dik..berdamailah dengan takdir dik..xyah serabut nak pikir diaorang nk dtg ke tak..ada juga le yg susah hati family mertua xdtg rumah..lg aman xde sapa kacau kau dik.
Ok lah adik nk terasa tu..sbb rmh2 ipar lain mentua pergi. Cuba tanya suami..dia taknak ke bawa parents dia ke rmh sendiri..at least masa raya. Sebab k rmh org lain dia selalu pergi..jadi kenalah tanya suami kenapa. Apa jwpn pun aeak redha ajelah. Yalah biasa saya tengok mentua dtg rmh anak menantu.
Tak pergi rmh besan tu ok..tapi dtg lah ke rmh anak menantu sekali sekala
Mentua saya pun sekali je dtg rmh mak bapa saya..mak bapa saya pun sekali je pergi rmh mentua.