Terasa Rendah Diri

Assalamualaikum hai aku X, berumur lewat 20an sekarang berkerja sebagai seorang yang selalu berkepit dengan CEO apa sahaja kehendaknya aku turuti.

Aku tempat nak meluah dah takda tempat, kawan semua meningkat umur banyak sudah berumah tangga, family pula selalu takda respon bila bercerita.

Jadi sini jela yang terasa selamat dan ada respon yang aku nak dari apa yang aku share.

Aku berkawan dengan budak office ni kami sebaya. Tetapi aku nampak dia banyak kelebihan dan keuntungan dari aku.

Nasib kita tidak sama, aku tak dengki atau sakit hati dengan dia. Cuma aku dapat rasa perbezaan layanan orang pada dia dan aku.

Dia baik seorang yang lembut ayu kalau tengok tangan pun cantik, aku pula tangan kuku2 cawan hurmm dia apa tah lagi muka licin sangat, ketingian kami sama 160+ cumanya dia kurus aku pula agak tergelicir 2kg dri bmi normal.

Rupa aku orang kalau bergurau dengan aku selalu mengatakan muka aku sama seperti lopak2 bulan atau lekuk2 tar jalan.

Muka aku ada bekas jerawat besar, bukan aku nak tapi aku anggap ini keturunan sebabnya aku lihat dari nenek ke pakcik ke mak jadi turunya ke aku.

Jadi aku hadap sahaja la dengan sabar. Aku kalau pakai mask nmpak cantinya tapi bila buka orang jadi tekejut.

Kami ada berjalan bersama waktu hendak solat masing2 membuka tudung itu pertaman kali kami sama2 membuka aurat masing2.

Sudahla muka cantik, ayu, sopan, baik rambutnya pula macam iklan tv walaupun diikat lama. Sedangkan aku pula rambut kering bila lama diikat berbentuk dekat rambut tuh kejong!!

Dia cantik serba sebih tak perlu penjagaan rapi. Kalau aku skincare banyak mana muka itu juga, conditioner n shampoo bnyak pun rambut gitu saja.. aku try hard nak normal macam orang lain.

Teringat pula aku pada hari majlis jamuan makan office. Selepas kami sudah maju makan kami duduk2 dan staff lain berlegar2 meja ke meja lain berbual2.

Tiba di meja kami datang seorang staff lelaki sudah berkahwin membawa anak, menegur tapi hanya menegur kawan aku yang cantik itu sahaja sedangkan aku ada di sebelah kawan aku tuh.

Dia pula bercakp dengan anaknya pergi la bermain dengan aunty ni (kawan aku tu la) aku cuba la menyampuk tetapi tidak dilayan.

Jadi hilang mood semasa jamuan tu. Sedangkan seami orang puan nak bercakap dengan yang cantik sahaja.

Pada siatuasi lain di jamuan yang sama. Aku ada berhubung bnyak kali dengan customer ni tetapi tidak pernah lagi bersemuka.

Customer ini dijemput ke jamuan office, setelah selesai makan dia call aku bertnya aku dia mana nak melihat rupa aku.

Aku lambai tangan sahaja dari jauh aku nampak dia seorang yang bergaya bermakeup tudung lilit leher. Aku pula hanya lebih selesa dengan bawal sahaja, lagi aku rendah diri bila dia nampak muka aku yang berlubang2.

Gambar profile aku memang cantik sebabnya lubang ni dalam gambar tidak nmpak hanya nampak berdepan. Ramai kata aku fake sedih.

Berbalik pada cerita kawan aku tadi dia mempunyai gaji lebih besar dari aku, dia pandai dah ada degree sebelum umur 25.

Family pula dia selalu cerita akak abang kerja doctor ada yang lain kerja di Petronas. Dia mampu membeli kereta baru dengan gajinya sendiri, kereta tuh iklanya masih ada dimana2 kereta keluaran Malaysia.

Aku pulak dapat kereta kelisa dari keluarga, memng kereta tuh sepenuhnya aku yang jaga dan pakai. Bila secara tak sengaja dia parking tepi kerata aku, aku jadi segan.

Kalau dia tumpang kereta aku aku lagi segan, aircond kerata aku walaupun berfungsi dengan baik tapi masih memerlukan kesabaran.

Walaupun dah buka tetapi selepas 15 min baru la rasa sejuknya walaupan dengan ruangan dalam kereta yang kecil.

Terasa rendah diri dengan apa yang aku ada. Bila tengok orang yng kurang dari aku baru la muncul rasa bersyukur. Lelaki sekarang pandang rupa nak pula sekarang semua nak girl muka licin, slim pandai bergaya.

Aku pula bergaya hanya dengan tudung bawal simple tidak pandai nak lilit2, badan besar dahla tinggi aku dalam usaha nak kuruskan badan bulan puasa ni.

Rupa pula kurang aku takut degan bayang matahari atau lampu yang tertumpu pada satu tempat bukan menyeluruh macam lampu study touchligh.

Kalau muka aku dari pandangan tepi terkena matahari atau lampu dari atas atau bawah akan nmpak jelas lubang itu.

Macam mana nak datang rasa confident macam ni. Aku ada kenalam dalam fb pun terkejut tengok muka aku, dalam gmbar tak nampak kekurangan aku.

Dia cakap aku edit, aku taknak memperjelaskan padanya sia2. Dia memang tak kan terima kekurangan aku.

Aku terima sahaja kadang aku terfikir untung orang tuh hidupnya perfect diri dia dalam dalam luaran tidak perlu try hard macam aku.

Aku habis duit untuk dapat macam orang lain. Tapi tetap tak sama. Hormon dalaman kita tidak sama.

Aku nak mintak kata2 semangat dan positif nak negatif pun boleh. Terserah. Tolong bagi aku yakin dengan dan bangga dengan diri aku.

Maaf la kalu cerita ni panjang.

Aku tak dengki dengan kawan aku tuh dia boleh terima aku kalau tak dia tak kawan dengan aku. Tapi penerimaan orang lain terhadap aku buat aku rasa down. Bukan nak buat bini pun buat berbual pun tak sudi.

– Rasa terhina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *