Terasing Di Kampung Sendiri

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera pembaca.

Aku Karim, umur awal 30-an dah berkahwin. Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik, membesar di sebuah kampung Jawa yang sangat menekankan amalan gotong royong dalam semua jenis kenduri.

Kenapa tajuk confession aku macam tu? Well, here we go.

Macam yang aku cakap tadi, kampung aku dari zaman embah2 dulu, aktiviti gotong royong atau kejubus adalah perkara wajib. Waktu aku kecil, ada satu geng aku panggil budak besar, lingkungan umur 15 – 25 tahun yang bergerak sebagai tenaga utama waktu kejubus.

You name it dari angkat ais, angkat hidangan kenduri, susun meja, lap meja, semua diorang yang buat. Rajin geng2 ni. Geng mak2 abah2 plak kat belakang je masak dan basuh pinggan.

Umur aku dulu tak jauh beza pun dengan geng ni. Kalau waktu tu aku 13 tahun, paling muda geng ni umur 15 tahun, macam tu lah. Cerita bermula bila aku tak boleh nak masuk dengan budak2 besar ni. Semuanya aku fikir disebabkan faktor2 dibawah.

Yang pertama, aku tak lepak dengan diorang. Geng ni suka lepak petang2 tepi jalan besar, hisap rokok atas motor sampai maghrib. Abah aku dulu mana bagi naik motor sampai aku ada lesen, jadi aku naik basikal je. Nak hisap rokok, gila mat, memang kena libas la dengan abah aku.

Jadi tak ke ganjil kalau tiba2 aku datang dekat diorang naik basikal acah nak duduk lepak sekali? Haha memang tak la. Aku pernah try sekali datang dekat naik basikal, ada la duduk dalam seminit.

Bila dah rasa macam malukut aku pun cau je lah. Abah pulak dari kecil memang tak bagi aku berkawan dengan budak2 besar ni sebab takut aku terpengaruh dengan benda tak elok.

Yang kedua, fizikal aku waktu kecil dulu agak tak menarik. Aku kurus keding dengan muka pure jawa ditambah dengan suara aku halus. Pernah dulu aku call rumah member aku, abang dia angkat call boleh dia tanya aku ni laki ke perempuan. Kuangaja.

Jadi mungkin lah dimata budak2 besar ni aku macam budak2 je. Dah la kurus naik basikal pulak tu. Actually aku ada je kawan sebaya kampung, yang masuk dengan geng ni. Tapi asbab diorang ada abang dalam geng tu. Tak aci ah.

Abang aku plak dari Form 1 dah duduk asrama, jadi dia tak ambik port sangat dengan geng ni sebab ada kawan lain kat luar kampung.

Lepas UPSR dulu aku tak dapat masuk sekolah asrama sebab result kurang cantik. Jadi aku sekolah menengah harian biasa je kat area pekan.

Benda jadi tak best bila aku satu-satunya anak lelaki yang ada kat rumah, (kakak aku sulung, abang yang tengah duduk asrama) abah akan paksa aku pergi kenduri, tahlil dsb, supaya aku bercampur dengan orang kampung, tolong2 kejubus yang dikuasai oleh budak besar dalam keadaan aku kena palau dengan diorang.

Benda tak kelakar mat. Datang kejubus duduk sorang2 most of the time. Diorang angkat dulang aku angkat. Diorang lap meja aku lap. Aku follow je dengan sabar apa yang budak2 besar ni buat, dalam keadaan terpaksa dan tak ada kawan. Kawan aku yang sebaya tu adalah 2 3 orang, tapi diorang tak rajin datang kenduri.

Bukan tak pernah aku cuba nak bersembang dengan geng ni yang umur tua 2 tahun je dari aku waktu kenduri, tapi diorang tak pernah layan. Jadi boleh faham ke perasaan aku? Dia tersepit antara bapak kau suruh tolong2 waktu kejubus, tapi kau tak ada kawan sangat. Pishang seribu kali pishang.

Kalau time main bola petang2 dengan geng ni lagi la. Kau jadi tunggul je la kat padang tu sebab sampai kesudah diorang takkan pass bola kat kau. Haha.

Aku pulak masa kecil memang tak berapa berskill sangat, tapi suka nak main bola. Sudahnya aku main bola dengan budak umur bawah aku which is kebanyakannya budak sekolah rendah. Itu jelah jadi kawan2 aku, yang rapat siket dalam 3 4 orang.

Agak pelik jugak sebab aku satu-satunya budak yang besar siket. Tapi aku tak kisah sebab tak ada pilihan pun. Biasa kitorang main bola dulu dari lpas asar sampai pukul 6.30, lepas tu datang geng budak besar ni halau, diorang pulak main sampai azan maghrib.

Tapi banyak2 kisah yang berlaku, ada dua peristiwa yang aku takkan lupa sampai sekarang. Satunya waktu aku Form 1 tak silap. Ada sekali bulan puasa lepas tarawih, aku join budak2 sekolah rendah ni main kat masjid lepas tadarus. Aku tak pernah main sebelum tu, sebab biasa lepas tadarus aku terus balik.

So mungkin sebab abah tengok aku tak balik2 lagi, dia gi jalan kaki bawak torchlight cari aku kat masjid. Rumah aku dekat je dengan masjid, tak sampi 5 minit pun jalan kaki.

Tapi, otw tu abah boleh pulak gi dekat budak2 besar yang tengah lepak time tu, untuk tanya ada nampak aku tak. Aku tak tau lagi malam tu.

Esoknya waktu nak gi tarawih naik basikal, lalu sebelah geng ni, salah sorang diorang panggil aku. ‘Woi kau Mohd Karim kan? Bapak ko cari ko tak balik rumah ye?”

Aku time tu dalam hati pahal mamat ni? Siap panggil aku nama penuh. Pastu bila teringat semalamnya, baru lah ia seakan connecting the dot, dan aku pun agak kecewa dan malu.

Kecewa kenapa lah abah boleh tanya aku kat budak2 ni. Tak tau ke aku kena palau dengan diorang? Malu sekali sebab ada kalangan diorang yang sengih2 sinis time tu. Yelah, umur aku ni baya diorang dah keluyuran naik motor. Tapi aku bapak cari lagi.

Satu lagi peristiwa waktu aku dah habis belajar, time hari raya. Masa ni aku dah mula belajar pakai hensem2. Baju pun aku cari yang fit kat badan, ye la sesuai fizikal aku yang kurus sampai sekarang.

Oh lupa nak mention selain dari kejubus, kampung aku ada baraan waktu raya. Hihi. Meriah mat, korang bayangkan 2 hari punya baraan raya pertama dan raya kedua naik 150+ rumah. Kampung aku besar. Biasa hari terakhir baraan, di rumah yang terakhir akan ada majlis penutup, tahlil ringkas, dan penyampaian anugerah.

Salah satu anugerah adalah pakaian paling kemas. Sebenarnya anugerah ni untuk yang bertahan pakai baju melayu lengkap je sampai hari akhir baraan. Entah macam mana waktu tu aku terpilih untuk anugerah tu. Total yang dapat dalam 2 orang kalau tak silap ikut kategori umur.

Waktu MC umum pemenang, budak2 besar ni akan bersorak ramai2. Jadi lepas beberapa nama diumum diorang bersorak, bila nama aku diumum diorang senyap. Haram J. Pastu ada la sorang tu start bersorak sebab kesian kot, dan yang lain pun sambut, tapi hambar la.

Hanya Tuhan saja yang tahu hati aku waktu tu. Depan satu kampung aku dipalau secara halus. Aku ambik jugak la hadiah, tapi muka merah padam la. Malu.

Masuk form 4, aku pindah ke sekolah asrama penuh di daerah yang sama asbab result PMR yang agak cun. Kat sini life aku mula berubah. Dalam hidup aku first time rasa ada kawan2 sebenar. Budak2 pandai ni seriously baik2 belaka. Semua layan dan terima aku seadanya dan kami agak rapat satu batch.

Ye la makan tidur belajar hidup sama2 kan. Memang beza dengan kawan2 waktu aku sekolah form 1 smpai form 3 dulu. Dan yang paling best waktu raya, kami baraan satu batch laki adalah dalam 40 orang masing2 naik motor. Time ni aku dah dapat lesen motor.

Fuh meriah bila diorang datang beraya rumah aku bersusun motor kat laman rumah. Mak abah aku pun terkejut aku tiba2 ramai kawan. Kalau selisih dengan budak2 besar time ni aku rasa nak rem2 je motor kuat2, apa ingat aku ni tak ada kawan ke? Hahaha.

Lepas SPM lagi meriah, kitorang konvoi kereta plak gabung laki dan perempuan buat baraan. Terima kasih kawan2 kerana memberi aku sinar harapan.

Habis SPM jugak, aku pun tak menoleh kebelakang lagi, aku terus keluar dari kampung gi merantau, belajar. Aku sambung asasi kat area Selatan, dan degree di IPT pun kat kawasan yang dekat2 sama.

Habis belajar aku intern di KL dan rezeki terus sambung kerja di tempat yang sama. Kat IPT pun aku bergaul baik dengan kawan2 batch, alhamdulillah masing2 rapat antara satu sama lain.

Tapi satu benda aku nak cerita, di IPT dulu aku join satu NGO kemanusiaan. NGO ni besar seluruh Malaysia. Di IPT ada NGO berdaftar, di daerah IPT aku pun ada NGO untuk cawangan.

Kat sini aku tambah lagi circle kenalan2 aku, diorang bermacam umur dari remaja sampai la dah kerja dan dah kahwin. Ramai jugak antara diorang yang kerja professional. Bila aku intern di KL, aku masih aktif dengan NGO yang sama di area Lembah Klang plak.

Kawan NGO aku dulu pernah kongsi waktu kami ada program, personal opinion diorang terhadap aku. Depa habaq aku ni adalah jenis seorang yang mudah mesra dengan semua orang.

Aku dengar tu ntah ye ke idak, sebab rasanya aku layan semua orang macam biasa je. Tapi bila fikir balik, betul jugak. No wonder aku tiba2 ramai kenalan dan circle dalam masa beberapa tahun aku keluar merantau.

Benda ni boleh dibuktikan bila majlis kenduri kahwin aku. Nak menangis terharu bila ramai gila kawan aku datang. Kawan2 sekolah rendah ada lah sket, kawan sekolah menengah waktu form 4 -form 5 satu batch. Kawan2 satu batch IPT, kawan2 NGO waktu IPT dan NGO waktu intern-kerja. Kawan rumah sewa dan kawan sekerja.

Kawan2 NGO aku siap buat trip 2 hari 1 malam semata nak datang kenduri aku. Abah ada kira2, total kawan2 aku yang datang hampir 100 orang. Belum tambah aku kenduri last, ramai saudara dan kenalan mak abah aku datang. Laku keras kenduri aku time tu Alhamdulillah.

Dia jadi ketara masa kenduri abang aku 2 tahun sebelum tu, kawan2 dia yang datang kenduri dia tak sampai 20 orang pun. Yelah mungkin dia introvert sket. Bila fikir balik timeline sosial hidup aku dari kecil yang agak sedih tu sampai besar, Aku rasa seolah-olah dapat satu penghargaan yang tak mungkin boleh dibeli kat mana2.

Tapinya sampai sekarang, bila balik kampung aku masih lagi terasing seperti biasa. Cuma aku dah kurang gi kenduri kampung, yelah balik sekejap2 je sebulan sekali hujung minggu. Adalah kawan abah aku yang tegur2 tanya sampai sini bila. Tapi level2 pakcik la. Level budak besar tu masih seperti biasa.

Adalah aku cuba tegur ye lah kot dah besar dah berubah dah jadi bapak budak, tapi masih lagi sombong amat. Tapi2, aku dah tak peduli sebab aku tau kat luar, aku ada circle yang jauh lebih baik dari diorang.

Bukan nak merendahkan, tapi kalau aku bukak FB budak2 besar ni, tengok apa yang diorang share, apa yang diorang tulis berbanding aku, taulah setakat mana level pemikiran diorang. Jadi buat apa aku nak bitter. Rasa inferior waktu kecil dulu dah takde.

Nauzubillah jauh sekali nak berlagak, tapi sekarang aku boleh berjalan dengan dada yang terbuka depan diorang, bukan dengan kepala yang tertunduk lagi macam dulu. Kau tak layan aku boleh cari orang lain untuk bergaul. Apadahal.

Sampai sini sahaja rasanya. Maaf confession aku sangat panjang. Terima kasih kepada yang sabar membaca. Maaf jugak kalau korang rasa luahan aku ni bersifat childish, just nak meluah benda yang dah lama terbuku dihati.

Aku bukan harap dan minta nak diraikan pun dalam hidup. Tapi lumrah manusia, kalau kau tak ada apa2 orang susah nak dekat dengan kau.

Hikmahnya, traumatic event yang aku hadap dari kecil tu lah yang banyak membantu aku bangkit, sekaligus menghargai orang yang menghargai aku, dan beri layanan baik untuk semua orang tak kira latar belakang.

Tapi kalau dah sombong tu tak boleh buat apa, aku terima dan tinggalkan jauh2 je lah orang macam tu. Hehe.

Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan. Akhir kata, salam sayang untuk semua. Jangan sombong2 dengan manusia.

– Karim Benzema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. I feel u tt. Perasaan bila kita ni tak diterima. Tapi bkn salah tt…cuma masa tu berlada dgn org yg salah kan…so bila dah jumpa circle yg betul…the rest was history lah kan…seronok baca cerita tt. Lenkali kalau ada cerita menarik…share lg ya.

  2. Salam Karim, Alhamdulillah tahniah kerana ramai kawan. Doakan aku juga kerana aku masih introvert dan masih takde bini sebab aku tak pandai bercakap sangat. Asik hadap komputer je keje aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *