Teratai Yang Kian Layu

Hi semua. Saya Teratai. Saya berumur 30an dan saya ada dua anak. Anak kedua saya masih baby.

Permasalahan saya adalah, suami terlalu suka membandingkan rakan2 nya yang tak membantu isteri. Sebagai contoh:

‘Kawan2 i mana mandikan anak kecil, semua isteri buat’

‘Kawan2 i mana buat ni, kawan2 i mana buat tu, isteri diorang la buat, ok je. U kena bersyukur la dapat i’

Saya terfikir, geng2 lelaki ni bincang apa? Mesti bila suami cakap dia mandikan anak, or tolong buat kerja rumah, kawan2 dia macam ‘aku semua isteri buat’.

Dah saya ke yang tak reti bersyukur?

Saya sedih sebab saya bekerja. Pagi2 saya bangun jam 6 lebih, siap2 pergi kerja sebelum pergi kerja hantar anak, workload di office pun boleh tahan banyak (saya bekerja di bidang professional).

Disamping saya kerja, saya curi masa untuk pump susu anak. Betapa penatnya saya disiang hari tiada siapa tahu. Habis kerja drive macam pelesit nak ambil anak, bawa balik rumah. Keluar gelap balik pun dah nak gelap.

Bila balik pukul 7 lebih, dalam tempoh sejam lebih saya dah macam masuk amazing race, sebab kena masakkan makanan baby, mandi dan siapkan diri sendiri, solat, kutip2 baju nak basuh, bagi anak makan, basuh botol2 anak yang banyak,

Kalau breastfeeding korang paham la part2 untuk breastpum pun kena basuh, sterilekan. Dalam tempoh satu jam setengah ni juga suami akan tengokkan sulung dan baby sambil main game di phone.

Dan Permasalahannya adalah baby tak nak duduk dengan suami sangat dan end up dia meraung2 sambil tengok saya buat kerja. Jadi saya akan buat semuanya dengan cepat dan terkejar2 semata mata nak ambil anak saya semula.

Dan bila saya ambil anak semula, suami akan kembali rileks bermain game seolah2 sudah bebas. Walhal saya bertukus lumus tadi tak sempat duduk pun, bila ambil anak, kena sambung jaga anak pula.

Kadang2 saya skip makan. Hari2 bila makan pun, saya akan bagi suami makan dulu walaupun saya pun lapar,

Dia pun tak pernah cakap ‘kesian mama dari balik tadi tak sempat duduk langsung, makan la dulu’ atau offer suruh saya makan dulu dan dia jaga anak, apa2 pun mesti dia dulu dan saya kemudian.

Dan dia akan meratib yang dia penat kot jaga anak sejam. Habis saya? Kalaulah saya jaga anak, dia nak ke buat semua yang saya buat tu?

Tetapi di dalam rutin tu, suami saya ni akan mandikan anak. Yang itu la yang dia canang pada kawan2 nya. Saya paling berkecil hati sebab dia selalu katakan saya patut bersyukur dapat dia, dia nak mandikan anak, boleh mandikan anak, kawan2 dia tak buat semua tu.

Saya nak tanya pendapat semua, betul ke lelaki lain tak mandikan anak/ baby korang? Memang saya kah yang tak bersyukur?

Saya penat hari ke hari, rutin saya sama hari2, lepas bertukus lumus saya akan jaga anak sampai anak dah tidur. Saya perlu breastfeed lagi anak. Badan saya rasa lembik sangat. Saya rehat bila anak dah tidur saja.

Saya tak pernah dihargai. Saya yang beria-ia dalam perkahwinan dan put effort yang sangat banyak dari segi tenaga dan kewangan. Saya curahkan semua pada keluarga kecil saya. Hidup saya hanya di rumah selepas waktu pejabat. Tapi tidak suami saya.

Dia langsung tak caring. Tak peka dgn keadaan saya, dia tak tahu pun saya sakit ka penat ka. Saya rasa suami memang dah tak cintakan saya. Jangankan nak caring2, perkataan ‘awak okay?’ pun tak pernah cakap.

Saya buat sendiri banyak perkara, just because saya boleh buat, dia rasa benda tu mudah, dan tak rasa pun saya buat benda susah, or saya penat.

Saya cemburu tengok kawan2 update suami masak la, suami buat kerja rumah la, suami buat surprise birthday isteri la, buat isteri rasa dihargai sekali sekala pun tak. Saya rasa sedih sangat tiada penghargaan untuk saya yang dah lahirkan dua anak kami.

Even bila hari ibu pun dia tak endahkan, bila saya tanya, dia kata ‘u bukan mak i, untuk apa nak celebrate, anak2 u la kena celebrate’. Saya terkilan lagi dengan kata2 dia.

Bagi dia beranak tu mudah sebab saya buat macam mudah. Sedangkan dia lewat makan sebab tolong pegang anak waktu saya mandi pun dah bising2 perut masuk angin sebab lewat 10 minit untuk makan, tapi dia takkan tak tahu saya pun sama juga tak makan lagi.

Kata2 nya mengguris hati saya macam pisau. Sebab langsung tak ada caring mahupun empati pada saya. Saya ni tak layak dikesiankan sebab saya ni mak anak2 saya ja. Kalau mak dia, ya dia kesian.

Yang dia tahu, dia gunakan point2 kawan dia. Kawan dia isteri ironkan baju. Kawan dia macamni macamtu. Saya nak ironkan baju macamana saya sendiri pun terkejar2 buat banyak perkara.

Nasib baik yang sulung dah pandai bawa diri dan uruskan diri. Sampaikan anak sulung saya pernah cakap perkataan yang menjentik hati saya,

‘Kenapa ayah kawin dengan mama? Ayah macam tak sayang mama ja, asyik mama ja kena jaga kami. Yang ayah tau, lepak dengan kawan’

Ya, suami saya pun ada hobi suka melepak dengan kawan hingga ke lewat pagi. Alasannya dia lepak waktu anak2 pun dah tidur, so takkan ada masalah la bagi saya sebab bukan saya kena jaga anak sorang2 pun waktu tu. tidur saja.

Oh ya disebalik semua tu, dia ada juga la buat kerja rumah, itu pun bila dia rasa nak buat, bukan secara rutin harian pun. Dan dia tak suka saya bebel2. Jadi saya pun kurang bebel sebab tahu dia tak suka orang cakap banyak.

Dia pernah cakap dia bersyukur tak kawin dengan A, A tu suka berleter. Sampah dia buang 2 hari sekali. Mop sebulan sekali. Cuci tandas sebulan sekali.

Itupun saya boleh buat semua tu, tapi sengaja saya tinggalkan untuk dia, sebab kalau saya buat semua benda, apa guna saya ada suami. Dahla komitmen rumah saya bayar separuh. Makan dia memang bayar tapi tak cukup apa2 saya yang akan tampung.

Mostly barang2 anak kalau yang penting2 ja dia bayar, tapi banyak saya beli sendiri tak minta pada dia sebab bagi dia tak perlu pun, sebagai contoh dia akan cakap ‘orang lain tak beli pun periuk nasi kecil baby, okay ja masak makanan anak’.

Saya kah isteri yang tak bersyukur? Saya overthinking kah? Atau memang tugas isteri lain semua sama saja hari2. Saya terus terang saya memang tawar hati dan penat, bila penat saya jadi kurang bercakap, bila kurang bercakap saya lagi rasa dah tak perlu bercakap lagi.

Kalau tanya saya, saya sayang tak suami, entahla saya tak ada jawapan sebab saya cuma meneruskan kehidupan harian saya ja dan mengharapkan benda ni berlalu bila anak semakin besar.

Jujurnya sayang pun lama2 boleh hilang betul tak? Andai kata saya yang salah, Apa yang saya perlu buat atau perbaiki?

Terima kasih sudi baca dan jangan kecam saya ya, mental saya koyak.

Terima kasih..

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. I feel u sis.. kesiannnya kamu.. akak dulu pon mcm tu juga, suami byk x tau tanggungjawabnya. Tp time to time akak tegur suami, kdg tegur depan2, kdg tegur dlm wasap. ckp nicely.. tp kdg2 ckp masa gaduh pon ade. haih.. mcm2 lah.. gaduh pasal tanggungjwb ni smpai nk pisah, nk lari balik rmh mak ntah brp kali. tp alhamdulillah skrg byk perubahan.. dh dekat 20taun dh hidup dgnnnya.

    dlm rumahtangga ni kalau suami x pandai mainkn peranan, kita yg yg kene bijak.

    katakan pd dia, kwn2 dia x tau handle anak, semua benda wife buat, adakah itu hubungan suami isteri yg baik? kenapa nk ikut benda yg x betul. kdg2 kene ajar juga diorang fikir dgn bijak. kdg2 lelaki ni bengap sbb ego diorang.

    akak doakan kamu x putus asa. teruskan berbuat baik pd suami sbb suami ladang pahala kita. dlm pada tu jgn pernah jemu menegur suami. sesekali hantar la pd dia ceramah2 dr ustaz berkenaan tanggungjawab suami. motivasi2 rumahtangga..

    jangan give up tau. juga banyakkn berdoa. dlm kereta otw pegi balik keje tu sepanjang jalan, berdoalah.. moga bahagia hingga ke syurga.

  2. Tips sy satu je sis, suami tak membantu stop beranak, kalau suami nak anak ungkit benda ni sampai dia sedar. Tolong la sayang diri kita sendiri.

    • Sy macamni lah. Anak 1st rajin membantu. Anak 2nd berkira. Malas dah sy nak beranak. Jaga mental sendiri.

    • Confess secara berdepan dengan suami. Luahkan semua yang tak luas hati. Hidup berumahtangga ni satu perkongsian. Bukan satu pihak sahaja yang perlu berkorban. Nampak suami puan tu dah selesa sangat apabila puan uruskan semuanya. Suami puan menganggap puan sebagai orang gaji, bukan sebagai seorang isteri. Mentaliti sampah yang diwarisi sejak dahulu. Maaf cakap, orang kita ni masih ada mentaliti kerja rumah semua kerja isteri. Penting untuk kita didik anak² cara mengurus rumahtangga yang betul supaya perangai keturunan seperti ini pupus dan menghasilkan generasi yang mempunyai belas ihsan dalam rumahtangga.

  3. cukup dah kot sis , jangan tambah anak..sbb awk nampak penat sgt.
    dia mmg tak hargai awk pun , tp lagi satu bab HARI IBU tak perlu kot sambut , sbb islam tak sambut kan..hug u sis , take care.

  4. I was that mom before. Struggling, juggling, handling, driving fast for kids- and i tak sedar i tak patut jadi sampai ke tahap tu.

    My day was full of kelam kabut. Nak makan 5 mins je i have. I was struggle like hell.

    Turn up, i be super strong. Super super strong. Settled things. Handled problems. Sampai satu masa, i called my dad bila i accident instead of my husband. I lupa i dah kahwin, sebab i terlalu penat dan disuruh berdikari. Not pjj tau. Tinggal serumah.

    Now, i dah terlalu kuat. I x suka lelaki. Esp him. How come i di seksa macam tu dulu. How come i penat nak mampos buat itu ini. How come semua hal atas kepala i?

    Now pls lah bila anak dah besar, hidup dah aman, dia nk kasih syg. Bullshit! Im crying aloud dekat kawan2 i dulu, atas jalan, dalam jem. I dah taknak. I hate him!

    Kdg laki x payah jadi jahat, x yah pukul ke apa. You guys are evil in your action bila u make a woman yang nak dilindungi jadi pelindung. Fullstop!

  5. Cakap kat laki u, kalau nak compare macam tu, you jangan kawen dgn i sbb i nak laki yg paham apa tu sebuah perkahwinan..bukan takat nak berbini, nak anak lepas tu biar family terkontang-kanting..suruh laki u dengar ceramah psl rumahtangga, baca buku ilmiah lps tu semak balik tanggungjawab dia..kalau rasa semua nak suruh bini buat, bagi maid sorang utk help your wife. Jangan bila kau bagi bini buat semua benda, pastu bini x sempat nak layan kau, nnt kau sibuk bg alasan cari penyondol. Mcm ni la jadi bila kwn kau kawen, kau pun sibuk nak kawen tapi tanggungjawab apa pun x tau..lps tu ego tinggi bila kena tlg bini jaga anak & buat kerja rumah..jatuh air muka depan kwn² sbb dorg x buat semua tu..laki mcm ni sila meninggal

  6. Minta maaf, saya pon ada adk lelaki yg ada beberapa ank2 kecil, tp sya tengok dia buat hampir semua kerja wanita, mandikn ank, tukarkn lampin, susukn ank (walau pon wife breastfeed, tp kdg2 klaw sibuk di dapur, dia bg susu yg dah siap diperah), cuma masak n kerja2 di dapur je wife dia yg buat, sbb tu kit, ank2 lebih ‘rapat’ dgn dia.. pd pendapat sya lah, husband yg ada ank2 kecil ni, klaw ikutkan x sempat pon nk main game or main hp mse jga ank2, sbb hp tu bkn ‘priority’ dah, kperluan & kbajikan ank2 tu lg penting, apatah lg klau nk kluar lepak2 dgn kwn2, takut2 nt kwn2 lg diutamakn, sdgkan hubungan dgn isteri & ank2 semakin ‘renggang’.. hidup bekeluarga ini juga perlu ada wawasan, bkn stakat berlalu mngikut arus begitu shj.. klaw nk bertahan lbh lama lah.. klaw mse ank kecil2, cara nya lain, bla dah besar nt, lain plak caranya.. bincang lah elok2, klaw mampu nk amk ‘maid’, yg dtg weekly pon kira ok juga, utk kerja2 spt mendobi (termasuk mnyidai, melipat dsb), n juga mnggosok baju dan juga yg perlukan ‘deep cleaning’ spt blk air n dapur.. at least awk xlah letih sgt hari2, sbb prestasi d tempat kerja pon perlu dijaga sama.. wallahu a’lam bissawab..

  7. Mcm mana nak cakap sebenarnya yg kata ‘wife kwn2 i semua boleh buat sendiri..wife depa takda pon suruh husband mandikan anak, cebok berak anak’ percayalah wife depa pon actually makan hati dgn perangai jantan mcm biawak hidup tuh!
    Tolong jgn tambah anak lg yea sbb will add extra task eg prepare makan anak, pump susu kemas baju2 beg2 nursery etc.
    Please ajar cket laki tu supaya buat housechores n jaga anak sama2..baby nangis tu mmg nature sbb apak tak pernah give hand since depa kecil. Kena ajar kena bebel selalu kena remind n ajak husband buat kerja sekali together selalu.
    Dulu masa anak2 sy baby, sy stock up frozen food depa for 1@2 weeks, every weekend..sy beli handfree pump(pumping sambil drive since kerja jauh takes 1 or 2hrs drive) beli gadget2 food steamer so sy masak babyfood malam then letak dlm steamer je, bottle sterilizer.
    Jgn lupa once in a while amik cuti and have me time! Duduk rumah layan netflix, keluar p watson/guardian window shoping..seriously it help a lot! Sy bersyukur sbb husband uruskan almost 90% hal2 rumah.
    Be strong mommy! U can do it

  8. dik, cuba buat mkanan utk baby seminggu @ 2 minggu sekali pastu frozenkan..xlah letih sgt nk hari2 msk mknan baby.

  9. Garang la sikit cik adik sayang…jawab je balik counter balik suami tu tak sedar diri buli bini pulak tu kalau aku dah mode raksasa dah heehe.. dah jadi mak2 nie kena la bijak suh suami tu buat kerja tu tanggungjawab dia kot menyusahkan je nak kahwin pandai buat anak tapi menyusahkan bini sendiri

  10. Kesian nya awak, I feel you sis.

    I’m a Breastfedding mum too. Itu pun dah cukup penat & lapar all the time.

    Susah bila dapat laki mindset macam ni, tapi you kene lawan balik, tapi dengan lengok yang suami you can accept. Sometimes I pun gaduh je but at least he knows the struggle.

    Everytime you’re down, just burst it out to him, let him know, you’re not okay.

    If you feel uncomfortable dia lepak malam, cakap je I need you, we barely have time together, anak tido tu je la pillowtalk you dgn husband.

    I always make an excuse to not trying hard handling the kids myself. Contohnya macam if anak tak sihat, let him take EL & take care of the kids.

    Sometimes I arrange work over the weekend, so that I can have a bit of me-time. Husband I kene hadap my kids whole day dari pagi sampai petang. Definitely dia complain but you can mentioned you’re facing the same struggle, imagine if I left my kids with husband..usually food semua dah siap masak..dia tinggal jaga & bagi makan/mandi je..I always tell the situation if it would be me the one yg taking care the kids. Semua pun Kita buat while jaga anak. He don’t care to at least prep food for us. Tapi sebab I always ckp psl benda ni (in conversation tone), so now dia yg volunteer beli food je tak yah masak if I’m not feeling ok.

    I can tell memang susah nak betul kan mindset laki ni esp dia ada kawan2 yg mindset rosak macam ni.

    What I can tell you, keep on letting him know the struggle. Sometimes you would weep/cry out loud, let him see the struggle. You kenal perangai husband you, ada laki ni Kalau kita tegur direct dia lagi marah, tak berkesan pun cara tu, so tegur dgn lembut. Maybe you show him the struggles through your tears.

    Everytime dia complain dia lapar or penat, you tell him your situation..dari pagi sampai la malam then tanya suami, dia boleh ke ganti kan tmpt you. U ckp I’m just to tired over everything.

    Please don’t keep your feelings to yourself. Lagi satu masalah lelaki & wanita ni. Lelaki, they’re clueless, kadang dah cakap pun masih tak faham. Perempuan pulak, situasi dia “dah pernah cakap kan before this, tak kan tak faham lagi”. Please stop if you think this way.

    You nak husband you bt apa cakap, you rasa apa..please cakap..you lapar juga & sedih ..cakap dgn husband you..I pun lapar juga,

    Ada beza ya membebel dgn you have conversation. I’ve never-ending conversation with my husband. Kadang gaduh besar juga but I’ll make sure I’ve convey the message to him.

    May Allah ease you sis.

    Oh ya try paksa husband you solat jemaah dkt rmh, if tak sempat magrib, try ishak. Kalau anak sulung tu dah besar, ajak solat sama. Try keep the routine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *