Aku ada sorang teammate, dah 5 tahun lebih kerja company ni. Aku baru nak masuk 11 bulan. Gaji dia pun jauh lagi banyak dari aku walaupun kitorang punya jawatan sama.
Aku tak kesah sangat part tu, cuma yang aku tak puas hati dia buat kerja semua kena bersuruh. Kalau tak tanya, tak suruh, dia buat tak tau jela.
Dia biasa masuk ofis dalam pukul 11:45 camtu, pastu 12 lebih ajak pergi lunch. Padahal office hour standard 9-6. Pukul 6 lebih orang balik, dia pun balik.
Aku tak tau dia sibuk apa. Nak kata bz dengan masalah family, dia bujang, anak bini pun takde. Tinggal pun rumah parents. Dia kata parents dia sihat je.
Aku ni dah la pjj. Time laki aku takde, aku la yang kena handle anak2 sorang2. Pastu kat ofis kena pulak jaga sorang lagi yang dah tua bangka umur nak masuk 35 ni ha.
Kalau tak kacau aku takpe, masalahnya ended up aku yang kena buat kerja dia. Aku pun ada kerja aku.. yang complicated semua boss bagi kat aku sebab kalau bagi dia memang tak gerak. Pastu nak kena buat kerja2 dia pulak lagi.
Kadang aku dah balik, kena sambung lagi buat kerja ofis kat rumah. Hari first aku masuk pun dah kena buat kerja dia yang 3 bulan dah assign tapi tak bersentuh.
Banyak benda yang aku tanya biasa tak membantu pun jawapan dia. Aku confuse la 5 tahun lebih dia kat company ni buat apa, semua benda tak tau. Pastu salahkan orang lain.
Kalau boss assign kerja kat aku & dia, aku terpaksa assume dia tak wujud jela. Kalau tak suruh, memang tak buat. Kadang dah suruh pun buat-buat lupa la, buat delay, buat tak tau.
Tapi kalau bab mengutuk orang, bab bergosip bukan main berdegar-degar lagi ye. Padahal kadang2 dia lagi teruk dari orang yang dia kutuk tu. Aku yang dengar je ni pun rasa segan.
Manusia macam ni tak pernah langsung nak muhasabah diri ke. Tau nak muhasabah diri orang je.. yang aku tau dia memang sibuk travel je. Konon2 wfh, tapi tak buat kerja pun, pergi travel.
Kadang2 sampai menipu mc la sebab dia pergi travel. Pastu cam biasa aku la yang terpaksa jadi kuli batak yang nak kena siapkan kerja dia.
Banyak kali dah aku confront cakap pasal attitude dia ni yang menyusahkan orang lain. Dia admit la dia salah, tapi tak berubah pun. Lepas tegur, sehari dua jela yang nampak macam buat kerja.
Dia banyak kali bagitau dia dapat offer kerja lain tapi tak pulak resign2.
Aku ke yang patut resign sebenarnya?
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
akak report jela kat HR apa yg pening nye?
Tin KOSONG CAKAP BESAR BEDEGAR DEGAR. GEBANG TERPALING NAIK KAN DAN BERI SUMBANGAN.
NAK TAHU SIAPA PALING TAK GUNA DI TEMPAT KERJA.
LIHAT SAJA TERPALING BANYAK CAKAP.
RAKAN SEKERJA BENCI.
ORANG BAWAHAN MELUAT.
TAPI KALO BERCAKAP NOMBOR 1
KALO BUAT KERJA NAK BALIK AWAL.
MENGELAT NAK BALIK AWAL
MASUK KERJA TAK PERLU IKUT JAM KERJA NORMAL.
TAK CLOCK IN TAK CLOCK OUT 3 4 BULAN PON HR DAN BOS BUAT BUTA.
GAJI ON TIME. KERJA MACAM HARAM.
PUNCA GOLONGAN TIN KOSONG BERLELUASA ADALAH HR YANG BUTA DAN PEKAK DAN PENGURUSAN YANG BISU. SI TIN KOSONG BEBAS CAKAP BESAR. TAPI ORANG BAWAH YANG KERJA.
AKHIRNYA ORANG BAWAH ANGKAT KAKI.
PEKERJA YANG BAIK BAWA DIRI.
TINGGAL SI TIN KOSONG KERJA BERTAHUN LAMA TAK PERNAH LOMPAT KERJA KERANA TERLALU TOKSIK. TIADA SYARIKAT LAIN MAHU SI TIN KOSONG