Lama aku pendam, taktahu nak luah kemana. Dah 4 tahun berlalu tapi hati aku tak pernah move on dari kesilapan masa lalu.
Aku berkahwin dengan Akmal masa usia kami 26 tahun. Mulanya aku decide untuk resign kerja sebab aku nak jadi suri rumah, jaga anak.
Malangnya selepas 2 tahun kahwin, zuriat tak kunjung tiba. Jadi aku pun minta izin Akmal untuk berkerja. Akmal izinkan. Kerja lah aku disebuah syarikat agak besar di Johor.
Suami aku Akmal baik orangnya, Soft spoken, tak pernah marah aku. Kalau gaduh pun mesti dia yang beralah walaupun terang2 salah aku.
Lepas 3 tahun berkerja, aku makin stabil. Makin lama gaji aku makin upgrade. Gaji aku pun makin besar, cukup serba serbi tapi tetap tak ada rezeki anak. Rumah tangga aku pun dingin. Semenjak aku mula masuk ke alam pekerjaan, memang aku leka.
Aku fikir dah tak ada anak, buat apa gelabah nak urus rumah tangga. Suami aku tu dah tua, pandai2 lah dia urus diri. Baju, rumah memang aku tak peduli. Akmal buat semua. Waima masak pun dia handle sendiri, kalau aku rajin dan mood baik je aku siapkan dia breakfast. Itu pun sebulan sekali.
Nafkah batin? Akmal minta, aku tepis. Alasan aku penat. Aku start dingin dengan Akmal. Serba tak kena, aku mula berkasar. Aku sedar masa ni aku lupa diri. Sebab?
Sebab aku ada gaji besar, kalau misalnya Akmal tu nak tinggalkan aku pun aku boleh hidup. Tapi Akmal baik, macamana pun layanan aku, dia baik. Walaupun gaji aku lagi besar dari dia, dia bagi je duit nafkah.
Puncak bila aku perasan Akmal berubah sebab kami pernah bergaduh pasal anak. Dia sibuk nak ambil anak angkat, tapi aku taknak dan aku dah tersasul cakap dia mandul. “Kalau i subur, comfirm you yang mandul. Cubalah u bawa exercise ke apa ke. I rasa semua punca dari you”.
Ni lah kata2 aku dan selepas itu aku nampak Akmal sugul. Kami selalu gaduh pasal me time sama2. Memang dah takde haluan kami ni tapi sebenarnya puncanya dari aku saja. Kalau aku cerita semua, comfirm korang sakit hati.
Betapa derhakanya aku sebagai isteri. Memang aku tak urus langsung kehidupan rumah tangga, semuanya atas kepala Akmal. Aku balik hanya untuk sakitkan hati dia.
Akmal memang meminta perhatian tapi setiap permintaan dia aku balas dengan sinis. Aku lupa diri, mungkin sebab jawatan dan harta puncanya. Rasa macam takperlu siapa2 lagi.
Sampailah aku cabar Akmal untuk kahwin lain, cari bini lain dan buktikanlah kalau dia tak mandul. Sebelumnya memang kami bergaduh lagi tapi bukan tentang anak.
Cumanya Akmal ada cakap, “kalau abang cari lain, you jangan menyesal” dan betul memang Akmal cari lain selepas aku cabar.
Jadi mulalah aku tuntut cerai dan sebelum bercerai, aku hari2 menyumpah yang dia takkan dapat anak. Aku tak sumpah dalam hati, aku sumpah depan muka dia. Taktahu syaitan apa yang merasuk, tapi berkali2 aku cakap dia mandul, takkan ada anak.
Sebenarnya Akmal banyak bertolak ansur tapi aku panas hati tiap kali dia ungkit2 pasal layanan aku terhadap dia lepas mula berkerja, aku berang sebab dia minta aku berhenti kerja dan fokus pada dia. Dia dahaga kasih sayang isteri, dia cakap dia mampu sara aku tapi aku hina dan maki dia.
Aku cakap gaji dia tak sebesar mana, kalau nak harapkan gaji dia mesti aku cuma tinggal rumah biasa2 saja. Tak pakai kereta mewah macam sekarang.
Tapi jujurnya gaji dia memang cukup untuk kami hidup berdua tapi kemewahan yang aku ada buat aku rasa dia suami yang kerdil saja. Bila bergaduh pasal kerja, masa bersama, aku akan drag sekali isu anak.
Biasanya orang cakap perempuan yang mandul tapi aku tegaskan bukan aku yang mandul, dia yang mandul. Padahal Akmal takpernah cakap apa pun pasal lambat dapat anak ni. Cuma dia minta izin untuk ambil anak angkat saja dan aku tercabar.
Selepas bercerai dan Akmal kahwin lain, aku block dia disemua media social. Dengan keluarga mentua pun aku tak kuasa nak contact lagi. Tapi lepas setahun gitu, entah macamana aku ternampak satu update dekat media sosial dari circle kawan2 Akmal yang hadir ke majlis kesyukuran anaknya.
Aku tersentap, dia dah ada anak. Terus aku terflashback semua kata2 busuk aku pada dia. Hinaan aku pada dia. Tapi aku nak sedapkan hati, aku unblock Akmal. Aku usha family photos dia, dorang rupanya duduk rumah teres yang Akmal beli masa berkahwin dengan aku.
Kami pindah lepas aku beli rumah lain dan lagi better dari rumah tu dan lepas pindah Akmal jadikan rumah tu sebagai rumah sewa. Sudahlah kawasan B40 saja.
Aku tersengih macam kerang dan aku rasa dia loser dan isteri barunya bodoh sebab nak hidup dengan lelaki macam tu. Padahal sudut kecik hati aku ni rasa terhiris2.
Selepas 2 tahun bercerai, aku nikah baru. Aku nikah dengan orang satu office juga. Karakternya baik, lebih kurang Akmal saja dan masa ni aku pun ada sikit perubahan, tak lagi suka marah2 meroyan macamana aku layan Akmal dulu.
Tapi…
Dah 5 tahun aku kahwin… Satu zuriat pun belum lekat dirahim aku. Pernah sekali aku mengandung tapi aku gugur. Tekanan ni buat aku rasa cemburu dengan Akmal sebab dia dah ada sepasang anak.
Aku siap buat fake acc untuk add isteri Akmal. Untuk aku tengok kehidupan mereka dan akui betapa sakitnya hati aku. Padahal aku lah yang buang Akmal, akulah yang buat dia tersakiti. Tapi aku pula rasa disakiti.
Cuma untungnya suami sekarang masih ada sifat Akmal, penyabar, banyak bertolak ansur dan tak pernah tanya pasal zuriat. Itu jelah mampu aku syukuri.
Cuma masa lalu buat aku terkilan, buat aku dihantui dengan dosa. Sebenarnya tak siapa tahu aku sumpah seranah Akmal dan layan dia macam sampah.
Even ahli keluarga pun aku tak cerita, cuma aku bagitahu masa cerai dulu kami tak sehaluan. Itu saja. Kalaulah orang lain tahu, mesti orang cakap aku termakan doa sendiri.
Ni lah kali pertama aku meluah kerana rasa terbeban dengan perbuatan sendiri dan dalam pada masa yang sama aku rasa cemburu tak terkira dengan kehidupan Akmal. Tapi tidaklah cemburu yang buat aku membenci.
Kadang2 kalau aku duduk sahaja, aku akan ingat bait2 kata buruk aku pada dia. Apa lagi lepas bercerai aku maki hamun juga bakal isterinya, aku burukkan Akmal begini begitu. Hakikatnya sekarang ni aku rasa dia lah wanita paling bahagia.
Tolonglah doakan aku untuk lupakan masa lalu dan reda dengan ketentuan Allah. Semoga juga aku ada kekuatan untuk minta maaf pada Akmal dengan perbuatan dan kata2 hinaan dulu pernah aku hamburkan.
Terima kasih semua.
– Si derhaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Satu2nya pilihan yg awak ada adalah mintak maaf kat dia. Turunkan ego. In sha allah, sekurang-kurangnya hati awak tenang. Setiap orang ada masa silam masing2, yang penting ada usaha nak perbaiki diri.
I acknowledge your effort utk stop cemburukan your ex husband. Its okay you did well. Semoga Allah sembuhkan hati awak. Fokus dekat kehidupan awak sekarang, dan jalani kehidupan rumah tangga yg sekarang dengan baik dan terbaik. Enjoy your time with your new husband, and stop peeking into others life. Insya allah you will make it. Take care.
minta maaflah sis dekat dia. awak dah buat salah dan sakitkan hati dia. sekurangnya lepas minta maaf, segala rasa serba salah itu akan hilang. Dia kan baik, mesti dia akan maafkan and korang boleh bahagia dgn kehidupan masing2 lepas tu.
Minta maaf dgn dia,stop follow perkembangan keluarga baru ex..sy dulu pernah juga kena ayat2 menyakitkan hati dari ex husband sy..dia kata xda siapa nakkan sy jika bercerai dgn dia Sbb doktor bg peluang sy peknen 1 kali sj..sy xdpt bg anak ramai dekat suami baru..dia kata dia boleh kahwin lagi,boleh dpt anak ramai…tp kuasa Allah,mmg 1 ja anak sy boleh bagi,tp suami sy skrg layan sy sgt baik..Duda sy single sampai skrg..dia xpenah minta maaf dgn sy.sakit hati tu sampai skrg sy rasa,lafaz cerai talak 1 masih terdengar kat telinga sy ni walau dh cerai Sejak 2018.