Salam semua. Saya Maya seorang isteri yang berkerjaya. Terasa nak meluahkan disini.
Mungkin apa yang saya luahkan ni tak dapat menghilangkan beban yang ditanggung saya dan suami. Tapi mungkin golongan muda dan baru bekerja boleh ambil iktibar.
Saya adalah seorang isteri yang mempunyai banyak hutang. Sikit daripada hutang tu saya guna untuk bantu perniagaan suami. Selebihnya hutang kereta dan hutang rumah.
Masalah kami ialah selepas pkp suami memang tak ada pendapatan langsung. Semua tidak menjadi.
Sekarang hanya bergantung bawa grab.
Dan tak tahu la kenapa, beban hutang tu masih membelenggu kami. Kami dah kurangkan macam-macam belanja. Tidak pergi bercuti, apa yang anak-anak minta pun kami tak dapat penuhi.
Masalah kami ni tak la rumit sangat sampai kereta kena tarik atau istihar bankrup. Tapi nak maklumkan disini. Beban yang menyesakkan ni.
Dengan suami yang tiada pendapatan. Suami saya tak tahu lagi tu. Saya tak nak cerita dan dia akan susah hati.
Sebab setiap perbelanjaan rumah dia akan cuba setelkan walaupun seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Jika pembaca nak tahu, simpanan kami (saya dan suami) habis kerana kena tipu. Kawan-kawan suami datang bila perlukan bantuan. Lepas tu hilang tak tahu ke mana.
Ada juga berlaku bila dapat job, pasti je ada masalah dan terpaksa keluarkan duit sendiri untuk bayar gaji pekerjanya.
Satu lagi ada juga suami labur duit untuk jadi rakan kongsi, tapi masih tak ada untung dan tak balik modal.
Kadang-kadang jeles juga dengan adik beradik lain. Mungkin sebab jelas nampak mereka susah, jadi mak ayah kami ada cuba menolong.
Tapi rasa macam tak patut pula untuk kami menyusahkan lagi mak ayah. Untuk pinjam duit dekat kawan, lagi la kami tak akan buat.
Kami tak nak hilang kawan sebab duit ni. Dan saya ada pesan kat suami, susah macam mana pun. Kita cuba la ikhtiar supaya tidak pinjam pada orang lain.
Mungkin ramai lagi yang hadapi lagi teruk daripada kami. Tapi untuk saya salahkan suami atas apa yang berlaku, mungkin saya ni isteri yang teruk. Saya anggap biar la susah sama-sama.
Saya cuma nak ceritakan beban di hati ini. Dan berharap beban ini akan segera pergi. Setakat ni bank je la ada call kerana ada tunggakan bulan lepas.
Doakan saya dan suami segera bebas daripada belenggu hutang ini. Terima kasih kerana membaca.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit