Terima kasih admin kalau post kan penulisan aku dekat page IIUM Confession ni.
Sekadar berkongsi cerita tentang beberapa amalan yang aku buat untuk dapatkan kerja. Aku tahu akan ada yang judge penulisan ni dengan berkata,
“Kita buat amalan amalan ni jangan harapkan balasan. Buat kena ikhlas”
“Kau seolah olah memaksa Allah untuk makbulkan doa kau”
Maafkan aku ye semua. Sesungguhnya kalau bukan pada Allah tempat aku meminta pertolongan dan mohon hajat aku dimakbulkan, jadi pada siapa aku nak mintak?
Ape pun pandangan kalian pada posting ni, aku terima dengan hati terbuka. Yang baik ambillah sebagai panduan. Kalau rasa ape aku share ni tak bagus atau tidak sesuai dengan kalian, lupakan sahajalah.
So, let’s begin…
First of all, kalau aku ade hajat tertentu, aku akan buat tahajjud. Doa Ketika tahajjud amatlah mustajab. Selalunya aku akan buat solat taubat 2 rakaat, solat hajat 2 rakaat, solat tahajjud 8 rakaat. Witir aku tak buat sebab dah buat lepas isyak.
Habis jer berdoa, aku terus baca yasin. Sebelum baca yasin, aku niat kan,
“Ya Allah, dengan keberkatan Alquran dan Surah Yasin ini, aku mohon kau makbulkanlah hajat aku (*sebut hajat yang aku nak)”
If hajat yang aku nak tu rasa macam payah sikit nak dapat mengikut akal dangkal manusia, aku akan baca yasin maksimum 7x sampai aku puas dan yakin. Ini cara aku guys. Maksimum 7x la aku boleh pergi. Lebih dari tu aku tak boleh dah. Hahaha.
After tahajjud, aku terus bukak journal dan tulis ape yang aku nak tu seolah olah aku dah dapat. Aku tulis very specifik.
Contohnya:
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kau kurniakan aku kerja sebagai Project Engineer dengan Petronas Carigali dengan gaji RM8K sebulan dengan sekali interview sahaja”
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kau kurniakan aku Manager dan team mate yang very supportive”
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kau mudahkan aku handle semua project yang bos bagi dan deliver dengan sangat berjaya”
Ni contoh yang aku tulis. Korang boleh adjust ikut kesesuaian korangla. Aku tulis dalam 10 point macam tu. Lepas tu aku sambung tidur.
Antara sebab kenape aku tulis journal impian time tahajjud ni adalah kerana aku nak hidupkan subconscious mind aku. Korang boleh google untuk dapatkan penjelasan yang jelas yer.
Azan subuh aku bangun on time. Buat solat sunat qobliyah subuh, solat subuh dan baca yasin 1x. Lepas tu aku sambung Istighfar 100x, selawat 100x dan baca surah Al Ghafir ayat 44, 100x (ni amalan aku dapat dari ustazah Asma’ Harun).
Kalau korang mampu, bacalah istighfar dan selawat tu 100x. aku tak dapat nak buat banyak sebab lepas subuh aku ade keje nak kena buat.
Dan jangan lupa sedekah subuh. Aku guna balang kueh yang plastick tu je. Setiap hari aku masuk seringgit (ni je aku mampu) dalam tabung tu. Sebelum masuk, aku niat dalam hati hajat aku.
“Ya Allah, asbab sedekah subuh ini, kau kurniakanlah aku *baca hajat yang aku nak*. Terima kasih Ya Allah”
Dalam pukul 10 pagi macam tu pulak, aku buat solat dhuha dalam 8 rakaat. Baca doa dhuha 3x dan sebutkan jugak hajat yang aku nak.
Lepas tu aku teruskan pekerjaan aku macam biase.
Malam sebelum tidur, lepas witir, aku amek masa kejap baca Surah Al Mulk 1x dan Al Waqiah 3x. habis je ni aku terus tidor.
Ni la antara amalan yang aku buat kalau aku ade hajat tertentu pada Allah. Alhamdulillah, selalunya dalam masa 3 hari macam tu Allah dah makbulkan doa aku.
Mungkin korang rasa amalan ni macam pack sangat kan, tapi inilah cara aku dari dulu sampai sekarang untuk curi perhatian Allah supaya makbulkan doa doa aku. Kalau bukan aku mintak pada Allah pada siapa lagi aku nak meminta nak merayu.
Memang betul ade orang cakap buat amalan kena ikhlas. Tapi Allah juga suruh kita meminta pada dia. Especially disepertiga malam.
Owh lagi 1 nak cerita antara benefit yang aku dapat selepas amalkan surah Al Ghafir ayat 44 tu.
1. Perjalanan hidup aku rasa mudah sangat. Masalah tu memang ade, tapi hati tenang dan cepat selesai.
2. Pergi memane rasa mudah. Jalan tak jem, mudah jumpa tempat.
3. Banyak hijab Allah angkat. Contohnya, aku pergi memane tetiba ade orang tegur cakap aku ni macam ade benda tak kena. Better pegi berubat. Aku jumpa ustaz yang serasi untuk ubatkan aku.
4. Dulu selau gaduh suami isteri. Tapi sekarang kalau aku marah pon kejap je. Lepas dah cool, suami datang pujuk then aku ok. Kalau tak, panjang lagi bergaduh tu.
5. Walaupun kau rasa duit kau cukup cukup makan je kan nak sampai ke hujung bulan, tapia de je rezeki lain masuk. Contoh member belanja makan, business online ade ramai pulak yang bank in. alhamdulillah.
Ni jelah aku senaraikan dulu. Ikutkan banyak je lagi.
Aku sekadar berkongsi cerita pada korang. Mane tahu kot kot ade antara pembaca yang ade hajat tertentu, atau rasa down, lepas baca sharing aku ni korang rasa bersemangat balik kan.
Kadang kadang, cara Allah hantarkan pertolongan dia pada kita dengan jumpa sharing sharing yang positif.
If ade dikalangan korang yang amalkan amalan yang aku tulis ni dan dapat manfaat, sharela dekat komen supaya orang lain yang membaca akan lebih semangat dan tak mudah patah semangat atau putus asa dengan pertolongan Allah.
Dan andai kate jugak korang dah buat tapi belum ade pape jawapan dari Allah, percayalah, pertolongan Allah akan datang pada masa yang tepat. Tepat mengikut aturan dia, bukan aturan kita.
Terima kasih dan assalamualaikum.
– Anak Itik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit