Tergamak Salahkan Allah Dalam Urusan Jodoh

Assalamualaikum admin dan semua pembaca IIUM, aku seorang lelaki, yang melihat dan memerhati “permainan kehidupan manusia” dan aku sendiri tidak terlepas daripada permainan ini. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Admin kerana menyiarkan posting ni.Aku harap dengan apa yang aku tulis ni menjadi asbab kepada kita untuk kita terus menjadi hamba Allah yang sebenarnya dan berusaha untuk menjadi hamba yang taat kepada Pemberi nikmat paling besar kepada kita iaitu nikmat dari tiadanya kita didunia ini kepada ada.

Ya, aku sedar sekarang kita berada di akhir zaman yang banyak fitnah (ujian) terutamanya fitnah yang melibatkan rumahtangga. Aku selalu baca luahan para suami,para isteri dan juga luahan dari tunang tunang orang di page KRT. Majoriti kes yang aku baca di page tu hampir kesemuanya berkaitan “Curang”. Si suami ada perempuan lain, si isteri suka dekat suami orang, isteri orang suka kat tunang orang.Sebenarnya banyak lagi kes yang aku baca yang buatkan aku rasa APA SUDAH JADI DENGAN PENGANUT ISLAM SEKARANG?

Ada yang meluahkan rasa kesal kerana perbuatan curang yang dibuat sehingga memaksa penceraian hubungan yang halal. Tapi dengan perasaan kesal tu,aku harap mereka jadikan iktibar dan terus memperbaiki diri. Tapi apa yang mengejutkan aku ialah ada ramai isteri yang curang mengatakan :

“Alaaaa..Nak buat camna dah saya suka suami orang. Allah yang gerakkan hati saya suka dia”

“Jodoh tak panjang, Allah yang aturkan semua ni”

“Kalau jaga diri sekali pun, Allah hadirkan rasa suka kat orang lain nak buat camna?”

Itu kata-kata si isteri, si suami pula dengan bermacam macam alasan..Tunang orang pula dengan cara mereka.Selagi tak kahwin,boleh nak ada skandal dengan sesiapa pun. Allahu, Bukankah jika dalam ikatan pertunangan haram untuk orang lain meminangnya? Tambah pula skandal.

Allahu, sedar tak sedar, kesalahan yang kita buat,dosa yang kita buat,sedikitpun kita tidak menyalahkan diri sendiri sebaliknya kita menyalahkan Allah. Kita menyalahkan takdir yang Allah tentukan untuk kita kononnya semua ini sudah tertulis. Jika ada kita antara kita yang berpegang dengan prinsip ini, ingatlah kita sebenarnya telah bersangka buruk kepada Allah. Sudah kita menyalahkan Allah dengan apa yang terjadi kepada kita, kita bersangka buruk pula kepada Allah?

Setiap manusia tidak pernah tahu apa takdir yang akan dia hadapi TETAPI kita boleh menDOAkan dan memohon kepada Allah untuk mengubah takdir kita kepada takdir yang baik-baik seiring dengan usaha yang kita buat. Usaha apa? usaha kita menjaga pergaulan, usaha kita menjaga hati hanya untuk isteri/suami,usaha menjaga segalanya supaya apa? Supaya kita boleh menutup ruang ruang untuk perkara yang tidak baik dan bercanggah daripada berlaku.

Bukankah Allah banyak mengingatkan kita dalam Al Quran untuk kita berbuat baik? mencegah perkara mungkar? menjauhi zina? Untuk apa Allah pesan kepada kita? Suka suka sahaja kah sebab kita dah ada takdir masing masing?

Jawapannya adalah kerana Allah mahu kita terus memperbaiki diri dan mendapatkan TAKDIR YANG BAIK. Ya, Takdir yang baik.

Berhenti salahkan takdir,sebaliknya berusahalah menjadi manusia yang lebih baik. Nak curang? nak ada skandal? Sampai bila kita nak buat semua tu? kita tidak mati kah? Atau kita kekal Muda tidak bertua? Dan ingatlah, Allah kata dalam Al Quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya. Kejarlah dan ciptalah kebahagiaan dengan berpandukan apa yang Rasulullah ajar.

– Pakcok :)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *