Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Amaran keras, kemungkinan karangan ini panjang dan bosan. Sebab aku tak reti nak karang pendek-pendek. Korang nak baca boleh, tak nak baca pun boleh. Tapi aku nak korang baca juga sebab aku saja nak baca nasihat serta kecaman yang aku bakal terima. Eh, terima kasih ye admin kerana sudi menyiarkan kisah tak seberapa aku ni.
Aku perkenalkan diriku serba ringkas. Nama aku R.A, berumur 20-an. Berasal dari negeri (P). Tinggal dengan keluarga abang aku yang dah berkahwin. Dan juga seorang yatim piatu. Aku seorang yang heartless pada mulanya. Tak percayakan lelaki, tapi tak bermakna aku percaya kan perempuan. Aku tak ramai kawan lelaki, boleh dibilang la kawan sekolah berapa kerat, kawan kolej lagi la.
Aku ni bukan tak suka berkawan dengan lelaki tapi aku tak suka bila berkawan dengan dorang, dorang nak lebih-lebih nak couple bagai. Menyampah la lagi-lagi time belajar. Sebab aku nekad, no couple time study, I’m not ready for that time. Nak hidup tengah belajar pun terumbang ambing cukup-cukup makan, ni kan nak berpasangan.
Dan orang single semestinya menjadi pendengar setia kepada orang yang couple. Ya, itulah aku, menjadi ”dokter cinta” kepada kawan-kawan aku. Dari situlah aku mendapat pengalaman sikit-sikit mengenai cinta cintun ni. Bantu kawan-kawan yang ada prob dengan BF, dah ada yang dah selamat kahwin dah pun. Alhamdulillah. Dan selalu berdoa agar aku dapat jumpa lelaki yang benar. Insya Allah.
Okaylah, macam tak ringkas je kisah kat atas tu, kita start okay.
Kisahnya begini ya, aku mula berkenalan dengan A (bukan nama sebenar) pada tahun 2017. Tahun tersebut aku sudah habis belajar dan bekerja ya, jadi aku dah bersedia sikit nak ada pasangan. Aku bukan nak cari pasangan untuk bodo-bodo, untuk mengisi masa lapang, tidak. Aku nak terus cari jodoh untuk future aku. Cewahh.
Jadi, aku kenal A dari salah satu media social. Rupanya dia duduk satu bandar je dengan aku. Tapi dia bekerja je kat situ, asal negeri lain. Kami pun berchatting je hari hari. A layan aku dengan baik. Pada suatu hari, dia luahkan isi hati dia untuk berkahwin dengan aku sebab dia dah jatuh sayang kat aku.
Aku terkrik-krik sekejap. Mudahkan lelaki nak jatuh sayang pada perempuan. Padahal pernah jumpa sekali je time tu aku minta tolong hantarkan aku ke stesen bas nak p convo. (Aku pun bukan cantik sangat masa tu. Sekarang je dah cantik sikit. tapi dia nak kat aku. Alhamdulillah)
Aku cerita tentang kisah hidup aku yang kehilangan ibu bapa dalam jarak watu yang dekat. Banyak lagi kisah aku hampir depresi dengan hidup waktu tu. Pendekkan cerita, dia sayang serta dia nak jaga aku lepas nikah nanti. Ada juga janji-janji lain yang aku tak ingat.
Aku cakap kat A, kita berkawan dulu, ada jodoh kita kahwin. Jadi aku tetapkan pada A yang aku tak nak couple, tapi nak berkawan sampai nikah. Insya Allah. Dan aku pun tak mengedik dengan lelaki lain. Aku cuba nak fokus pada A seorang.
Dalam tempoh perkenalan tu aku akui, A seorang lelaki yang baik, menjaga solat, percakapan, dia tak pernah marah, aku je cuba buat dia marah, tapi hampeh. Bila tanya kenapa tak nak marah, katanya dia susah nak marah dengan orang yang dia sayang. POYO. Tapi lama-lama, aku pun mula sayang, sayang je, bukan cinta yek. Cinta tu aku nak lepas nikah.
Tapi tulah satu je kurang berkenan dengan A, dia merokok. Aku punyalah pulun cakap dengan kawan-kawan dulu. Kalau boleh aku tak nak lelaki merokok dan suka tengok bola. Haha, apa yang kita tak nak, itu yang kita dapatkan. 2 pakej tu aku dapat kau.
Tapi takpa, janji dia bukan kaki perempuan, kaki game, kaki lepak. Merokok tu memang aku ada bagi nasihat suruh berhenti. Dia kata, lepas kahwin berhentilah. Pungkoq hang!
A ni bekerja sebagai welder, sepanjang kenal kami tak bercakap dalam telefon. Pernag la sekali. Jumpa pun sebulan 2x keluar makan lepas tu balik je masa tu. Tak sampai 1 jam pun. Padahal dekat je.
Pada tahun 2018, A telah lulus dalam peperiksaan badan berunifom. Sebelum A pergi memulakan latihan, A dah pun jumpa dengan abang aku, makan-makan kat rumah. Baru abang sorang ni la aku bawa jumpa. Yang lain belum lagi. Sebab duduk jauh sikit.
Abang aku dengan adik beradik yang lain tau hubungan kami. A ada cakap pasal kahwin. Tunggu dia tamat latihan dan kerja lepas tu nak nikah. Abang aku restu je dengan hubungan kami. Jadi takda masalah lah.
Jadi ku pun setia menunggu A selama dia dalam sesi latihan. Seminggu 2-3 kali dia akan menelefon aku. Time ni aku memang dah makin sayang dengan dia. Semua indah-indah belaka. Hari-hari rindu tunggu dia call. Huhu. Time hati bermunga-munga.
Tahun 2019, A dah selamat menjalani tamat latihan dan mula berkerja sebagai anggota badan beruniform. Dapat posting pun dekat, perjalanan dalam 2jam gitu.
Dua ke tiga bulan pertama lepas dia kerja hubungan kami okay. Tapi ada pasang surut, lepas tu okay balik. Makin lama hubungan kami makin dingin. Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis tak suka call, aku memilih untuk berwhatsapp. A pun begitu. Jadi ok jurr..
Yela, aku faham dengan tugas A sekarang, kerja jadi tak menentu, aku faham dan cuba untuk lebih faham. Aku tunggu je A whatsapp hari-hari. Aku memang tak akan la whatsapp dia dulu sebab apa, aku serik bila aku whatsapp dulu, dia wajib tengah busy masa tu. Aku pun tak tau jadual dia shift pagi ke petang ke malam ke atau cuti. Jadi, aku jadi penunggu saja.
Pada mulanya A memang serious nak kahwin dengan aku. Dia buat pinjaman untuk langsaikan hutang kereta dengan moto besar (moto besar tu bukan dia punya, tapi nama dia jadi guarantor untuk kawan dia. Sudahnya, kawan dengan motor tu lesap tak berbayar. Tak guna punya kawan). Sekali duit kahwin serta barang-barang rumah.
Aku keberatan nak setuju dengan pinjam tu, kalau boleh tak mau buat pinjaman, tak apa lah kahwin lambat tapi tak berhutang. Nanti dia juga yang susah.
Tapi dah dia kata, kalau tak buat pinjaman, bila nak kawin? Duit simpanan dia dah habis untuk persiapan masuk latihan dulu. Bayar kereta 6bulan terus. Memang tak tinggal apa lah. Dia target nak kahwin dengan aku tahun 2020 ni. Wuhuuu. Syonok shangat. *rolling eyes
A pun dah lulus pinjaman, dia dah langsaikan semua, barang rumah pun dah lengkap untuk rumah bakal kami duduk nanti. Bak kata dia, masuk cuci kaki je. Bila dia buat pinjaman untuk kahwin tu aku rasa maybe dia jodoh aku. Bersusah payah dia nak buat buat pinjaman pastu nak lengkap kan isi rumah.
Jujur aku tak minta semua tu. Aku jenis tak reti nak minta-minta kat orang. Mesti korang nak kata aku macam-macam kan. Tak pe, katakan saja.
Tapi kan, tapi kan korang.
Selepas bulan ke enam dia kerja, hubungan makin teruk. Aku tak kisah tak berjumpa. Memang sebelum ni pun jarang berjumpa, 2 bulan jumpa sekali je. Tak apa lah, tak kisah semua tu. Tapi yang aku kisah cara dia layan whatsapp. BORING. Dulu tak ada la seboring ni weh. Borak macam orang tak ada perasaan. Tak pe sabar lagi. janji dia tak buat bukan-bukan belakang aku.
Sekarang makin menjadi-jadi boring dia. Reply pendek-pendek, whatsapp tak ada isi penting pun. Kami whatsapp memang tak ada bersayang, I love u bagai. Macam biasa je. Balik-balik tanya soalan yang sama. “buat apa tu?” “dah makan ke?” dok ulang la. lepas 30min tanya soalan yang sama. tak ada topik.
Aku yang nak naik hangin. Selalu tak ada mood nak borak, sebab macam tak dilayan. Aku pun nak jadi seorang yang boring juga. Reply pendek-pendek. Biar dia rasa. Pastu tau pun tak ada mood juga sebab aku reply pendek.
Untuk makluman korang, aku memang tak kenal family dia langsung. Aku tau nama dan tengok gambar je. Time tu aku tak tau lah bila dia nak kenalkan family dia ke aku. Tapi aku cuba faham lagi, family dia jauh, ambil masa 6-7 jam nak sampai ke tempat aku.
Tapi tak apa. Sebelum ni dia pernah cakap dengan kakak dia yang kemungkinan bulan 12 ni. Ye bulan akhir 2019 ni lah dorang nak datang untuk jumpa family aku. 6 bulan sebelum bulan 12, aku ada bincang pasal perkahwinan, dia biasa-biasa je. Kita pulak lelebih. lepastu aku malas dah lah nak tanya. Tapi kan korang, janji hanya tinggal janji.
Minggu lepas aku dah putuskan semua hubungan aku dengan dia. Ni kali kedua aku tanya untuk putus. Kali pertama 3 minggu lepas. Dia tak nak lepaskan aku. Dia kata dia sayang lagi. Banyak kali maaf dia minta. Dan aku pun akur. Aku lupakan kisah lama.
Hari berganti hari, perangai A tetap sama. Hanya tau minta maaf, tapi tak ada perubahan. Korang, bukan masalah reply pendek, dengan layanan dia punca aku nak putus. Bukan ye. Puncanya aku tanya A, aku tanya, apa yang dia nak dalam hidup dia?
Ni pun aku tanya sebab aku rasa aku macam tak ada function dalam hidup dia dah. Betul ke dia nak aku ni? Bila dia nak, dia whatsapp aku, bila tak nak, dia tinggalkan aku tanpa sebab. Esok dia whatsapps balik buat macam biasa. Apo bondo???? Rasa macam sampah.
Okay, jawapan untuk soalan apa yang dia nak dalam hidup dia, cuba teka apa??? jengggg…
‘’TAK TAU’’
‘’ENTAHLAH’’
Tergamam aku. Macam orang tak ada wawasan. Habis tu aku ni apa? Apa-apa soalan aku tanya pasal yang serius sikit mesti dia jawab macam tu. Apa lah.
Aku dah lama makan hati, tawar hati dengan A. Mula-mula je nampak serious sangat. Aku tak tau lah apa masalah dia. Bukan tak pernah tanya, dia kata tak ada apa-apa. Aku tak rasa punca masalah orang ketiga. Dia ni anti social sikit.
Kali kedua aku tanya untuk putus sebab seminggu sebelum tu dia hilangkan diri, langsung tak whatsapp aku. Jadi, aku dah hilang sabar, aku whatsapp. Aku nak jawapan malam ni juga. Kalau dah tak nak lepaskan aku. Jangan buat aku macam sampah lagi. Kalau sebelum ni kami planning lepas nikah nak PJJ kejap, sebab, aku kerja kat kawasan aku, dia bertugas di tempat lain. Dia setuju.
Aku kata, “”Macam ni nak PJJ lepas nikah? belum nikah pun dah macam-macam hal. buat bercerai je nanti””
Dia kata, “”Tula, saya tak nak jadi macam tu””
Pffttt…
Lepas dah cakap-cakap, And yes, dia lepaskan aku . Dia kata, “”dahlah awak. Awak pun banyak merana dengan saya. Saya kena jaga perasaan awak juga”” lebih kurang macam tu la.
Aku pun anggap tu dia dah lepaskan aku. Bukan aku tak sayang dia, tapi aku dah tak sanggup nak makan hati, bersabar bagaikan tak ada penghujung. Tahun ni aku banyak berendam dengan air mata, masalah dengan A, dengan life, dengan kematian kucing-kucing aku dan macam-macam lagi.
Luckily, aku tak sedih pun dia lepaskan aku, rasa macam dah biasa. Sebab waktu dia ada pun macam tak ada. Dia sedih ke tak, tu aku tak tau. Sekarang ni family aku sorang pun tak tau aku dah putus. Family dia, dia tak kisah la kot, family dia bukan kenal aku pun.
Aku bukan nak kata aku 100% aku tak salah, dan bukan semua salah A. Macam kawan aku cakap, lack of communication. Komunikasi tu penting, tapi kalau dapat pasangan macam A ni tak jadi apa juga. Macam aku cakap, aku tanya, aku tanya masalah dia. Itu jelah dia balas, Takde apa apa. Lantak kau lah. aku nak tolong apa pun tak oleh.
Apa yang kita impikan tak semestinya kita dapat. Walaupun kita dah dapat, tak semestinya ia kekal dengan kita. Aku harapkan perkenalan aku dengan A adalah yang pertama dan yang terakhir. Rupanya tidak. Dia bukan jodoh aku. Aku setia lagi tunggu jodoh yang Tuhan tetapkan untuk aku. Pasti ada yang lagi baik..
Untuk korang yang membaca, terima kasih lah yek kerana sudi membaca plus sumpah seranah kalau ada. Kalau ada yang kesian dengan aku, aku terharu. Isk isk. Aku tak kisah korang nak cakap kisah aku ni tak best ke, cerita sampah ke, ntah pape ke cerita tonggang terbalik ke. Kisah aku, aku punya style, kisah korang, korang punyalah. Aku tau ada lagi kisah tragis dari kisah aku ni.
Sape sape nak bagi nasihat silakan, aku nak baca dan amik yang positif didahulukan dengan terima kasih. Nak share pengalaman korang kat komen pun ok gak. Yang nak kecam pun boleh, tak ada salahnya eh. Takdehal. Kecam je. Bukan kah hidup melayu ini untuk kecam mengecam.
Mohon doakan aku untuk terus kuat dari sebelum ni dan mulakan kisah baru dengan tahun baru 2020. yeayyyy!
Akhir kata, aku tak nak cakap apa-apa. Dah penat.
– R.A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit