Terhalang Oleh Orang Tua

Aku Sandy lewat 20 an. Aku nak story tentang satu satunya lelaki yang buat hidup aku huru hara. I named him as Squid. Sama umur, sama daerah tempat tinggal.

Squid dengan aku berkenalan dari zaman sekolah semasa aku form 4 di salah satu maktab sains. Dalam banyak manusia yang approach, aku lebih tertarik dengan Squid. Tinggi, cool, pandai and sangat sayang pada family.

Yes, terlalu sayangkan family. Sayang. Inilah yang membunuh perhubungan kami dan mengubah Squid hanya satu malam.

Long story short, sebaik habis spm, kami part time bersama. Tak lama dalam 2 bulan sambil menunggu result spm. Squid entah dari mana tetiba nyatakan hasrat nak bertunang dengan aku.

Katanya takut kehilangan kalau kalau aku dipinang orang. Aku pun masih mentah and ofcourse terkejut. Ayah Squid bantah dan minta kami kejar impian dulu. Aku sokong pendapat ayah dia. Jadi kami masih bercinta seperti orang lain.

Makin hari aku makin sayang dan cinta. Yelah, darah muda. Beberapa kali mak Squid ni datang tempat kerja part time kami dan melihat aku dari jauh. Persoalkan aku yang tak bertudung.

Lupa aku nyatakan, mak Squid ustazah di salah sebuah sekolah daerah sini. Pasal bertudung ni sebaik aku study terus aku istiqamah sampai sekarang.

Tak lama lepas tu kami masing masing dapat tawaran belajar. Squid ke salah sebuah universiti ketenteraan (universiti yang pernah viral kes buli menggunakan seterika).

Manakala aku terpaksa menolak tawaran belajar disebabkan beberapa masalah dalam family. Akhirnya aku sambung belajar dengan berulang alik setiap hari dari rumah ke kolej.

Ya, kolej je. Dan bukan setaraf universiti sama seperti mak Squid “basuh” aku dalam mesej yang dihantar. Bab ni aku ulas kemudian.

Aku berulang alik sambil menjaga ayah aku yang sakit cancer. Prostate cancer dan lung cancer. Aku bawa ke hospital, ke mana sahaja sampai kan aku pun tak ada masa untuk praktikal. Hanya ihsan lecturer yang alter praktikal aku.

Kononnya aku praktikal di kolej dan jd researcher under lecturer lebih kurang macamtu lah. Aku grad dengan award best student syukur pointer aku tinggi and aku perform mungkin berkat aku jaga mak ayah dengan seikhlas hati.

Dalam masa aku berpenat lelah belajar, menjaga ayah, hati aku masih utuh pada Squid. Sering kali Squid menahan lapar tak ada duit untuk makan kerana wang elaun setiap bulan kena pau dengan senior dan pegawai.

Kena beli barang layout (contoh: jam) kena bayar untuk function and etc. Makan pulak di dewan makan hanya menambahkan sakit perut sebabkan kotor cara penyediaan nya. Jadi Squid selalu menahan lapar.

Terlalu malu nak minta duit dengan mak, malu nak pinjam kawan akhirnya aku jua lah yang membantu. Banyak. Tak terkira berapa aku berhabis membantu Squid ni.

Aku jual powerbank, aku jual preloved item baju baju aku hampir setiap bulan untuk menampal mana yang kurang. Aku saving duit sikit sikit setiap hari dari elaun arwah ayah aku bagi untuk bantu Squid tanpa pengetahuan ayah aku.

Kadang aku yang menangis dihujung panggilan setiap kali aku menyoal dia makan atau tidak. Badan nya mula susut. Dengan jadual yang pack dari sebelum subuh sampai ke lewat pagi. Tenaga hanya dapat dengan makan sekali sehari. Aku sejenis sangat kesian pada orang.

Kalau Squid balik, aku akan catu expenses kitaorang. Nak make sure elaun dia cukup untuk bernyawa tiap bulan.

Tapi banyak kali jugak kad bank Squid ni kena hack dengan abang dia sendiri. Abang Squid ni buat master, tapi gamerz. Nak beli itu ini dia hack account orang, sampai account adik sendiri pun dia hack.

Squid tak pernah bertanya atau mintak balik walhal itu lah duit dia untuk bernyawa.

Aku tahu pun bila ternampak message duit bank kena tarik by debit for game platform. Sahih la abang dia and Squid pun cakap memang abang dia selalu macamtu.

Ni aku tak faham. Abang tak tolong adik, mak selalu mintak tolong bayarkan untuk adik adik, abah pulak sedang phd minta Squid bayarkan yuran. Terjerut leher. Aku selalu menangis tengokkan keadaan dia yang tersepit. Aku bantu selagi boleh.

Pada tahun akhir Squid di universiti, aku nyatakan hasrat untuk berkahwin. Memandangkan kami sudah bercinta dan susah senang selama 6 tahun. Squid pun sebelum tu katanya ingin berkahwin dengan aku.

Aku fikirkan mungkin ini masa yang sesuai untuk bersama memandangkan perit jerih kami lalui ke tahap ini. Squid pun tak lama lagi akan grad tinggal beberapa bulan sahaja. Jadi kami berbincang dengan family masing masing.

Ayah aku bersetuju dan family belah dia pun bersetuju untuk menyatukan kami.

Oh ya, aku masih ingin berkahwin dengan Squid walaupun aku terpaksa terima hakikat yang Squid pernah melanggan pelacur. Katanya, mengikut member masa weekend end up member belanja pelacur sorang satu. Pilih pelacur macam pilih ikan dekat pasar.

Begitulah yang Squid sendiri cerita pada aku. Tergamam. Aku betul betul tak sangka tapi perkara dah jadi. Aku masih terima Squid sebab aku masih nampak sisi dia yang ada saki baki yang baik.

Sehari sebelum bertunang, Squid tetiba berubah. Aku mesej tak reply, call tak berangkat sampai malam. Aku dah tak senang duduk di tempat kerja. Dalam benak fikiran aku mula fikirkan macam macam tapi aku endahkan.

Sampai la satu mesej masuk dari Squid. Katanya dia tak dapat datang esok. Mula putar belit cerita. Akhirnya dia mengaku selepas berkali kali aku minta dia untuk jujur cerita masalah sebenarnya.

Katanya, mak dia melarang Squid untuk datang bertunang dengan aku. Mak Squid suruh pilih antara aku atau mak. Squid ni sayangkan family, dia terpaksa pilih mak dan ikut cakap mak.

Aku masih terpinga pinga. Kenapa? Apa masalah tetiba kena pilih? Apa salah aku? Apa kaitan kena pilih memilih ni dengan bertunang?

Squid diam membatu. Off hp dan aku tak ada cara nak bincang. Aku masuk dalam kereta menangis semahunya. Rasa diperbodohkan tanpa sebab. Dipermainkan keluarga orang cerdik pandai.

Aku malu nak bersemuka dengan family sendiri. Aku menangis di bahu jalan berjam jam. Terkenang penat lelah aku, masa aku yang terbuang diperlaku sedemikian.

Sampai sahaja di rumah, aku terus menerpa dan melutut di kaki ayah. Aku menangis teresak esak menceritakan apa yang berlaku. Ayah, mak, kakak semua bingung. Tak tahu punca, takde angin takde ribut tetiba halang benda baik. Aku capai hp, aku cuba dail no mak Squid.

Berkali kali baru angkat. Ayah aku bertanyakan elok elok. Tapi mak Squid seperti merendah rendahkan ayah aku katanya susah nak faham kan orang macam ayah aku ni (maksudnya susah nak bincang dengan orang yang berpendidikan rendah).

Ayah aku mula tegaskan sikit suara. Bukanlah menengking atau ajak bergaduh, tapi ayah aku nak jawapan jelas kenapa benda ni boleh jadi apa masalahnya. Dah janji nak buat benda baik tetiba nak cancel. Benda boleh bincang jadi ayah aku ajak la bincang.

Ayah aku minta datang jugak rumah esok nya untuk bincang masalah walaupun tak jadi bertunang. Aku duduk tepi ayah pasang loudspeaker dan kami semua dengar mak Squid mula marah marah. Katanya nak bincang macamna takut datang esok jadi gaduh la apa la.

Korang faham tak situasi ni? Kami yang terpinga pinga tak tahu punca, di kata pula nak cari gaduh. Sebab musabab pun tak bagitahu dah macamana nak settle. Mak nya terus letak telefon. Agak biadap.

Ayah peluk aku. Ayah nasihat macam macam. Kata ayah, Allah nak tunjuk sesuatu ni. Aku mula teringat beberapa hari sebelum tu mak Squid ada hantar mesej pada aku.

Happy betul aku masa dapat mesej tu. Mula aku baca mesej perkenalkan diri bahawa dia mak Squid, hati aku berbunga bunga. Rupanya mesej yang panjang berjela tu mesej yang “membasuh” aku. Tapi aku sejenis bersangka baik, kata Squid perempuan paling baik dalam dunia adalah mak nya.

Manakan seorang ustazah akan bersangka buruk pada aku, yedak ? Aku reply elok elok dan berterima kasih kerana approach aku dulu.

Walaupun isi dalam mesej tu ada yang merendahkan aku. Takpa, aku teruskan macam biasa tak tahu lah pulak mesej tu sebenarnya membawa maksud taknak bermenantukan aku.

As simple as that, maknya say no in just 24 hour maka Squid pun turutkan. Dan bila aku amati betul betul selama perhubungan aku dengan Squid, baru aku perasan. He is mama boy. Semua decision terletak atas mak Squid.

Itulah kuasa veto mak mak yang boleh ubah kehidupan anak dengan hanya ikut kata hati sendiri. Yes we both love each other. Perit jerih dah mengajar kami berdua untuk menjadi matang walaupun orang lain seusia kami masih lagi dianggap kanak kanak ribena.

Kami dah 23 tahun masa ni. Kematangan pun tak diukur dengan umur. Ada je yang 34 tahun masih tak grown up.

Aku masih bagi peluang untuk perbetulkan semua ni. Squid balik dan jumpa aku. Kami menangis berjam jam dalam kereta. Squid katakan pada aku tiada jalan lain lagi hanya berpisah. Ni kehendak mak nya. Aku bukan orang yang setaraf dengan mereka.

Aku hanya lah pemegang diploma yang terpaksa terjun ke kolej swasta. Dipandang enteng. Aku mula rasa menyesal menolak ke matriks,menyesal menolak biasiswa yang aku dapat utk ke u dulu. Tapi itulah, takdir Allah dah aturkan sebegini.

Aku merayu pada Squid utk memujuk mak nya. Squid katakan dia tak mampu berbuat apa apa sebab semuanya dah pun tak mahukan aku dalam family dia. Tak tahu sebab apa selain tak sama taraf.

Aku pun menganggap the main issue adalah taraf study. Ayah Squid bakal pemegang phd, abang nya master road to phd, adik adiknya pun bijak pandai. Ni big issue untuk mak Squid. Cinta terhalang disebabkan oleh orang tua.

Di akhir pertemuan tu, kami tak dapat berkata apa apa hanya air mata yang tak berhenti mengalir. Squid masuk ke kereta nya di sebelah kereta aku. Aku menangis menjerit semahunya, jiwa aku rasa dirobek, maruah aku rasa dipijak pijak, ayah aku ibu aku direndah rendah kan..

Ini yang aku dapat selepas semua aku buat. Buang masa buang tenaga. Bengkak habis mata muka aku macam dipukul orang dek menangis berhari hari. Squid pula memandang ke arah aku dengan juraian air mata. Sedikit pun dia tak berganjak. Masih memandang aku dalam kereta.

Hiba dan luluh hati aku melihat kami begini. Selepas setengah jam aku terbaring dalam kereta, aku gagahkan diri capai stereng, dan aku lihat Squid masih lagi di kereta sebelah memandang aku.

Aku cekalkan hati, aku tekad inilah kali terakhir aku bersua kau. Lelaki yang tak pegang pada janji, lelaki yang penakut, pengecut lari dari masalah. Aku undurkan kereta dan drive balik rumah.

Berbulan lama nya aku macam “mayat hidup”. Aku berhentj kerja. Hidup aku cuma di dalam bilik termenung, menangis. Family aku paling risau sekali kalau kalau aku hilang pertimbangan. Di dasar hati aku masih beri peluang pada Squid.

Malangnya, tak lama lepas tu aku ternampak status Squid di salah satu platform media. Di ejek ejek nya aku. Di katakan aku ggwp.

Aku macam what??? Semua air mata kau dalam kereta tu is for what? Lepas tu tetiba aku pulak yang atur “permainan” ni? Aku confused. Tak faham dan payahnya nak faham family kau ni. Pelik.

Akhirnya aku block semua dan aku tak nak ambik tahu lagi. Ayah aku makin nazak. Selang beberapa bulan ayah pergi menghadap illahi.

Terduduk aku masa ni. Besar dugaan Allah bagi aku tak sampai setahun. Sebelum ayah pergi, dan waktu tu ayah masih gagah untuk duduk dan bercakap, ayah panggil aku dan bagi amanat..

Kata ayah, jaga kakak aku baik baik. Jangan bagi orang naik tangan pada kakak aku. Yang paling ayah aku minta, ” janjilah pada ayah dik.. Adik takkan sekali kali lagi pergi pada Squid.

Pegang lah kata kata ayah ni sampai bila bila. InsyaAllah Allah akan jaga rumahtangga adik aman dunia akhirat” . Aku mengangguk dan melafazkan janji pada ayah aku.

Dengan begitu 3 tahun aku tutup pintu hati aku dengan mana mana lelaki. Aku dilamar oleh suamiku sekarang.. Alhamdulillah Allah jodohkan dengan keluarga yang baik dan suami yang jauh lebih baik.

Kepada pembaca yang mungkin mengenali Squid, ataupun Squid sendiri yang membaca confession ini, terlalu banyak aib yang aku tak ceritakan di sini. Biarlah aib itu antara aku Squid dan family yang tahu. Aku cuma ceritakan lillahitaala yang benar sahaja.

Selepas 2 tahun lebih putus dengan Squid, aku dah unblock semua list dalam fb aku. Tiba tiba one day, ada pm masuk dari Squid. Dia kirimkan gambar seorang perempuan dipeluk lelaki. Katanya itu aku.

Aku hanya tergelak. Dah lupa agaknya muka aku macamna. Entah screenshot video mana yang dia tengok katanya aku kat dalam tu. Siap dengan mengejek “bajet suci”.

Aku katakan pada dia, cukup lah apa yang dah terjadi. Aku taknak ambik tahu pasal apa diri kau. Maruah aku dan keluarga yang dipijak pijak tu aku akan tuntut satu hari nanti. Dengan itu aku tak maafkan kau dunia akhirat.

Thats it.

Aku harap lepas ni takde lah pulak reply confession dari Squid ke atau family dia pulak. Malas nak panjangkan cerita ni karang takut terbukak aib yang tak sepatutnya.

Fullstop. Sekarang ni kami masing masing dengan keluarga sendiri.

Aku berharap sangat orang yang berpelajaran tinggi, keluarga yang well educated lah kiranya ni jangan mendongak kelangit. Selalu lah merendah diri bukannya merendahkan orang lain. Buat mak mak jangan banyak sangat tengok sinteron dengan drama megah holdings.

– Sandy tak tengok sinetron

– Sandy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *