Assalamualaikum. Sebelum ni aku pernah confess di sini. Dah tak ingat tajuk apa. “Memendam rasa” mungkin.
Kisah aku adalah tentang perasaan yang sudah lama aku pendam terhadap kawan seuniversiti aku.
Setelah tamat pengajian pun, masih saja aku teringatkan dia. Entah lah. Penat rasanya memendam rasa.
Penulisan aku yang sebelum ni ramai yang komen untuk suruh aku bagitahu saja dia tentang perasaan aku. Ramai kata, “confess je, bukan nak jumpa dah pun”.
And guess what?. Aku buat. Hahahaha. Tu pun bersebab. Bukan saja-saja ya. Semuanya disebabkan ada orang yang nak masuk meminang aku. Walhal hati aku masih pada si dia.
Bertahun aku simpan perasaan ni. Tapi jawapan aku dapat daripada dia adalah sesuatu yang aku sendiri tak pasti.
Katanya, dia masih belum bersedia untuk menginjak ke alam perkahwinan disebabkan oleh beberapa hal.
Disebabkan itu, aku matikan persoalan aku. Dia belum bersedia. Tapi setidaknya aku tahu dia masib belum berpunya. Aku menyepi selama hampir 6 bulan. Tapi pada masa yang sama aku ‘stalk’ je dia.
Dalam tempoh tu aku berdoa “Ya Allah, jika ditakdirkan dia adalah untukku, hadirkan rasa yang sama yang aku rasakan untuk dia, tapi jika dia bukan ditakdirkan untuk aku, hadirkan seseorang yang terbaik buat aku dan dia”.
Dan alhamdulillah, aku dapat tahu dia dah selamat nikah hari raya haritu. Tahniah. Allah dah makbulkan salah satu doa aku.
Buat masa ni, hati aku terasa berat.. Berat sangat. Pelbagai persoalan timbul di akal fikiran aku. Doakan aku untuk terus maju.
Insyaa Allah, aku doakan yang terbaik untuk dia. Buat masa ni, aku menjauh daripada dia, menghilangkan diri. Bukan tanda benci. Tapi mengubat diri. Dia dah bahagia, dan kenapa aku memilih untuk bersedih.
Cinta Allah juga yang kekal abadi.
Assalamualaikum.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit