Terhimpit Perasaan

Assalamualaikum semua, terima kasih kepada admin yang approved cerita “kerana gerai burger” yg lalu. Saya terima maklum balas komen komen anda. Saya amat hargai. Terima kasih.

Kat sini nak sambung sikit selepas kejadian belanja egg benjo kt budak budak tu semua. Saya lebih berhati hati dan cuba lebih peka dengan keadaan sekeliling. Tidak semua memerlukan bantuan dan ada juga yang malu meminta bantuan.

Saya penghuni flat, andai anda pernah atau sedang menetap di rumah flat mesti ramainya penduduk. Macam macam karenah dan perangai. Lagi lagi kalau banyak tingkat.

Saya masih terkenang satu situasi yang kekal dalam memori.

Anak yg sulung baru masuk Darjah 1 tahun itu, adalah rutin saya hantar sendiri ke sekolah. Setiap awal pagi lebih kurang 6.45pagi kami akan turun dari flat. Awal pagi memang agak gelap sikit. Jarak perjalanan tak jauh cuma 4km sahaja. Bezanya ialah bahayanya perjalanan tersebut disebabkan kesesakan lalu lintas. Bererti jalan besar yg saya maksudkan.

Setiap hari ketika perjalanan kami ke sekolah, saya mesti akan nampak sekumpulan budak budak flat berjalan kaki bersendirian ke sekolah. Tanpa ditemani oleh orang dewasa. Saya cam budak budak flat. Kebanyakkan budak budak lain akan naik van sekolah ataupun naik kenderaan sendiri. Tetapi mereka ini berjalan sendirian. Mereka terdiri dari 1kakak dan 2 adik kecil.

Tapi pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati hati, maka saya kuatkan semangat agar penyakit sintom “mak mak” tidak menyerang. Buat tak nampak dan terus tekan minyak jalan sahaja di kesesakan kiri kanan jalan.

Ditakdirkan suatu hari hujan lebat. Time nak turun flat terserempak dgn budak budak tu dalam lif. Tak ada payung, tak ada baju lapik apa apa. Saya try skodeng tepi beg or kt mana mana, mmg budak budak tu tak ada payung. Confirm!!

Dah sampai tingkat bawah, saya tunggu sekejap nak tengok budak budak tu buat apa. Mereka masing masing keluarkan beg plastik kecil tutup kepala. Badan, beg lain lain masih tidak ditutupi dgn apa apa.

Jiwa memeronta, hati “mak mak” mula memberontak, time tu dah hampir pukul 7pagi. Ikut budget masa saya ketika itu dah lambat, nanti masuk office pun akan lewat. Saya terus tanya kt budak budak tu

“Mak dgn bapak tak dak ka kt rumah? Sapa hantar cheq pi sekolah nie? ”

“Ayah ada rumah, baru balik kerja malam. Mak tgh bersiap nak pi kerja. Kami pi sendiri macam biasa”….

“Laaa kan hujan lebat nie, kena suruh sapa sapa hantaq la. Nanti cheq basah… ”

“Tak mau, kami dah biasa. Lagipun satgi ayah marah. Ayah suruh kakak jaga dan pi sendiri… ”

Arrrkkhhhh, awat tak pi hantaq Cik kak Cik Abang oiii. Hujan lebat gila nieh… Saya mmg dah hot time tu (terbakaq tau terbakaq) .. Perasaan bercampur baur nak tolong hantarkan atau tidak. Nanti jadi apa apa saya jugak disalahkan. Issshhh serabut!

Last budak budak tu jalan kaki dalam hujan juga.. Saya still tercengang seketika. Tak tahu nak sumbang pertolongan macam mana lalu saya putuskan ikut (convoy) dari belakang.

Sebab saya buat macam tu kerana time tu hujan lebat, langit still agak gelap.. Kenderaan dan moto banyak. Saya ikut belakang perlahan lahan sambil suluh lampu kereta dijalan. Untuk mengelakkan ada lopak air or apa apa yg mendatangkan kemudaratan kepada mereka.

Dalam hati hanya Tuhan lebih mengerti, betapa sedihnya saya. Ragu ragu dalam memberi pertolongan. Cuma bantu sedaya yg mampu sahaja sambil diri melindungi diri sendiri.

Kepada Ibu bapa jengguk jengguk la anak sendiri, saya faham betapa sibuknya anda mencari rezeki sehingga terlalu berdikarinya anak anak anda

Tiada kesalahan untuk mengajar anak berdikari tetapi perlu bersesuaian dgn keadaan sekeliling dan peringkat umur. Awal pagi jalan terlalu sesak, anak anda melintas jalan sendirian menuju ke sekolah.

Ada pasangan lain yg tidak dikurniakan cahaya mata dan betapa mereka sanggup lakukan apa sahaja jika diberikan peluang.

Lagipun zaman sekarang tidak sama dgn zaman kita membesar. Jangan bandingkan dulu dan sekarang. Zaman la ada pedofile, ada van putih, ada kes samun, ada orang gila tu semua tak kira kes kes kemalangan jalan raya terutamanya pejalan kaki. Sendiri kena pikir na….

Takkan tu pun kena habaq..

– choki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit