Assalamualaikum. Nama aku Lulu. Sudah berkahwin, ada anak.
Nak dijadikan cerita, selepas PKP berakhir, keluarga kecil kami diuji dari segi kewangan. Semasa diuji, datanglah kakak Ipar (kakak kepada suami) menolong (dari segi kewangan).
Untuk pengetahuan semua, kakak ipar aku ini bujang dan berumur hampir 50 tahun dan duduk sendiri berhampiran taman perumahan kami ini juga.
Nak dijadikan cerita, sejak kakak ipar banyak membantu, aku dah keluarga kecil aku makin hari makin jadi tersepit.
Antara sebab-sebabnya: Apa-apa pergerakan/aktiviti kami sekeluarga, kami perlu (dah macam wajib sebenarnya) nak kena bagitau kepada kakak ipar.
Nak bergerak kemana-mana mesti kami kena pelawa or memberitahu kakak ipar terlebih dahulu. Tak kiralah hanya nak pergi beli barang-barang dapur, hendak pergi makan atau nak bawa anak-anak bersiar-siar kemana-mana.
Kami seperti dipaksa memberitahu/mengajak kakak ipar kerana jika tak ajak/beritahu, dikemudian hari nanti kami akan ditanya (dipersoalkan).
Nanti adalah soalan (dengan air muka tak senang). Soalan dia, bila pergi, kenapa tak ajak? etc.
Dan kadang-kadang aku perasan, bila ada apa-apa yang dia tak puas hati kakak ipar akan diam lama (mungkin berkecil hati disebabkan kami terlupa nak ajak/tanya beliau).
Belum lagi seminggu 2-3 kali kakak ipar bertandang di rumah kami (sampai malam hari). Akulah yang perlu melayan makan minum beliau selagi beliau tidak balik.
Disebabkan kakak ipar jenis suka datang bertandang tak kira masa (ikut bila-bila yang dia suka atau free), jadinya setiap kali aku nak memasak, mesti aku kena masak lebih. Sebab takut tiba-tiba kakak ipar datang nanti tiada apa makanan yang nak dihidang.
Tapi itulah, kalau kakak ipar datang, makanan habis, kalau tak, membazirlah jadinya.
Tu belum setiap kali masak aku kena masak ikut menu beliau. Sebab beliau jenis banyak benda tak suka atau tak makan.
Selain itu, di rumah setiap kali hari cuti (diulang, setiap kali hari cuti), mesti kakak ipar akan bertanya/menelefon kami dan bertanya kemana kami pergi,
Dan jika kami duduk di rumah sahaja, kakak ipar akan mengajak kami pergi jalan-jalan (kemana-mana yang kakak ipar nak pergi). Dengan alasan kakak ipar akan belanja semuanya.
Nak taknnak kami terpaksa juga mengikutnya (sebab takut kakak ipar berkecil hati).
Sebelum kami, sebenarnya dengan adik yang lagi seorang (adik perempuan kepada suami) pun kakak ipar buat begitau.
Jadi boleh nampak sekarang adik ipar saya (adik perempuan suami dan kakak ipar) sekeluarga selalu “melarikan diri” (lagi-lagi bila hari cuti), supaya tak perlu melayan kehendak kakak/makcik mereka.
Disebabkan itu, kakak Ipar kadang-kadang terluah kata. Katanya “masa susah dulu siapalah yang banyak tolong blablabla”.
Merujuk kepada dirinya yang banyak menolong adiknya dahulu, tapi adiknya tak ingatkan beliau.
Untuk pengetahuan semua, kakak ipar aku ni seorang yang baik, sejenis tak berkira. Cuma kadang-kadang dia ada mood yang kita perlu ikut dan aku juga perasan, kakak ipar tak memahami privasi hidup masing-masing.
Aku pula sejenis tak sampai hati menolak (lagi-lagi sebab kakak ipar dah banyak menolong kami),
Tapi pada masa yang sama aku juga tertekan kerana perlu attached dengan kakak ipar, dan aku juga penat kerana setiap kali hari cuti, mesti kakak ipar mengajak keluar berjalan.
Nak menolak nanti dikatakan tak kenang budi dan tak menghargai.
Tapi percayalah, walaupun aku faham mungkin kakak ipar aku jadi macam ni disebabkan dia kesunyian tapi aku nak juga masa untuk aku dan keluarga kecil aku sendiri.
Dua minggu lepas pun kami dah tolak pelawaan dia ajak keluar pada hari cuti (dua hari berturut-turut). Selepas tu dia dah senyap tak datang rumah kami nak dua minggu.
Aku dah buat keputusan nak start ignore kakak ipar. Tapi tulah, perasaan yang selama ni aku tak suka bila aku ignored seseorang, selepas tu mesti aku yang rasa bersalah sangat-sangat.
Jadi apa pendapat anda semua?
– Lulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit