Assalamualaikum para pembaca, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Terima kasih admin kerana siarkan coretan ini.
Saya pembaca tegar kisah2 di page ini sebab dari dulu lagi saya memang suka baca dan mengikuti page2 berkaitan realiti kehidupan berbanding novel.
Selalu saya jadi pembaca tegar dan baca komen je, malam ni terasa nak buat coretan sempena ulangtahun kelahiran suami tercinta.
Sedikit pengenalan diri, saya berumur akhir 30an, bekerja dan alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata serta tempoh perkahwinan lebih sedekad. Saya & suami berkenalan semasa di IPT.
Kali pertama saya terpandang suami, saya admire dengan penampilan dia yang saya nampak kemas.
Suami juga nampak seperti seorang yang pendiam tapi bila bentangkan apa2 tugasan nampak berkebolehan dan boleh juga melawak. Sememangnya ada ciri2 lelaki idaman saya, hihi.
Tapi perasaan saya ketika tu hanya saya & Allah saja yang tahu memandangkan saya seorang yang susah untuk memulakan perkenalan dengan lain jantina dari zaman sekolah lagi. Kawan perempuan sahaja mudah untuk saya dekati.
Sehinggalah satu hari, betapa berbunga2nya hati saya bila suami hulurkan salam perkenalan.
Sehingga kini saya masih dapat rasakan perasaan saya ketika itu. Semakin saya mengenali suami, semakin hati saya jatuh cinta dengannya.
Suami seorang yang sangat menjaga hubungan kami, gentleman, penyabar, sentiasa berlemah lembut dan peramah bila bertemu keluarga saya.
Selesai sambung pengajian & bekerja, atas restu orang tua kedua belah keluarga kami berkahwin selepas hampir 8 tahun juga kami mengenali hati budi masing2 termasuklah tempoh bertunang.
Kini hampir masuk 2 dekad saya mengenali suami dan berkongsi kehidupan dengan beliau, alhamdulillah saya sentiasa berterima kasih pada Allah untuk perkenalan dan hubungan ini.
Suami masih lagi lelaki yang saya admire dari dulu. Tidak pernah berubah malah lebih baik sebagai seorang suami & ayah.
Suami hampir sempurna di mata saya. Seorang yang bertanggungjawab, semampunya dia akan penuhi keinginan saya & anak2, sentiasa berlemah lembut dalam percakapan,
Masih sangat menjaga hati & perasaan saya sehingga boleh mengalirkan air mata sekiranya saya bersedih, sakit saya juga dialah yang akan jadi tukang urut, tukang bagi ubat & pastikan saya kembali sihat.
Suami juga kekal menghargai saya sepertimana kami dahulu, dialah yang akan jadi orang pertama yang wish hari jadi saya atau anniversary kami.
Apa sahaja pemberian suami terlalu istimewa pada saya. Kerana bagi saya yang penting & berharga adalah usaha beliau untuk buat saya happy.
Suami juga masih ingin bercinta dengan saya, dia akan ajak saya ambil cuti untuk dating berdua bila anak2 sekolah, tangannya juga tidak akan lepas dari pegang tangan saya ketika kami berjalan2 & bersembang tanpa henti.
Ya, inilah yang paling penting bagi saya, komunikasi. Suami mendidik saya supaya kami tidak menghadap hp bila bersama. Suami beritahu hp bila2 kita boleh tengok.
Jadi sehingga kini saya sudah terbiasa, bila bersama kami tidak akan tengok hp kecuali ada perkara penting untuk dibalas. Dalam rumah, kereta mahupun di kedai makan, akan ada sahaja perkara yang hendak disembangkan.
Bila sudah terbiasa begini, jika berlaku salah paham atau saya merajuk berdiam diri suami akan pastikan juga kami selesaikan segera & keadaan kembali seperti sediakala.
Sekiranya dulu saya seorang yang keras hati, kuat merajuk & sukar untuk meluah jika berlaku apa2 tapi kini totally berubah disebabkan sikap suami yang penyabar dan sentiasa berlemah lembut dalam mendidik. Saya sendiri lupa bila kali terakhir saya merajuk dengan suami.
Suami juga ayah yang bertanggungjawab dan boleh dikatakan urusan anak2 90% suami akan uruskan. Melihat suami begitu sayang & attach dengan anak2 buatkan saya selalu bersyukur lahirkan zuriat untuk dia.
Disebabkan suami berusaha jadi yang suami & ayah yang sempurna, saya sebolehnya juga cuba menjadi yang terbaik untuk suami.
Segala haknya saya akan tunaikan, masak sedap2 ikut selera dia & pastikan rumah dalam keadaan terurus supaya kami sama2 sentiasa selesa.
Bab urusan rumah saya tiada masalah untuk selesaikan kerana suami seorang yang ringan tulang, bab buang sampah tak perlu disuruh, basuh baju juga suami yang akan bantu.
Bab kekemasan serah kepada saya, sebab saya seorang yang agak teliti, kalau suami buat saya tetap akan buat semula, hihi.
Tiada rumahtangga yang tidak diuji, kami juga tidak terlepas. Namun apa saja yang kami hadapi sehingga kini sama2 kami tempuh, sekiranya ada masalah sama2 segera selesaikan & sentiasa support satu sama lain bila salah seorang down.
Sempena ulangtahun kelahiran suami tahun ini, mohon semua pembaca doakan supaya suami saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadat, dipanjangkan usia, dimurahkan & diperluaskan rezeki dan bahagia di dunia akhirat ya semua.
Semoga doa2 kalian juga berbalik pada semua. Aamiin.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit