Terima Kasih Akak

Assalamualaikum

Firstly terima kasih admin sudi siarkan confession aku. Terbuka hati nk confess slps terbaca confession “oh, my mak mertua!” Oh kakak yg confess sebenarnya kau byk kelemahan tapi kau tak pandang kelemahan kau dan tak cuba perbetulkan diri kau . come on kakak , dh besarkan kan? Tolonglah pandai² bwk diri yer . bkn itu topik aku act , topik aku pasal kakak² iparku

Aku anak bongsu , anak tunggal perempuan dan siblings aku semuanya lelaki , ada 3 abg , 2 org dh berumah tangga dan sorg lagi masih single but not available. Alhamdulilah aku dpt dua org kak ipar yg mempunyai ciri-ciri menantu pilihan. Acewahh. Alkisahnya begini, time diorg couple dgn abg² aku, diorg rajin bertandang ke rumah aku , tanya khabar mak, tanya perkembangan aku , study mcm mana? Duit cukup ke tidak? Walaupun diorg org kampung , diorg tak kedekut okayy. Walaupun busy dgn kerja masing² diorg xpenah lupa jenguk mak aku , diorg pun rajin turun dapur , borak² dgn mak and tolong apa yg patut. Makin lama makin akrab relay kitorg one family dgn dua org kak ipar ni.

Bila diorg dh berkahwen dgn abg² aku, diorg bawa abg² aku stay rumah diorg sbb mak diorg ibu tunggal. Mak aku dlm keadaan kerana terpaksa kurelakan dgn seikhlas hati melepaskan kedua² anak terunanya . alhamdulilah diorg tak lupa balik rumah mak aku bila hujung minggu , malah selalu ajak mak aku keluar picnic , holiday , pegi kenduri , jalan-jalan makan angin dan sebagainya. Bila weekends diorg berkampung di rumah aku . mmg meriah habis since diorg mmg rapat dgn mak aku sejak diorg couple dgn abg² aku lagi. Rajin sgt diorg turun ke dapur tolong masak itu ini , tanpa disuruh okay diorg buat semua tu sbb tahu mmg tugas org perempuan mcmtu.. Alhamdulilah setakat ni tak pernah lagi nampak kakak ipar aku hadap phone 24 jam , berkurung dlm bilik. Kakak ipar aku yg sorg tu dia tak pandai masak, tapi dia still tunjuk muka dkt dapor , tolong buat air , cuci pinggan mangkuk , hiris bawang , siang ikan dll. Mak aku cukup suka lah ada peneman dia di dapur.

Kedua-dua kak iparku masing² mempunyai sorg cahaya mata. Bila balik rumah aku , rasa riuh dgn bdk2 kecik yg baru boleh berjalan dan merangkak ni. Mak aku terhibur dgn telatah cucu dia. Eventho diorg dh ada ank, diorg tak lupa nk tolong mak aku dkt dapur. Sebelum balik , mesti diorg kemaskan rumah sbb anak diorg yg sepahkan. Dalam WhatsApp group family mmg riuh dgn kakak ipar saja yg everyday sampaikan perkembangan anak diorg. Tumbuh gigi, pandai bertatih , pandai merangkak , meniarap dll. Peramah sungguh kakak ipar aku.

Relay aku dgn kakak ipar pada mulanya dingin. Huhu. Ya lah aku mana pernah rasa ada kakak plus aku ni pemalu + pendiam + tak pandai bergaul sbb time tu aku still in form2-3 . skrg dh 20an so dah masuk air dgn kakak ipar. Hahaha. Act diorg yg pandai ambik hati aku. Diorg selalu masuk ke bilik aku berborak dgn aku , beli baju , bear , buku² latihan dll. Salah satu taktik nk pikat adik ipar maybe. Aku mulanya mcm malu-malu kucing lah and last² aku pun mula tunjuk perangai sebenar aku yg gila-gila nih. Diorg lah tempat aku berkongsi kasih , cerita hal peribadi , hal kolej , masalah duit dan byk lagi lah. Rasa mcm ada kakak kandung wehh.. Terharu

In conclusion , aku berterima kasih kpd Allah sbb hadirkan dua org kakak ipar ni yg menjadi penyeri kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih kpd abg² aku yg pandai pilih isteri dan akhir sekali terima kasih kakak-kakak iparku. I love uolls. Do tag your sis in law gais

Sekian . assalamualaikum

– Adik ipar paling comel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit