Nama aku Ann berumur awal 30-an. Aku lahir dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai enam orang adik beradik; lima abang, satu kakak dan aku anak bongsu. Keluarga aku seperti keluarga biasa, mempunyai pergaduhan, mempunyai saat manis. A normal family. Aku mulakan kisah ini pada waktu setelah aku tamat pengajian di sebuah universiti awam.Pada waktu itu aku menumpang di rumah dua pupu aku di KL. Siang hari aku mencari kerja, malam aku pergi ke kelas-kelas agama atau part time di warung-warung.
Aku lebih suka tinggal di KL kerana aku mudah mengikuti kelas-kelas tertentu berbanding di kampung. Aku tak pernah teringin untuk bekerja di kampung. Setiap pagi aku keluar untuk mencari kerja dan juga menghadiri temu duga. Banyak jemputan temu duga yg aku dapat namun tiada satu pun yang sangkut. Pasal aku cari kerja ni memang panjang, dipendekkan cerita suatu hari aku terima surat menyatakan aku lulus temu duga jadi cikgu dan akan ditempatkan mengajar kat kampung aku.
Sumpah aku rasa berat hati dan kecewa. Sebolehnya aku tak mahu balik lebih-lebih lagi keluarga aku sedang berbalah. Aku lemas untuk menghadapi semua itu. Ya aku pengecut untuk menghadapi situasi itu. Hati aku tak tahan menerima kata-kata yang memburukkan sesama sendiri. Namun apa daya, kerja kat KL pun tak dapat, duit simpanan pula dah semakin sedikit. Nak harap gaji aku part time kat warung, tak lepas kos sara hidup aku kat sini. Jadi, aku pun balik kampung.
Yiihaa kepulangan aku di rumah itu disambut dengan persembangan perang mulut adik beradik aku, mak aku dengan ayah aku. Aku ? sebolehnya cuba nak menghalimunankan diri dan buat-buat tak dengar. Setiap minggu ada sahaja yang tak kena. Sehinggalah suatu masa, ayah aku sakit. Kami adik beradik take turn jaga ayah di hospital. Hubungan kami kembali baik. Apabila ayah sembuh, ayah aku buat ikut kepala dia dan adik beradik aku serta mak aku naik angin la. Adik beradik dan mak aku kata ayah aku ni ada hubungan dengan perempuan.
Ayah aku pula menafikan. Secara jujur aku tak pernah rasa ayah aku ni main perempuan. Bagi aku masalah ni sebab apa tau ? ego dan emosi. Ayah aku dgn ego yg melangit, the other side (abag2 dan mak aku) dgn emosi mereka sehingga sanggup nak menikam orang. Suara aku ? aku masih dianggap budak kecil dlm keluarga ni walhal aku dah 26 tahun kot. Aku pernah bagitahu pendapat aku, mereka semua tak terima. Mereka kata aku ni terlalu lembut, kalau buat cara yg aku cadangkan seolah-seolah bagi ayah aku menang. Gila !! Ini bukan pasal siapa menang, siapa kalah, siapa salah, siapa betul. Setiap kali aku nyatakan pendapat, mereka akan kata aku ni menyebelahi pihak yg satu lagi.
Mak aku kata aku sebelahi ayah, ayah kata aku ni sebelahi mak dan abang-abang. Lepas tu boleh pulak abang-abang aku tuduh aku ni tali barut ayah aku, ayah aku pulak kata aku ni mata-mata mak aku. Weh, wtf weh.. Sebab aku kena tuduh aku mata-mata emak, aku keluar dari rumah ayah aku dan tinggal sendiri kat rumah sewa. Mak aku ? dia memang tinggal asing rumah dgn ayah. Semenjak itu aku tak nak kata apa-apa aku cuma fikir nak layan mak dan ayah aku mcm biasa. Perselisihan faham antara mereka masih berterusan, ibarat cerita sinetron yang panjangnya beratus-ratus episod. Hubungan aku dengan abang aku pun renggang sebab aku jarang nak duk sembang dgn mereka sebab aku panas telinga bila mereka mengumpat ayah aku (ayah mereka jugak). Dengan ayah pulak, aku selalu jenguk dia 2/3 kali seminggu. Jenguk sihat ke tak, makan minum dia.
Pernah aku masak makan malam untuk ayah, ayah aku berdiri sebelah aku sepanjang aku masak. Dia perati betul-betul aku masak. Aku pelik juga tapi tak kisah sangat. At the end, ayah aku tak nak makan masakan aku sebab dia takut aku buh racun atau sihir. Macam mana aku tahu ? Aku dengar dia cakap kat pekerja dia. Sedih jugak lah tapi aku tak menangis sebab aku memang dah tahu cara berfikir ayah aku ni negatif. Pasal abang-abang aku pun dia tak pernah berprasangka baik. Bagi dia, abang-abang aku ni semua berpura-pura baik. Selepas kejadian tu aku tak pernah masak utk ayah, aku just datang jenguk. Sakit hati tu memang lah, tapi aku masih sedar aku ni anak dia.
Suatu pagi, aku pergi rumah ayah sebelum nak ke sekolah. Ayah aku terlentang je kat katil. Sakit teruk. Aku terkejut. Dia merayu kat aku untuk hantar dia ke hospital. Ayah aku ni degil untuk ke hospital, bila dia sendiri minta hantar, maksudnya dia memang dah tak tahan sangat sakit tu. Aku pun cakap lah aku akan hantar. Aku pergi menghadap setiap abang aku untuk teman aku hantar ayah sebab ayah perlu diangkat dan perlu dijaga dlm kereta. Semua mereka tak nak hantar ayah aku. Aku sedih gile time tu tapi aku kuatkan hati. Tak pe, biar aku sorang-sorang hantar ayah aku. Pekerja lelaki ayah yg duduk ayah turun dari rumah dan masukkan ke dalam kereta.
Aku nangis time tu tengok ayah aku macam tu. Aku pun drive dari kampung ke ibu negeri sebab ubat ayah aku hanya ada kat hospital besar kat ibu negeri je. Aku drive selama tujuh jam, ayah aku menderita selama tujuh jam dalam kereta. Kekadang aku singgah tepi jalan untuk betulkan kedudukan ayah aku. Ayah aku tak mampu nak angkat diri dia pun, so klu kat kona ayah aku akan tersenget. Sampai kat emergency, ayah aku terus dimasukkan di red zone. Aku tunggu kat luar sampai tengah malam. Doktor keluar kata ayah aku kritikal, katil kat wad tak de yang kosong so ayah akan dirawat di bahagian red zone. Selama dua malam aku tidur kat lantar sejuk, kekadang kat kerusi. Mandi kat toilet.
AKu tak tidur hotel sebab tak nak tinggalkan ayah aku. Aku standby kalua doktor cari, mudah. Setiap pagi aku akan lap badan ayah aku, potong kuku ayah, cukur kumis dan janggut ayah, sisirkan rambut ayah. Masa aku nak cukur kumis ayah, dia tuduh aku nak buunuh dia. Aku cakap, klu aku nak bunuh ayah aku tak hanatr ayah ke hospital baru dia benarkan aku cukur kumis dan janggut. Sedih wey hati time tu. Setiap kali aku masuk jenguk ayah, dia akan cakap kat aku, jangan tinggalkan dia. Aku kata aku tak akan tinggalkan ayah, aku ada kat luar sebab aku tak dibenarkan stay kat situ. Setiap sejam aku akan masuk jenguk ayah. Aku dibenarkan jenguk ayah bila-bila masa je. Syukur.
Hari kedua, ayah selalu minta belikan makanan dan minuman. Aku gembira sebab ayah ada selera nak makan. Setiap kali aku masuk lawat ayah, dia akan minta aku suruh aku call semua abang-abang aku, mak aku, kata dia nak jumpa. Aku sebak, aku cakap kat ayah mereka marah kat ayah, jangan lah fikir mereka lagi, saya kan ada. Tapi ayah tak pernah putus asa, dia asyik minta aku call mereka suruh datang, dia nak jumpa.Petang tu aku call abang2 aku, sorang pun tak nak datang. Lepas call tu aku nanges weh, sampai hati mereka buat macam tu. Aku lawat lagi ayah lepas tu, masih permintaan yang sama. Aku kata, “dah call, nanti mereka datang”. Ayah kata “bagitahu mereka, ayah minta maaf”. Aku nanges kat tepi ayah aku. Aku cakap sambil belai kepala ayah “tak apa, saya ada, Ann ada, jangan risau, saya Ann ada, anak ayah”. Semenjak itu ayah tak pernah lagi minta aku call mereka.
Hari ketiga, pagi-pagi aku masuk ke zone merah, nak bersihkan ayah. Aku tengok katil ayah aku dah tiada pesakit. Aku cari di setiap katil, tiada kelibat ayah. Aku tanya nurse, nurse tu pulak tanya nurse lain. Ayah aku telah dihantar ke wad ICU di tingkat tiga. Aku terus naik lif ke tingkat tiga. Pengawal pulak tak bagi aku masuk sebab bukan waktu melawat. Bertekak aku dgn pengawal tu. Tengah tengah aku bertekak tu keluar sorang doktor, aku terus merayu kat doktor tu minta benarkan aku masuk.
Aku bagi tahu nama ayah, baru je dihantar ke ICU, dia bgtahu pengawal benarkan aku masuk sebab dia baru je rawat ayah aku kat dalam tadi. Walaupun ayah aku kat wad ICU tapi katil dia tak dicampurkan dengan orang lain. Ayah aku dalam bilik khas dikuarantinkan. Masuk je bilik tu, aku panik sebab tengok banyak wayar dibadan ayah dan ayah aku dipasangkan bantuan pernafasan. Ayah aku tak sedarkan diri. Nurse yg jaga ayah aku kata doktor pakar nak jumpa waris iaitu aku. Doktor terangkan keadaan ayah aku, yg aku faham ayah aku tenat. Aku curi curi rakam video ayah, dan hantar kat salah seorang abang.
Lepas tu aku call untuk mereka datang jumpa ayah. Alhamdulillah mereka datang, tapi sehari je, lepas tu mereka balik. Aku sabar je dalam hati. Pengetua pula call aku tanya aku sampai bila cuti ? Aku cakap tak pasti sebab doktor pakar pun tak boleh jangka berapa lama ayah berada dalam ward. Aku ambil cuti tanpa gaji walaupun aku tak sah jawatan lagi. Dah dua minggu ayah di ICU, sekali lagi doktor hendak berjumpa aku. Kali ni doktor keadaan ayah sangat tenat dan dia terangkan apa yg bakal mereka lakukan sekiranya jantung ayah berhenti. Mereka tanya persetujuan aku. Aku mengiyakan. Doktor cakap kat aku, ibu mana ? saya kata ada sibuk. Dia tanya anak-anak mana ? aku kata sayalah anak dia. Doktor tanya adik beradik awak ?
Mata aku dah berkaca. Aku tak mampu jawab. Doktor cakap kat aku, beritahu saudara mara terdekat untuk datang lawat ayah, minta anak-anak dia semua datang, minta ahli keluarga berkumpul. Aku tak mampu tahan lagi, aku terus menangis teresak-esak. Doktor tu pesan, jangan tanggung beban berita ni sendiri. Aku call abang-abang utk sampaikan apa yg doktor beritahu. Petang tu, aku lawat ayah dari jam 2 hingga jam 4. Jam 4 aku disuruh keluar kerana masa melawat telah tamat. Aku turun ke ground level dan duduk di kerusi, menghela nafas panjang. Berat sekali rasa didada. Entah macam macam mana aku tertidur duduk di kerusi itu. Tiba-tiba aku dengar suara ayah panggil nama aku. Aku separa sedar dan masih dengar suara ayah “Ann, bangun anakku, bangun”. Aku terjaga dan bergegas ke lift. Sampai kat tingkat tiga, aku redah je masuk walaupun masa melawat dah tamat. Aku sampai je aku terus tengok mesin yg menunjukkan kadar oksigen ayah hanya 60% sahaja.
Aku bacakan ayah Yassin dalam keadaan suara aku bergetar-getar. Yassin tak habis aku baca aku rapat ke telinga ayah minta ayah ikut kalimah “lailaha illallah, Muhammad rasulullah”. Aku ulang berkali kali sehingga sekumpulan nurse dan doktor menerpa ke bilik ayah. Aku disuruh menunggu di luar. Aku melangkah keluar dalam keadaan menggigil takut. Aku berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah, selamatkan ayah aku, selamatkan ayah aku. Aku cuba membaca Yassin tapi suara aku tak terkeluarkan. Suarah Yassin aku peluk dan rapatkan ke dada sambil menangis. Doktor keluar berjumpa aku, dia menerangkan mereka dah buat CPR tp jantung ayah tak berdenyut kembali, dia minta keputusan aku utk cuba CPR sekali lagi tapi berisiko tulang dada ayah akan retak atau patah. Aku jawab terketar-ketar, “teruskan CPR”. Aku kat depan bilik ayah, bersujud sssambil berdoa, selamat ayah aku Ya Allah, selamatkan dia Ya Allah, aku merayu ya Allah, selamatkan ayah aku Ya Allah. Doktor keluar kali kedua, memegang bahuku yang tengah bersujud.
Aku terus berdiri dan menyeka air mata, cuba senyum kepada doktor berharap berita gembira. Doktor memberitahu dia sudah cuba sedaya upaya dan memberitahu jam kematian ayah kepada ku. Dia meminta maaf, aku menjawab, “it’s ok, Tuhan nak ambil balik hakNya”.Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh cakap macam tu. Aku masuk ke bilik ayah, dipakaikan pakaian khas, aku membersihkan jenazah ayah bersama-sama nurse. Aku pesan kepada nurse, minta mereka sapu badan ayah aku selembut-lembutnya sebab ayah aku baru je merasakan sakaratulmaut. Kemudian aku ambil kapas, aku lap kaki ayah sambil berdoa “Ya Allah gugurkanlah segala dosa di kaki ini kerana kaki inilah yang melangkah mencari rezeki untuk kami”. Kemudian aku lap tangan ayah dan berdoa “ Ya Allah gugurkanlah segala dosa dari tangan ini kerana tangan inilah yang berkeja mencari rezeki untuk kami, tangan ini yang membelai kami, tangan ini yang melindungi kami”.
Aku lap muka ayah, berdoa “Ya Allah gugurkanlah segala dosa dari muka ayah ku kerana muka inilah yang memandang kami dgn kasih sayang, dahi inilah yang berkerut memikirkan masalah, mulut inilah yang memberikan nasihat”. Nurse mengiringkan badan ayah, aku lap belakang ayah dan berdoa “Ya Allah, gugurkanlah segala dosa daripada belakang ayah kerana bahu inilah yang memikul amanah membesarkan kami, menanggung kerja-kerja berat mencari rezeki”. Sepanjang pengurusan jenazah ayah di hospital, ada rakan-rakan ku yang melawat, aku tersenyum seolah-seolah menyambut tetamu ketika hari Raya. Hatiku dalam penafian besar, otak ku belum dapat memproses peristiwa ini. Jenazah ayah dibawa balik ke kampung. Sepanjang pengebumian aku tak pernah menangis. Aku hanya tersenyum. Ahli keluarga yang lain menangis, aku hanya melihat tanpa perasaan.
Selepas beberapa bulan ayah meninggal. Aku masih melihat kelibat ayah di rumah seolah-olah ayah masih hidup. Apabila aku ke pasar, aku masih membeli buah-buahan kegemaran ayah untuk diberikan kepada ayah. Bila sampai di pintu rumah ayah, peristiwa aku mentalkinkan ayah akan terbayang. Tiada malam aku tak mimpikan ayah. Aku mimpi bersiar-siar dgn ayah, berbual dengan ayah. Mimpi jumpa ayah dihadapan kaabah dan kami berbual-bual. Aku sedar aku bermasalah lalu aku mendapatkan bantuan kaunseling. Sejak itu, aku mengalami masalah sukar tidur. Aku takut untuk tidur kerana apabila bangun, ayah aku tiada. Setelah mendapatkan rawatan, alhamdulillah aku dah boleh tidur.
Kini, sudah 4 tahun ayah tiada, aku masih belum sembuh sepenuhnya. Setiap malam masih mimpi ayah. Tak pernah panggil ayah aku arwah. Beberapa minggu lepas aku menghadiri kursus, seorang cikgu bertanya keadaan ayah. Aku jawab ayah aku alhamdulillah sihat. Lepas daripada itu, baru otakku mengingatkan kembali peristiwa aku mentalkinkan ayah.
Sekarang aku nampak hikmah kenapa Tuhan hantar aku balik sini. Terima kasih Tuhan.
Hargai mak ayah kita. Doakan aku akan okay.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit