Assalamualaikum. Sorilah kalau cerita aku ni cliché, biasa2, tak penting, meleret & so on. Tapi aku, sebagai pembaca tegar confession page ni, rasa aku kena cerita jugak, reasons being are:
1) aku selalu inspired by true stories. Pengalaman orang yang pelbagai buat otak aku berkembang & tengok dunia dari banyak perspektif & aku truly thankful for that. So, aku nak contribute something, dengan harapan boleh benefit walaupun sikit pada siapa2 yang ada kat life phases yang akan aku cerita lepas ni.
2) Aku inspired dengan ayat Quran, “Dan atas nikmat Tuhanmu maka sebutlah..”. Literal meaning macamtulah, nak lebih deep boleh layan Nouman Ali Khan punya tafsir explanation, serious best (Y).
3) History is what makes us today kan. Sebab aku dah start lupa, jadi aku nak tulis untuk aku ingat. Alang2 tu baik share dengan orang lain sekali.
Alhamdulillah, aku ni Allah buat rasa macam2, tapi sikit2 saja, maksudnya not too serious nor too engulfed & stuck for a long time with either one phase. Aku dah lalui macammana rasanya kena dera, depression, gangguan makhluk halus, jatuh cinta too deep dengan orang yang salah, ditikam bertubi2 & too crushed, life tanpa satu cita2 pun & life terlalu banyak cita2 sampai tak tahu nak pilih XD.
Masa aku kecik, aku ni talkative, terlalu friendly satu sekolah aku “hai” kan, geng budak kelas depan & orang pandang aku pandai sebab selalu nombor 1 @ 2 saja. Masa umur 10 tahun, aku stayed dekat rumah makcik dengan sepupu. Konon2 sepanjang bulan puasa nak tolong babysit anak2 kecik makcik aku. Pakcik aku ni, 1st impression aku kat dia, baik, hensem, neat & tidy & ramah-tamah jugak. Sampai aku pun hairan kenapa arwah tok wan aku reject sangat, diorang kahwin tak dapat restu & langsung tak buat belah prempuan. Setakat yang aku ingat, aku pun tak pernah lagi tengok pakcik aku face to face sebelum tu sebab diorang tak pernah balik kampung.
Dua tiga hari aku duduk rumah dia, perlahan-lahan aku mula sedar what kind of person he was. Malam2, lepas babai makcik & sepupu aku, dia akan keluar bawak aku & anak dia 4 tahun konon beli barang. Tengah jalan, dia akan suruh aku duduk depan & anak dia tu tukar ke seat belakang. Lepastu dia akan pukul aku separuh mati tanpa aku tahu apa salah aku kat dia. Sambil dia casually drove.
Bagi aku separuh mati la, sebab aku ni budak perempuan 10 tahun & dia tentera. Sebelah tangan dia bagi penumbuk dekat dada, dekat perut, tarik rambut, hentak kepala aku dekat lutut dia, lempang aku, hentuk kepala aku kat tepi tingkap & dashboard, cekik aku; untuk budak yang dapat kasih sayang penuh dari family, yang ni separuh mati aku. Walaupun mulut & hidung aku pernah berdarah sikit saja, & lebam2 merata, tapi yang ni mungkin terlalu ringan untuk mangsa dera lain, kan? Aku tak pernah kena terajang (sebab dalam kereta), tak pernah kena puntung rokok (sebab dia tak merokok), malam saja (dia kerja siang) & so on.
Perkara yg aku tak tahu satu kesalahan pun, contoh tak pandai masak, diungkit sebagai satu kesalahan yang patut dipukul. Aku menangis, tapi menangis pun kena pukul. Bila berdarah, dia gelak & tanya aku kenapa berdarah. Aku cakaplah sebab pakcik pukul. Makanlah aku sebjik lagi penumbuk dia. & dia ulang2 tanya-belasah aku sampai aku tanya aku patut jawab apa? Dia cakap aku berdarah sebab jatuh. Bila aku jawab yang tu, baru dia stop sekejap sesi tu sebelum masuk sesi tanya-pukul seterusnya. Emotional abuse aku bila makian jadi makanan aku sepanjang jalan. Almost everyday, keluar malam2 untuk dipukul ni jadi suatu rutin aku masa duduk rumah dia. Aku jadi nervous setiap kali nak malam.
Tapi still tak teruk daripada geng mangsa dera lain sebab cuma atas jalan saja semua tu jadi. And aku tak pernah sexually harassed. Bila balik rumah depan orang lain, dia acah2 caring, soft spoken, gentleman yakmat, selalu bergurau senda dengan sepupu aku. Dia ugut nak bunuh aku kalau bagitahu orang lain. Tapi lama2 collection of bruises yang ada kat badan aku ni finally speaks for itself. Bila too obvious tak mampu dah aku nak lindung, too many & sangat tak logik dah untuk orang percaya bila aku bagitahu jatuh, hujung2 truth unveiled itself. Diorang bergaduh teruk, Makcik aku minta maaf, & minta aku jangan bagitahu anyone else esp family. Esp mak. So aku simpan sendiri.
Aku sangat broken, sedih, tak tahu nak explain mcmmna. Almost sebulan saja pun aku duduk rumah diorang, tapi kesannya sgt dalam. Selain sangat2 traumatised dengan dia, aku dah start jadi lain. Aku dah tune down perangai talkative melampau yang buat semua orang kenal aku. Slowly aku dah start tak friendly. Macam ada tembok antara aku dengan orang lain, esp orang yg aku tak kenal. Aku tak percaya & tak minat nak kenal orang asing.
Bila masuk sekolah menengah, orang kenal aku sebagai si pendiam yang takda kawan. Pendiam aku tu sampai tahap boleh kira la sehari aku cakap berapa patah perkataan saja, aku rasa malaikat kiri kanan pun bosan dengan aku. Aku biasanya totally keseorangan dari datang sekolah, rehat sampai balik. Tahap keseorangan aku ni kiranya semua org tahu & jadi stok gelak org keliling.
Masa Ting 2, aku suka beli soya dekat satu gerai kampung aku ni. Suatu hari, ada kemalangan depan gerai ni. Masa aku pergi beli soya, makcik gerai tu tiba2 saja minta aku tolong jaga gerai dia kejap, sebab husband dia bawakkan budak yang kemalangan tu ke hospital, & dia pulak nak mandi, solat & tukar baju dulu. Takda siapa nak jaga gerai dia. Baju dia basah dengan darah masa pangku budak tu. So aku pun tolong jaga & hepi mcm dapat duit raya bila dia bagi aku soya free & benda2 yg dia jual. Esoknya, dia pelawa aku jadi helper tetap dia, dengan gaji & makan minum free selama kat gerai tu.
So, dari Ting 2 sampai Ting 4 (sampai makcik tu tutup terus gerai dia sebab pregnant), memang aku duduk situ la setiap kali balik sekolah. Aku tengok macammana makcik ni bersembang & bergaul dengan orang, gerai dia tu macam centre makcik2 kampung membawang. Awkward sangat mula2, tapi dah kerja kan. Lagipun aku sangat2 suka soya, esp free hihi. Kat sini, aku belajar balik satu skill yang aku dah lupa – macammana nak bergaul dengan orang. Slowly, kat kelas pun aku dah ok sikit; still takkan start apa2 perbualan lagi la, tapi bila orang effort beriya nak kawan, aku dah tak buat donno or let people down dah.
Time ni la starting pointnya aku kenal dengan member2 life-long friendship (insyaAllah) aku sekarang yang mulanya start berkawan dengan aku semata2 sebab kesian sangat tengok betapa takda kawannya aku ni, haha! 1st time sorang member aku ni call rumah, kecoh satu rumah sebab satu family terkejut aku ada kawan rupanya! XD Slowly, hidup start rasa hepi, berbunga2.
Tapi bila masuk Ting 5, things changed. Awal2 aku excited sebab dapat kelas yang sama dengan ramai ahli geng kami walaupun sekolah tu pemilihan kelas random. Tapi tiba2 banyak masalah timbul. Semuanya jadi serentak.
1stly aku nak cakap apa yang jadi dengan diri aku. Aku sangat penat, jantung aku sentiasa berdegup laju walaupun tak buat apa. Kelas kami tingkat paling atas. Bila aku naik tangga masa datang kelas, sampai dekat waktu rehat aku still dalam mode mengambil nafas yg tak cukup masa naik tangga tu. Aku underweight saja pun padahal. Berpeluh. Panas sangat. Aku selalu shaky, nervous.
Tulisan aku hodoh, herot-petot, sebab tangan aku selalu terketar2. Bila minum air, selalu tumpah ke tudung. Aku sentiasa dalam keadaan lapar yang serupa kebuluran dah. Selalunya, aku akan makan dekat rumah dulu, lepastu sampai kelas terus makan bekal dari rumah, sepanjang cikgu mengajar pun curi2 makan, lepastu rehat turun beli makanan lepastu balik sekolah terus terpa makan.
Penat & lapar. Padahal aku tak buat apa2 pun, mcm 70% masa aku kat sekolah, aku tidur. Bila jaga, aku makan. Semua org tahu, cakap & perli yang ni – kawan, classmates, cikgu – semua lah. Aku selalu overslept, jadi selalu terlepas bas & terlambat masuk kelas (antara 7.40 – 8.30 a.m). Kerja sekolah jangan tanya la. Bila macamni, orang keliling esp classmates perempuan meluat sangat dah dengan aku ni. Dipandang sebagai attention seeker, pembawa & pencetus masalah la kiranya. Classmates lelaki pulak terpecah belah kepada beberapa kubu supporters ‘founded’ by beberapa orang yang minat kat aku. Lagi lah yang menyampah bertambah menyampah.
Keadaan serabut kat sekolah. Tapi bukan kat sekolah saja, kat rumah pun sama. Adik beradik yang aku rapat unavailable; samaada study jauh @ too constricted schedule. Memang takdir, start dari awal tahun tu, arwah tok aku duduk dengan kami sebab ada bone fracture & awal tahun tu jugak ayah aku bersara & stay kat rumah. Actually, ada sejarah sikit dengan arwah tok aku ni. Ringkasnya, dia tak suka mak aku & dulu, setiap kali short visit dia ke rumah setel, dia akan komplen pasal mak kat ayah.
Bila dia balik, ayah aku akan pkul mak dengan getah paip, konon2 pengajaran untuk isteri. Kecik2 aku tengok yang ni, tengok mak menangis. Jadi bila besar, aku tak rapat dengan ayah & tak suka dengan tok. Dia selalu salah faham dengan aku lepastu mengadu kat ayah aku bukan2. Lepastu bergaduhlah kami dua & tiga. Dengan abang pulak aku bergaduh sebab dia selalu maki aku pemalas lah apa. Aku jadi sensitive sangat. Emosi tak stabil, aku panas badan & panas hati sekali. Jadi hiduplah aku dengan penuh kebencian siang & malam. Kira kerja aku kat rumah tu bergaduh dengan orang saja. Sampai malas & benci nak jumpa siapa2; makan, minum semua usung masuk dalam bilik tidur.
Kat sekolah, nama aku manjang dekat announcement board, jadi top demerit student setiap bulan. Masalah ni dipandang serious sebab sekolah aku ni sekolah yang paling top dekat negeri aku & antara top SMKA dalam negara. So, macam2 la barisan cikgu disiplin & HEP buat, last resort diorang masukkan aku ke asrama (sekolah aku ni ada hostel untuk student jauh) bagi mengatasi masalah terlepas bas aku. Masuk asrama, classmate perempuan terang2 reject aku untuk sebilik dengan diorang so aku duduk sebilik dengan ramai junior.
Geng aku bukan budak hostel, aku jadi lone ranger balik. Aku stress. Sleep problem aku menjadi2, lebih kronik daripada biasa. Aku suruh roommates gerak tapi at the end aku still terjaga time felo nak kunci pagar hostel almost setiap pagi. So hampir setiap hari aku tak mandi pergi kelas (tak sempat) & tak solat (dah habis waktu). Jadi bila orang ke perhimpunan, aku akan curi2 ke surau, solat subuh gajah aku. Selalu aku skip doa qunut memandangkan ia sunat (muakkad) sebab aku malu kat makcik2 cleaner surau kalau diorang tahu yang aku baru nak solat subuh. Bila aku bagitahu geng yang aku tak sengaja terlepas solat subuh, ada yang cakap kalau hari2 bukan tak sengaja namanya.
Aku sedih sangat2. Atas cadangan member, aku sediakan spray bottle sebelah bantal untuk roommates senang kejutkan aku. Suatu hari aku bangun terkejut, bantal & baju basah & ada ustazah warden dengan ramai orang keliling katil aku. Ustazah tu explained betapa terkejutnya dia, dia guna spray aku tu basuh muka aku 3 kali, & aku nyenyak tidur tanpa ada pergerakan sikit pun. Sampai dia cebok air, jirus muka & badan baru aku tersedar. Yang dia boleh datang dekat aku tu sebab kebetulan dia lalu koridor, dia nampak ramai orang berkumpul kat katil aku, tengah bangunkan aku, that’s why dia joined.
Setiap hari, ada saja benda jadi. Banyak protocol yang orang rasa aku bermasalah, contohnya makan. Aku makan sorang2. Dalam dewan makan yang besar, dengan banyak kerusi & meja makan & sesak dengan students, aku selalu duduk sorang2 satu meja. Lepastu orang tengok kesian takpun meluat, sebab sangat draw attention student lelaki, katanya lah. Roommates aku tak suka la, sebab aku macam ni macam tunjuk diorang kejam tak kisahkan aku budak baru hostel tu. So diorang cakap aku patut join time diorang makan. Tapi bila makan dengan diorang, dahla aku tak tahu nak sembang apa, lepastu aku jenis makan lambat.
Maka berjemaahlah diorang tunjukkan kebosanan tunggu aku makan. Bila aku fed-up nak buang saja makanan sebab rasa bersalah kot kena tunggu, diorang marah pulak aku membazir. Sound aku lain kali janganlah isi banyak2. Masalahnya aku lapar kot, boleh saja aku habiskan, cuma lama, orang lain tak sanggup tunggu. Sekali kena sound ok lah lagi, tapi bila dah ulang2 setiap kali makan dengan diorang aku rimas gilaaa.
Sebab diorang tu budak2 sangat lagi kot, benda kecik yg takda isu pun boleh dipandang serious & aku pernah kena pulau dengan geng junior2 tu. Baru nak berbaik, new event arose buat aku lebih sakit hati. Sebab aku duduk katil atas (double decker) which aku pernah terjatuh ke lantai masa tidur & susah pulak tu orang nak gerak, atas cadangan diorang masa berbaik, aku angkat tilam letak bawah lantai untuk senang diorang kejutkan. Bangun pagi esok, aku tengok semua orang buat muka macam apa ja. Aku tak fikir apa2 lagi, tapi sampai kelas member2 bagitahu yang junior2 ni cakap aku tak malu ke, tidur sampai baju terangkat, bra terangkat, tak malu ke sebab diorang yang pandang pun semua malu… So aku menangis, hari2 aku menangis. Malam2, aku jalan sorang2 ronda keliling sekolah, keliling hostel. Aku rasa runsing.
Aku ingat at least kat kelas aku still ada member yang menghepikn. Tapi tak lama, dengan setiap member rapat aku dalam kelas tu sekali aku bergaduh. Dia macammana eh? Bertubi2. Hari ni sebab ni bergaduh dengan orang ni, esok sebab lain bergaduh dengan lagi sorang pulak & seterusnya. Sebab simple2 saja pun, contoh masa blackout malam, aku tertumpah milo atas meja member aku ni & terkena wrapping paper yang dia sayang. Lagi, aku pinjam novel member lain letak bawah meja aku (kelas kami tak share meja sbb 1 school session saja) & novel tu hilang. Benda kecil, tapi keep piling up.
Kemuncaknya, aku start sakit, aku selalu loya & almost continuously cirit-birit. Suatu hari aku bergaduh besar dengan member2, skip makan & cirit-birit tak berhenti. Malam tu aku call rumah tak dapat2, yang cikgu hostel perempuan takda. Aku dah runsing susah nk solat, bila jumpa felo asyik dapat pil chi kit teck aun, tak berkesan pun. So aku pack barang terus ke bus stop, nak balik rumah, nak solat magrib. Tapi datang cikgu lelaki pk hem & asrama, marah2, suruh aku masuk balik hostel, kalau sakit parents yang mesti datang.
Memang time tu ekor mata aku ni tajam je cari bas, kalau bas datang memang time tu aku lari ja blah tinggal diorang. Nasib tengah kecoh2 tu van catering utk café hostel datang, & pakcik van tu cakap dia boleh hantar aku, siap mengaku lagi dia anak sepupu ayah aku. Aku ingat dia tipu sja. Rupa2nya betul, haha. Dia siap tahu rumah aku mana lagi. Bila balik, depan pintu lagi menangis2 aku tanya mak kenapa tak angkat call, orang ada masalah, dahla takda kawan, kawan sikit yang ada semua cari pasal, lepastu kena marah dengan cikgu.
Orang tunggu lama, mak tak datang, orang tak solat lagi bla3.. mak aku rilek2 ja cakap, “oh.. mmg sekampung ni line telefon tengah problem, ada pokok kelapa timpa wayar telekom. Dah berapa hari dah..” Hm macamtu la kisahnya aku ditendang hostel. Pk hem warning aku diorang masukkan aku ke hostel sebab nak tolong aku, bila aku balik ni aku automatic bukan budak hostel dah.
Bila start, aku tak pasti sebab hidup yang terlalu serabut, tapi lepas berhenti hostel symptom pelik aku semakin ketara. Selain berkurung dalam bilik yang tunggang langgang maha hebat, aku selalu duduk dalam gelap. Langsir tingkap dalam bilik lut cahaya, so aku cover pulak dengan lipatan beberapa jenis selimut tebal. So bilik aku officially 24/7 malam. Sampai orang nak cari aku kena berusaha sikit walau aku tak menyorok pun sebab gelap sangat punya pasal. Habis fasa crit-birit, aku start muntah2, sampai 7-8 kali pun pernah dalam sehari, Dr. siap assume aku pregnant lagi, kurangasam. Aku tidur berbelas2 jam, kalau cuti sekolah & cuti perempuan memang lebih sehari aku tidur saja.
Rasa mengantuk sampai pening2. Bila bangun bukak mata saja, rasa mengantuk dia lagi dahsyat daripada sebelum tidur. Aku solat. Tapi haa… makin menjadi2 aku tertidur dalam solat. Bukan duduk tahiyat saja boleh tertidur ya, aku berdiri baca alfatihah pun boleh terhuyung-hayang sampai banyak kali jatuh tersembam atas sejadah sebab tertidur. Aku cuba lawan, buka mata, tapi dengan buka mata tu pun boleh masuk mimpi terus wei. Orang sujud sahwi sebab tak pasti solat zohor dah buat 4 @ 5 rakaat, aku sujud sahwi sebab tak pasti dah buat 4 @ 5 @ 6 @ 7 @ 8 rakaat!!! Sebab antara rakaat2 tu asyik tertidur… tengah fikir rakaat ke berapa pun boleh tidur. Lepastu bila rasa merepek sangat dah solat aku tu, last2 kena buat semula. Seriously, solat aku diserang teruk time ni.
Selalu aku lupa dah solat ke belum, lepastu kena tanya seisi rumah tangga ada siapa2 tak nampak aku solat. Bila tak pasti tapi tengah panas hati dengan orang kat rumah, aku solat saja, malas nak tanya sesiapa dah. Quran aku slalu avoid baca sebab dia mcm ubat tidur paling dahsyat. Aku baca satu ayat saja aku dah terguling2 tidur kat lantai, tak sempat nak buka telekung dulu ke apa. Masa jadi budak asrama, time paling rimas aku masa orang baca ma’thurat, rasa separuh mati, mengantuk & panas, selalu memang berguling jugakla aku tidur. Ada benda bergerak bawah kulit, kadang2 pergerakan tu siap timbul lagi.
Atas tulang belikat belakang selalu sakit dua2 belah, macam pikul benda yang berat sangat2, sepanjang masa. Sampai ke pangkal tengkuk sakit tu. Ada satu benda lagi yang jadi kat aku setiap kali nak tidur malam, yang mengganggu, dulu aku tak tahu apa. Sekarang baru faham, tapi too confidential aku tak mahu cakap sini. Lepastu ada satu sakit yang aku still tak dapat nak explain exactly sampai sekarang. Dia sakit yang rentap urat saraf/ muscle aku setiap kali aku buat something yang normal saja pun.
Bukannya aktiviti sukan heavy beria pun. Contoh menguap luas2 sambil stretch out mengeliat. Jadi bahagian rahang, dekat atas sightburn, lengan, rusuk & segala yang berkaitan dengan aktiviti tersebut rasa macam direntap sakit untuk beberapa min. Sakit dia pedih macam kena sengat tebuan, tapi sengat tebuan lama & affects lapisan atas kulit kan.
Yang ni bukan, dia affects kejap saja & jauh ke dalam. Time dia attack banyak kawasan at once memang menangis la aku. Aku tak tahu nak explain apa kat orang, aku cakap aku overdid things, so tergeliat. Tapi lawak la tergeliat rahang sebab menguap. Takda siapa faham so everyone macam biasa, assume & treat aku sebagai attention seeker. Kadang aku menangis kat mak cakap nak tukar sekolah. Tapi mak kata mengarut apanya, lagi berapa bulan ja SPM. Macam2 perangai aku buat untuk tak pergi sekolah. Aku benci pergi sekolah. Aku pergi sekolah ke tak pergi sama saja pun, result maintain teruk. Not to my surprise pun, memang aku tak study apa2.
Sebelum tahun tu, sepanjang duduk sekolah tu, untuk setiap test kedudukn aku bolehlah, sederhana je. Pernah Top 10 tapi sekali saja la, tu pun masa baru masuk. Aku bukan jenis nerd yang belajar beria2 pun ya, aku just enjoy buat exercise (kerja rumah yang cikgu bagi saja pun) & happy jawab soalan periksa sebab rasa macam mind game, teka-teki, so seronoklah nak jawab. Aku straight A UPSR & PMR (normal result saja pun kat sekolah tu). Masa Form 4, aku ni antara A+ scorer jugaklah utk Addmath. Tapi masuk saja Form 5, Addmath aku dari first test sampai last tak pernah tak fail. Tak pernah walau sekali pun dapat A B C D. Straight FAIL (SPM saja C).
Mark sikit yang dapat tu pun untuk soalan Form 4. Bkn Addmath saja, semua subject pun drastically terjun gaung bunuh diri. Orang makin nak dekat SPM, makin fierce merebut2 kedudukan atas2, aku maintain dapat nombor last sekali dalam satu aras tu. Ya, last sekali. Seratus lebih nak dekat 200, akulah tu. Takda nombor lain dah. Bukan aku tak usaha & bukan aku sengaja sebenarnya. Aku cuba kentalkan hati, setkan minda untuk belajar betul2 tapi aku susah sangat nak focus. Aku selalu blur benda apa yang aku tengah menghadap, lost teruk, lepastu mula penat, bosan & mengantuk. Sejarah paling lawak. Setiap kali exam, aku, macam biasa, renew niat sungguh2 nak buat betul2 kali tu, tapi end up cuma sempat baca Bab 1, sebelum tertidur. Tak move on pun.
First test macam tu, lepastu 2nd test sama jugak, 3rd, 4th, trial, last sekali sampai ke SPM aku dengan berapa puluh kali renewed punya niat cuma sempat baca Bab 1 saja. Konklusinya aku langsung tak tahu apa jadi dalam Bab 2, 3, 4, sampai habis & jawab SPM goreng sampai boleh buat buku sejarah sendiri (SPM aku dpt B+ XD). Nama aku naik dalam mesyuarat cikgu2 SPM untuk 20 students yang perlukan extra attention. Yalah, takut sebab kami2 ni je prestasi sekolah turun. Antara semua tu aku sorang saja budak perempuan. & bila fail2 aku revealed, cikgu2 pakat terkejut. Cikgu Addmath approach aku, private talk, tanya sebab salah dia tak pandai mengajar ke result aku teruk (Form 4 cikgu lain yang ajar aku). Sedih & bersalah sungguh aku rasa.
Mulut aku ni selalu berzikir sori saja dengan semua orang. Sori sebab result tak bagus, sori sebab tertidur dalam kelas, sori sebab tak sengaja lewat, sori sebab tak sengaja buat orang marah, sori sebab bodoh, bengap & pemalas, sori sebab tak sengaja tercari pasal, sori sebab 1001 sebab. Lepastu backfired balik la aku dengan orang2 sekeliling – dah2 lah sori yang tak bermakna tu, pening kepala dengar. Esok2 buat lagi kan?
Lama2 aku habis words, takda apa dah tinggal untuk explain kat orang. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dengan aku, tak habis2 aku cari sebab untuk setiap apa yang tengah jadi dengan aku. Bila bahu sakit macam nak patah, reason aku sebab bawak beg berat so aku tinggalkan saja buku2 kat kelas & beg cuma bawak makanan. Tapi still sama. So aku assume sebab aku tidur salah urat. Tapi aku perasan aku ni jenis tidur mati, selalunya in the same position saja pun dari tutup mata sampai buka balik. Bila bangun, selalu tengok muka banyak calar. So aku assume yang tu sebab terkena jarum peniti bila pakai tudung sekolah. Tapi time cuti sekolah pun sama. Nak kata aku yang cakar muka masa tidur, aku bukan jenis suka simpan kuku panjang pun.
Hampir setiap kali tutup mata tidur dalam kelas, aku mimpi jatuh bangunan tinggi2, gayatnya sebijik macam dalam MV Evanescence Bring Me to Life tu. Bila tengok banyak lebam2, aku tak habis cari logical explanation untuk setiapnya. Time lepas Asar ke Magrib, kepala aku selalu sakit sangat siap berdenyut2 lagi, area belakang pangkal tengkuk bermaharajalela sakitnya. So aku fikir sebab aku tidur lama sangat ni, tidur aku masa siang over limit jadi bila petang sakit kepala. Jadi aku tanya2 orang sekeliling berapa limit tidur sepatutnya untuk siang hari & cuba adjust2 masa tidur dengan minum kopi paling kuat yang orang suggest @ cuba apa saja tips orang bagi.
Tapi sama saja pun. Untuk emotion yg penuh porak-peranda; resah, gelisah, sedih, benci dgn org, runsing, sampai kawan2 aku cakap aku seriously nampak serabut sangat macam orang gila – aku buat cross – referencing (time ni gugel tak widespread lagi), cari apa2 dalam buku yang cerita pengalaman orang tentang behavioural changes. Via case study dlm Majalah Remix, backed up by Majalah Siswa, aku simpulkan yang aku ni rupa2nya tengah dalam fasa rebellious state, remaja la katakan, so tengah hot-tempered, hot-headed, bold, rasa nak bergaduh & biadap ja dengan semua orang. Aku fikir wah dasyat gila naluri rebel remaja yang aku tiba2 terlibat ni ya!
Kalau nak tahu, apa2 yang tengah jadi kat aku masa tu betul2 mencabar nature aku, that’s why aku stress. Aku ni sebenarnya passive, sejenis yang benci attention tak kisah positive or negatif. Yang aku tulis bergaduh dengan orang ramai2 kat atas2 tu semua propa saja lebih, janganlah korang fikir ada pinggan mangkuk terbang, hempas pintu, or even tinggi suara sekalipun.
Mengamuk or bergaduh aku cumalah blah dari tempat kejadian, menangis sorang2 dengan penuh kebencian, mengelak & berjanji dengan diri sendiri takkan lagi berinteraksi or tengok muka sekalipun dengan individu terlibat. & janji bersungguh2 aku tu pun bila orang tunjuk effort nak berbaik, aku automatic kesian so habis berkecai tengah jalan saja. Selama hidup aku ni, kalau marah sangat aku akan rasa overwhelmed nak nangis & speechless, so nak tinggi suara celah mana. Bukan marah saja, apa2 perasaan yang aku rasa secara extreme aku akan naturally speechless (tak sure personality macamni memang natural & healthy ke @ sebab dulu kena ugut bunuh kalau bukak mulut).
Orang selalu puji2 betapa aku langsung tak menjerit naik benda2 extreme dahsyat2 kat amusement park & the like padahal aku bukan chillex hepi2 makan kuaci menikmati pemandangan kat atas sana tu, aku sangat2 takut sampai terdiam, lost word & voice. Salah faham betul. Kadang2 jeles gila dengan orang yang boleh marah secara normal, tak pendam & tak sakit hati sorang2. Pernah aku try, tapi menyesal betul aku. Bersungguh2 tahan nangis, terketar2 mulut lepastu boleh pulak tergagap2 & point yg keluar dari mulut bizarre gila.
Dahlah langsung tak offensive, lepastu out of topic terok sangat sampai aku dengan orang yang aku sedang marahkan dedua terpinga2. Buat malu aku saja. Benci betul. So sampai sekarang la aku tak reti nak marah, benci konflik dengan orang, tak pandai confront orang. Aku bukan jenis orang yang melawan arus & berjuang2 ni, jadi bayangkan bila aku duduk on the other end yg segalanya aku bukan.
Aku start rasa aku tak berguna. Start kesian kat orang yang kena hadap si tak guna aku ni. Menangis hari2, sampai habis rasa sedih, habis semua rasa & aku jadi manusia yang tak rasa apa2, tak fikir apa2. Semua yang jadi kat aku continued on & menjadi2 sampai fasa aku tak mampu nak solat. Aku menangis atas katil sebab aku nak bangun solat, tapi terlampau lemah, malas & tak mampu, rasa tak boleh bangun, tapi aku tahu berdosa lepastu aku menangis sebab berdosa pulak. & aku menangis sebab aku tahu berdosa tapi aku buat jugak.
Bila bergaduh dengan diri sendiri lama sangat sampai terlepas waktu solat, aku menyesal & qadho. Dalam beberapa minggu aku macamtu. Kenangkan Allah… Aku cuba sabar, sebab aku baca dalam Quran utk minta pertolongan Allah dengan solat & sabar. Dalam Remix/ Siswa tu cakap rebellious state makan masa bertahun jugak sebelum seseorang remaja tu dapat adapt changes, dia tak bagi apa2 solution, so guess aku kena sabar sajalah.
Pasal Allah… Start dari awal baligh, masa tepat2 habis sekolah rendah & nak masuk sekolah menengah, otak aku dah start bombarded dengan banyak sangat questions pasal life, agama dalam dunia ni & Allah. Lagipun aku tak bersembang dengan orang jadi aku banyak sangat fikir. Balik sekolah, lepas solat aku akan baca Quran dgn harapan Allah guide aku untuk semua soalan2 dalam kepala otak aku ni. Sentiasa aku dapat jawapan, walaupun kadang2 jawapannya cuma sabar tapi aku rasa fulfilled & terjawab. Masa Ting 2 @ 3, aku tak boleh dengar nama Allah.
Bila orang sebut Allah, aku jadi alert gila, rasa sedih sangat2, sayu sgt. Rasa nak nangis. Time tazkirah kat sekolah memang jenuhlah aku tertunduk2, control nangis, buat2 garu hidung sambil tengok orang sebelah nangis tak. Kadang2 aku rasa macam nak suruh sangat orang stop jangan sebut nama Allah lagi sebab aku tak tahan sangat nak nangis. (Normal kan yang ni? Sebab aku baca buku kedua Felixia Yeap pun dia macamni). Lepastu bila tengok kat surau ada terjemahan Quran (rumah aku masa tu takda terjemahan Quran lagi) aku jadi ecstatic sungguh, aku bawak sorok bawah tudung pergi ke tempat2 yang orang takda macam kat padang ke (time waktu belajar & kelas takda cikgu) @ mana2 belakang blok yang takda orang lalu.
Cover teruk macam smuggle apa2 benda terlarang. Suatu masa yg aku ingat sampai sekarang time aku duduk belakang blok lepas habis kelas tambahan, baca translation surah Arrahman, “Dan tidakkah mereka melihat burung di atas mereka, membuka & menutup sayapnya, siapakah yang memegangnya selain Yang Maha Penyayang?” Aku menangis dekat ayat yang ni, angkat kepala aku nampak burung2 terbang. Masa tu petang, scenery dia indah sangat aku takkan lupa, insyaAllah. Aku cakap kali ni aku betul2 Islam sebab aku sendiri nak masuk Islam, bukan lagi sebab family. Aku betul2 sayang Allah & aku rasa sampai ke lubuk hati paling dalam.
So aku tak boleh nak tinggal Dia. Esp dalam keadaan semua orang against me, Dia saja yang aku ada, boleh faham & tahu apa aku rasa & apa yang jadi sebenarnya kat aku 100%. Selalu aku cakap kat diri sendiri; abaikan pandangan orang, pndgn Allah saja yg matter. Sebabtu bila orang bagi pendapat tentang pandangan Allah kat aku, aku down sangat. (contoh: aku overslept & missed solat, yang ni dikira sengaja & berdosa besar, untuk orang lain yang sekali sekala saja kira tak sengaja. Muka aku ni muka sengaja sebab selalu). Kalau aku back off dari Dia, aku memang takda siapa2. So aku start balik jaga solat, tinggal semua yang sunat dalam solat & banyak2 pujuk diri betapa sekejap sangatnya solat & aku akan tidur lebih bahagia tanpa tangisn sebab tak tinggal solat.
Contoh kan, rukuk & toma’ninah tu rukun. Toma’ninah maksudnya berhenti sekejap which sekejap tu lama dia sepanjang ucapan subhanallah. Jadi si pemalas aku ni time rukuk, sujud memang tunggu sekejap langsung tak mahu baca apa2. Lama macamtu, lepastu aku rasa macam rugi la pulak aku diam saja so aku start sebut subhanallah sekali tu saja..”..hiwabihamdihi subhanallah hal azim” tu aku tinggal. Tahiyat awal memang tak baca dah. Aku pun mulanya antara orang yang berkeyakinan Allah dengar, faham & tahu walaupun Dia tak jawab.
Time SPM diumumkan, memang aku tak pergi sekolah la. Dah lah mesti ramai pemberita turun, kawan2 aku mesti straight A belaka. Malam sebelum result keluar, aku dah minta maaf siap2 dengan mak. Aku cakap aku cuma mampu target 5 fail saja. Yang tu paling tinggi, ok lah kot daripada semua fail kan. Aku cakap siap2 supaya mak tak kecewa. Orang lain target berapa A, aku yang hopeless ni kisahkan tentang berapa fail saja. Aku dapat 5A. Untuk satu sekolah tu, tak silap aku ada 2 orang saja dapat gred paling corot tu, aku salah sorang. Nasib bukan aku sorang, kalau tak mesti aku rasa bersalah gila. Takut menjatuhkan prestasi sekolah. Alhamdulillah, takda fail, paling teruk C. & betullah assumption aku, member2 baik aku almost majoriti jgklah straight A.
Macammana tiba2nya keserabutan aku tu start, macamtu lah jugak ia habis just like that. Lama cuti kat rumah, suatu hari aku bangun dengan hati yang lapang, rasa tenang, hepi, semua perasaan negative teruk aku membenci insan sekeliling tu hilang. Aku macam bangun dari mimpi & aku sungguh2 tak puas hati pergi mana semua yang aku rasa sebelum tu. Rebellious state aku dah habis ke? Dalam 60% macamtu aku dah dapat balik diri aku. Sakit2 pelik yang jadi kat aku habis macamtu saja!!!?
Masa kemas bilik aku yang macam kapal pecah tu, aku jumpak nota2 dari unknown yang dulunya aku tak perasan. Nota yang disampaikan kat meja aku pasal ada makcik cleaner passing duit untuk aku. Aku reflect balik & baru aku perasan sebenarnya Allah care & jawab, Dia bukan dengar & tengok saja. Dia bukan jadi penonton kaku aku. Dia jawab & cara jawapannya tersangatlah caring & sweet. Masa orang dekat2 aku bertubi2 berperang dengan perasaan aku ni, Allah hantar orang jauh2 aku untuk berbuat baik dengan aku. Pernah dulu kakak aku ambil dari sekolah & masa berhenti kat gerai tepi jalan, dia nak keluarlah membeli. Dah buka pintu keluar, dia masuk balik kereta & suruh aku instead. Dia kata kalau aku yang beli kami akan dapat diskaun or free macam2.
Aku cakap ngarut apanya. Bila aku beli & betul macam dia kata, aku bagitahu dia sebab dah pakcik tu nak tutup gerai ke apa, dia cakap tak. Sebab aku. Dia perasan yang setiap kali aku beli akan jadi apa2 yang best. Baru aku perasan, selalu aku turun bas, lalu depan satu kedai makan ni, makcik kedai makan tu akan panggil aku makan sedap2 kat kedai dia, makan minum free dia belanja. Bila aku beli buah simple2, orang kedai datang bagi buah tembikai, jambu @ apa2 free, berat, jenuh mengusung balik rumah. Bila aku beli air, selalu dapat lebih. Makcik2 cleaner kat sekolah yang aku tak pernah tahu & ambil tahu nama diorang baik sangat dengan aku, kadang2 bagi berplastik buah rambutan @ apa2 macamtu saja kat aku.
Kadang2 insisted aku pergi rumah diorang, makan tengah hari. Pernah aku saja je main lompat2 dengan kawan aku acah nak ambil sejenis buah macam jambu air dari pokoknya dekat dengan surau perempuan. Ada makcik cleaner dtg ckp, masuklah kelas. Kalau aku betul nak sekejap lagi dia kutip & hantarkan untuk aku. Even masa aku lari asrama, tinggal barang, makcik cleaner hostel yang masukkan barang2 aku dalam luggage dia & letak macam2 untuk aku. Sungguh aku tak faham & dulu aku gelak saja. Rupa2nya ada something deeper going on, perhaps tu cara Dia jawab aku. Sumpah aturanNya indah sangat. Aku bersyukur sangat SPM aku teruk masa tu, sebab sekolah kami biasanya cuma 2; engineering @ medic/ healthcare related.
Dalam geng aku sendiri betul2 78%:22% dua bidang tu saja. Aku tak pernah tahu/ exposed dengan benda2 selain daripada 2 tu, & as time passes I’ve learnt that I’m not born to be either of them. Hujung tahun tu, aku terpaksa buat test utk PLKN & masa Dr. tengok mata aku dia suruh buat blood test. Ringkasnya, aku hyperthyroid , T4 aku 110, kira 5 kali ganda jugaklah dari paras normal. That explains some part of apa yang jadi kat aku. & tahun tu jugak aku accidentally dapat tahu aku alami gangguan saka – that explains the rest of it. Happy nya aku, akhirnya aku faham apa yang jadi kat aku.
Macammana tiba2 boleh habis? Sebenarnya still tak habis betul, kan aku cakap aku dapat balik diri aku dalam 60%. Even 60% (jangan nak argue angka ni, aku pun main letak saja. Just roughly), aku happy dah boleh kawal banyak benda, deria2 rasa hidup & rasa macam manusia, dah tak rasa macam robot yang no feelings. Aku sendiri tak tahu macammana tiba2 saja boleh ok, tapi aku percaya seriously semuanya di tangan Allah. Dia takdirkan kat aku yang tu ujian untuk aku, & ujian aku yang semacam tu sampai situ saja.
Dah sampai situ, so stop. Sebab Dia nak takdirkan benda lain pulak utk aku, untuk direct hidup aku ke mana yang sepatutnya Dia nak aku jadi, rasa & experience. Aku baca orang yang kena gangguan ni, hidupnya selalu akan terhalang progress, macam terbantut. Bagi aku, boleh tengok obviously dalam hdup aku, memang ada some truth in it, tapi yang tu bukan kuasa jin. Yang tu kuasa Allah, takdir Allah, ujian Allah, Allah yang izinkan. Dah 9 tahun since then, macam2 yang jadi, some of the things yg dulu tu still ikut aku. Kami dalam fasa berubat, doakan kami ya! Harap sangat habis berubat ni aku akan dapat balik diri aku 9 tahun lepas.
Btw, untuk sesiapa yang ada konflik dengan orang keliling lebih kurang macam apa yang jadi dekat aku, nasihat aku bersabarlah & buat yang terbaik korang. Hanya Allah & korang saja yang tahu samaada korang dah buat yang terbaik ke dengan gunakan ciri2 & kapasiti yang Allah blesses korang with. Terbaik aku & terbaik setiap kau tak sama; situasi kita tak sama, predisposition- personality strength & weakness kita tak sama, tahap tolerability & endurance kita yang Allah dah setkan pun tak sama. Jadi buat yang terbaik kita, walaupun mungkin tak cukup terbaik di mata orang. Perhaps Allah setkan tolerability untuk orang tu lebih tinggi so ujian untuk kita irrelevant untuk dia, tapi dia tetap akan ada ujian lain.
Nak lebih faham pasal ujian (test/ fitnah) ni aku recommend tengok “Purify Your Faith – Khutbah by Nouman Ali Khan” dekat Youtube, serious sangat best & beneficial. Cara aku pandang ujian berubah 360o. Solat jangan tinggal sebab solatlah sebaik2 doa. Asalkan buat yang terbaik, Allah akan guide even kau rasa impossible sgt pun. Hati manusia hanya di hujung ‘jari’ Allah, bila2 Dia boleh flip bila Dia nak & Allah works in the favours of believers. Dendam aku dengan pakcik dah lama habis, aku maafkan semua. Untuk abah, arwah tok, semua kawan2, semua orang, aku maafkan & sama jugak minta maaf sebab obviously some part of apa yang jadi ada jugak salah aku. Kita semua manusia saja. Takkan sempurna.
Thanks untuk baca, harap beneficial & sori panjang sangat. Adios!
– Que Sera Sera
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit