Terima Kasih Allah Atas Ujian Sakit Ini

Assalamualaikum buat semua pembaca yang dirahmati Allah.

Aku hamba Allah yang sedang diuji. Ujian Allah bertimpa timpa. Semua ujian Allah beri kerana aku lalai, tiada masa dengan Allah dan kerana aku ahli maksiat.

Aku berumur 30 tahun. Seorang wanita yang ada kerjaya dalam sektor kerajaan. Jawatan ku boleh dikatakan agak penting.

Semasa di politeknik aku seorang yang sangat patuh agama. Aku jaga diri, jaga pergaulan lelaki perempuan dan yang paling penting aku jaga solat.

Lepas tamat politeknik aku kerja swasta selama 4 bulan. Masa kerja swasta boss aku tipu gaji.

Aku ingat lagi masa dapat gaji aku menangis di sejadah minta Allah berikan aku pekerjaan yang lebih bagus. Alhamdulilah Allah beri jawatan sekarang.

Umur 22 tahun aku berhijrah ke ibu kota. Aku kejutan budaya tapi masih bertudung. Ketika ini aku salah pilih kawan dan kerana itu hidup aku berubah 360. Aku mula bercinta dengan lelaki sana sini. Aku mula tinggal solat.

Pada mulanya rasa takut tapi lama2 benda dah jadi biasa. Aku karaoke sampai pagi. Bercinta pegang sana sini itu biasa tapi Alhamdulilah Allah masih beri rasa takut untuk berzina.

Pernah boyfriend ajak untuk check in tapi bila sampai hotel aku takut dan patah balik. Semasa pegang sana sini pun sebenarnya aku takut tapi kalah dengan nafsu.

Dari umur 22 sampai lah 26 tahun bulan puasa aku sekadar puasa dan solat. Tiada ibadah tambahan. Al quran dah berapa lama tak bukak. Boleh dikatakan berdebu.

Masuk umur 27 aku dah start berubah sedikit demi sedikit. Entah kenapa aku rasa takut. Tudung aku dah labuh sikit, stokin dah mula pakai dan paling penting aku dah tak keluar malam.

Bulan puasa ku juga Alhamdulilah dipenuhi dengan terawih dan ibadah lain. Aku dah mula tinggalkan perkara yang lama. Aku juga suarakan yang berdosa buat macam ni. Boyfriend masih ada cuma jarang berjumpa. Kami Ldr.

Pada umur aku 29 tahun ak diuji dengan sakit. Sakit yang pergi klinik dengan hospital pun tak dapat detect. Aku berubat juga dengan perubatan islam. Sekejap aku meracau, mengamuk dan ada kalanya aku tak sedar pun tindakan aku.

Aku juga ada anxiety panic attack dan overthinking yang melampau. Ada satu masa aku nak tikam diri sendiri.

Start dari situ kerja aku terganggu. Kerja dah mula banyak tidak siap dan boss pun sudah mula bersuara. Tapi Alhamdulilah Allah maha baik, boss aku mula paham sikit sikit.

Aku kene tipu duit juga pada masa itu. Ujian datang serentak dengan sakit. Bagai nak gila rasa. Aku sampai sekarang terfikir macam mana aku boleh jadi sekuat ini.

Tapi Allah kan dah bagitau “Sesungguhnya aku tidak akan uji melebihi kemampuan hamba”. Sejak dari itu aku mula cari ilmu agama.

Dekat fb dengan tiktok selalu naik video ceramah agama. Aku secara tak langsung tengok sampai habis. Aku juga amalkan zikir2.

Betul lah kata ustaz dengan ustazah “Allah uji kerana dia rindu nak dengar kita merintih. Kita sibuk dengan dunia dan makhluk.

Perkara yang paling mengejutkan bila aku sakit, aku dapat tahu peragai sebenar boyfriend aku.

Allahuakhbar mengigil bila dengar dari sedara dia perkara yang sebenar. Bila aku dah start berubah. Allah selamatkan aku dari jodoh yang salah.

Kalau aku teruskan, aku tidak tahu apa nasib ku nanti. Sebelum ini memang banyak kali putus tapi hati masih sayang. Aku terima balik dan terjadilah maksiat tiap kali jumpa. Pegang sana sini.

Tapi kalini Alhamdulilah aku kuat untuk lepaskan. Hati aku kosong. Tiada rasa sayang selepas aku minta dengan Allah jauhkan lah kalau betul dia bukan jodoh.

Aku juga sekarang banyak mendalami ilmu agama. Selalu join usrah dan kelas agama. Aktiviti pagi ku jugak dimulakan dengan majlis ilmu.

Aku follow majlis ilmu ustazah asmah tiap2 pagi. Bila petang lepas balik kerja aku join usrah online. Dan bila malam aku belajar mengaji.

Sekarang aku pun semakin kuat. Sakit aku semakin sembuh Alhamdulilah. ALLAH maha baik. Hikmah Allah beri ujian bila aku kembali semula kepadanya.

Walaupun pedih, sakit dan perit pada mulanya tetapi indah pada akhirnya. Terima kasih Allah kerana ujian sakit ini.

Sekarang ni aku banyak cakap dengan Allah. Percaya lah bila kita letak Allah dalam hati. Segala masalah akan selesai walaupun rasa tidak logik.

“Ya Allah, hamba ada masalah. Boleh tak selesaikan masalah hamba ya Allah. Allah kan baik” itu ayat tiap kali ada masalah.

Sahabat doakan aku istiqamah yea. Aku tidak berani nak doa jodoh sebab aku tidak layak. Aku kotor. Aku ahli maksiat walaupun bukan tahap zina. Aku takut untuk berdoa tentang jodoh.

Doakan aku yea semoga tenang dalam hidup. Terima kasih sahabat.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *