Terima Kasih Allah. Syukur Alhamdulillah

Assalamu’alaikum kepada sahabat2 pembaca sekalian.. Diharap semuanya sihat2 selalu dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah selalu.

Izinkan aku berkongsi cerita. Nama aku Mell. Umur aku 29. Aku berasal dari selatan dan bekerja di wilayah persekutuan.

Aku bercinta dengan Man (bukan nama sebenar) sejak zaman universiti sampai masing-masing dapat bekerja tetap. Kalau dikira, 8 tahun. Susah senang aku dengan dia, hanya Allah yang tahu.

Tapi selama 8 tahun tu, ujian dia susahnya nak aku cakap. Aku selalu pesan dekat hati aku, kalau kita sabar, pasti besar ganjarannya. Family kitaorang tahu pasal hubungan kami. Yela bertahun kawan takkan aku nak sembunyikan.

Man baik. Dia selalu ada bila aku memerlukan. Tapi disebalik kebaikan dia, dia baran. Satu yang paling aku tak jangka, dia kaki perempuan.

Kisah ni bermula bila kami berpisah. Dia bekerja di Kuala Lumpur, aku pula pula ke kampung sudah tamat pengajian. Tak lama, setahun. Tapi merubah segalanya.

Man bekerja sebagai ejen insurans. 3 bulan pertama bekerja dia masih ok. Tapi selepas tu, dia mula berubah. Jarang contact aku, masa tu bukan zaman whatssap. Mesej pun payah. Bila aku call dia angin, katanya sibuk.

Takpe lah, aku faham. Aku selalu tak sedap hati tapi aku fikir tak apalah mungkin perasaan aku je.

Aku abaikan. Lama aku abaikan rasa tak sedap hati tu, dan aku tetap bertahan walaupun Man layan aku nak tak nak. Aku ajak jumpa, alasan dia sama, sibuk. Takpelah aku sabar. Aku sayang Man. Dan aku tahu dia pun sayang aku.

Alhamdullilah, setahun berlalu. Aku dapat kerja sebagai penjawat awam. Di wilayah persekutuan. Man pula dah dapat kerja lain juga.

Aku ingat lagi masa dapat kerja tu, seronoknya rasa. Yela dapat dekat dengan Man. Bolehlah merancang untuk berkahwin. Tapi masa ni lah merubah segalanya.

Aku ingat lagi saat tu aku keluar jumpa Man. Sarapan pagi. Lama dah tak jumpa ni. Tapi masa Man jemput aku tu muka dia penat. Aku tanya dia kata tak cukup tidur. Tapi rasa pukul 11 malam tadi dia ws bagitahu aku dia mengantuk. Takpelah, aku abaikan.

Masa pergi isi minyak, handphone Man tinggal dekat seat. Tiba-tiba ada call. Nombor public. Masa aku angkat, tiba-tiba perempuan tu terus cakap “kenapa awak block saya lepas apa kita buat malam tadi?” Aku terdiam. Aku tanya ni siapa.

Dia kata nama dia Sofea. Aku kata aku ni kakak Man. Nanti aku suruh Man call semula. Perempuan tu pun letak. Tapi aku tak sedap hati, aku bukak handphone Man. Selama ni aku tak pernah usik, tapi kalini, Allah hancurnya hati aku…

Aku bukak semua apps media sosial yang Man ada. Zaman tu tengah famous “wechat”. Man kaki perempuan. Kaki tidur dengan macam-macam perempuan.

Dan perempuan yang call tadi tu, janda anak 1 baru berkenalan dua hari. Dan semalam tu Man baru je selesai buat hubungan dengan dia. Tapi Man block dia, biasalah dah dapat apa dia nak. Patutlah muka dia penat. Patutlah pukul 5:30 am call aku kata lapar sangat.

Mengigil tangan aku. Tapi aku diam. Aku buat macam tak ada apa. Walaupun masa tu perasaan aku ranap, hancur, musnah.

Balik tu aku donwload apps wechat dan bukak akaun Man dekat handphone aku. Terkedu. Aku sangat terkedu. Tak sangka Man khianati aku. Aku sedih. Aku rasa lost.

Aku contact perempuan tu, aku tanya dari a sampai z. Dia cerita dekat aku semuanya. Allah.. sampainya hati Man buat aku macam ni.

Aku jumpa Man, aku bagitahu perkara ni. Aku ingatkan dia mengaku dia salah, tapi tak. Dia pukul aku. Dia lempang aku. Dia kata aku kongkong dia. Aku tanya apa salah aku, dia diam.

Dia kata dia nak bersendirian seketika. Masa tu aku rasa macam tergantung, dahlah dia kecewakan aku. Dia tak mintak maaf, dia biarkan aku sikit pun tak ada rasa bersalah. Aku? Asyik cari dia.

Setiap kali solat, mesti doa aku panjang. Aku tak kuat.. 8 tahun aku setia, 8 tahun aku percayakan dia. Sampainya hati dia kecewakan aku..

Sebulan berlalu, aku fikir dia berubah. Okaylah mungkin aku akan bagi dia peluang kedua. Tapi aku silap, dia tak berubah. Malah dia salahkan aku kata aku kongkong dia. Dan dia mengaku sekarang dia sedang mengenali seseorang. Sekali lagi aku down.. kalini aku nekad.

Tak apalah, mungkin aku terlalu berharap. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang berita. Tergantung.. aku sedih. Murung. Susut badan aku. Menangis. Sakitnya aku rasa dikhianati.

Aku cuba untuk move on. Bukan mudah. Aku fobia, Bila aku teringat je mesti aku nangis. Perasaan aku sakit. Sebab Man tak macam tu bila dengan aku. Aku tak percaya itu Man. Mudahnya dia berubah…

8 tahun tu banyaknya kenangan bersama. Dari susah sampai senang. Kemana aku pergi aku nampak Man. Hari lahir dia. Aku simpan semua kenangan. Susahnya aku nak lupakan.

Bila aku bukak ig story kawan-kawan dia, mesti ada dia. Senyum gembira sedangkan aku sedang menderita. Tak apalah Man.

Aku cuba move on. Family aku dengan kawan-kawan je kekuatan aku. Setahun aku ambil masa, kadang-kadang menangis juga. Jauh sudut hati rindunya dekat Man. Lelaki pertama yang aku kenal apa itu cinta. Akhirnya aku terima kenyataan. Man memang buang aku.

Aku pun tukar doa aku. Aku tak nak sebut tentang Man. Cumanya aku doa, semoga jodoh aku selepas ini seorang lelaki yang baik. Yang boleh bimbing aku.

Aku ingat lagi masa tu waktu hari raya, aku nangis masa salam mak aku. Aku kata, “emak doakan adik dapat jodoh yang ikhlas & baik”. Itulah kali terakhir aku menangis hanya kerana lelaki bernama Man.

Setahun lebih selepas tu, aku kahwin. Dengan lelaki yang kadang aku rasa tak layak pun. Suami aku baik. Baik sangat. Rajin solat, tak pernah sekali pun tinggi suara dekat aku. Suami aku matang. Baiknya Allah. Aku kenal dia tak lama, nak kata jodoh keluarga pun tak juga.

Entahlah perkenalan tu sangat dipermudahkan. 3 bulan kenal, tunang terus nikah. Bahagia? Alhamdullilah walaupun kitaorang pjj. Tipulah tak bermasam muka, tapi dia boleh handle aku.

Man? Masih lagi dengan perangai lamanya. Dia mengamuk masa aku nak kahwin. Dia kata aku gila sebab tak tunggu dia. Tapi aku abaikan. Aku tetap move on. Bahagia bersama suami tercinta.

Sesungguhnya Allah tau mana yang lebih baik untukmu. Belajarlah mengerti bahwa sesuatu yang baik tidak akan Allah izinkan pergi kecuali Allah gantikan dengan yang lebih baik. Terima kasih Allah.

Doakan aku dan suami dikurniakan zuriat, aku dapat pindah ikut suami aku dan bahagia sampai jannah.

– Mell (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *