Terima Kasih, Ayah

Sebetulnya, Almarhum ayah. Iya. Ini tentang kisah aku dan Almarhum Ayah.

Ingat lagi. Masa tu tahun 2007. Aku tunggu Ayah depan pintu rumah. Dia balik kerja sebelum Maghrib. Rutinnya begitu.

Awal pagi pukul 7 kena lapor diri di pejabat Felda. Kemudian baru ke Ladang.

Tapi, hari tu aku setia tunggu dia balik kerja. Semata-mata nak tunjuk sijil SPM. Alhamdulillah.

Walaupun keputusan tak cemerlang mana, 9 kredit dari 10 tetaplah aku dah kalahkan result SPM anak Pegawai yang berlagak. Huhuu.

“Pandai anak Ayah. Kawan hang dapat berapa? Sapa lagi tinggi keputusan?”

“Cek, Ayah.”

Beritahu Aku sambil pandang dia. Redup pandangan Ayah masa tu.

Ayah senyum sambil cuit dagu aku. Aku? Itu lah perasaan yang tak dapat nak ungkap dengan perkataan. Bahagia? Ya. Sungguh..
.
.
Aku saksi segala pengorbanan Ayah besarkan kami 5 beradik.

Pernah aku nampak ayah cuba bergurau dengan rakannya di tepi jalan melalui tingkap rumah, tapi rakan Ayah buat tak endah. Aku sedih! Sungguh.

Masa tu Ayah masuk Ladang kayuh basikal! Motor tak ada. Kereta, apatah lagi.

Keadaan masa tu buat Aku berazam nak belajar sungguh-sungguh. Buktikan. Aku mampu berjaya dan buat Ayah bangga. Buat orang pandang kita!

Akhirnya, aku berjaya banggakan Ayah. Aku di terima kerja di salah sebuah IPT dan bidang tugasku ada kaitan dengan Perubatan.

Ya. Masa tu, Ayah di pandang. Aku nampak kepuasan pada mata Ayah ketika memandu kereta milik aku ke tempat tinggal lama kami di Felda. Aku di kira anak yang berjaya.

Sehinggalah.. Pada tahun lepas, Allah ambil Ayah dari kami semua. Pemergianya agak mengejut. Ketika Raya Aidilfitri.

Terkilan. Aku tak sempat jumpa dia. Bertemu empat mata. Lutut bertentang lutut.

“Hang nak tau dak? Ayah buh topup RM1 semata-mata nak habaq dalam Whatsapp group dia pi Hospital pagi tu..”

Sebak Aku dengar. Dapat tahu bila Kakak buka Telefon Ayah. Kami kadang akan topup internet untuk Ayah. Tapi, mungkin masa tu masing-masing ingat Ayah ada Internet lagi.
.
.
“Ayah nak pi Spital ni. Alhamdulillah.. Ayah rasa ok. Takdak apa-apa aihh..”

Tenang.. Kami pun tak syak apa-apa. Mak cakap Ayah sembang sakan sepanjang nak pi Hospital. Kami tak fikir kemungkinan lain.

Tapi..

Tak sampai beberapa jam kemudian, kami terima perkhabaran Ayah dah meninggal di katil Hospital. Mengah. Baru nak panjat katil Hospital, CPR. Ayah pergi selamanya..

Doktor diagnos sebagai Severe Sepsis. Jangkita kuman dalam darah tahap teruk. Aku meraung! Itu lah kali pertama dalam hidup aku menangis sebegitu rupa.

Sebab? Aku tak telefon pun ayah masa dia khabarkan berita on the way pi Hospital. Aku fikir, beri masa untuk dia berehat. Tak nak kacau. Rupanya, buat selamanya Aku beri dia peluang untuk berehat..

Kawan-kawan..

Hari ni, Aku menyesal sebab jarang video call dengan Ayah. Aku rindu dia. Rindu ni sakit. Kadang, tengok gambar dia pun cepat-cepat Aku slide tepi.

Gambar Ayah berdua dengan Aku langsung tak ada! Aku kena edit masukkan untuk dapatkan gambar couple dengan Ayah.

Pesan Aku. Tangkaplah gambar dengan insan tersayang. Kalau bukan hari ni, esok mungkin dia bukan lagi jadi milik kita. Apa je kenangan yang kita ada? Ciptalah kenangan sebanyak mungkin..

Ayah..

Terima kasih.

Besarkan Cek dengan sangat baik.

Jaga kami hingga ke nafas terakhir Ayah.

Kami sayang Ayah..

Selamanya Ayah tiada ganti dalam hati kami.

Terima kasih Ayah..

April 2023 tahun duka kami sekeluarga.

– Cempaka Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *