Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Confession ni ditujukan khas untuk mereka-mereka yang pernah bantu saya baru-baru ni.
Masih ada berbaki seminggu lagi sebelum terima gaji baru. Duit dalam bank tinggal sipi2 je lagi. Sebelum pergi check up anak di hospital saya keluarkan duit yang ada untuk buat belanja.
Selepas check up anak, doktor prescribed anak untuk pakai pam asthma tu. Tapi sebab anak masih kecil, jadi saya perlu beli corong aerochamber… di hospital ada jual.
Demi memikirkan anak, saya guna juga duit yang ada walaupun dah tinggal hujung nyawa duitnya.
Selesai beli aerochamber tersebut, saya menuju ke ATM untuk keluarkan duit emergency untuk gantikan duit yang dah beli alat tu tadi.
Disebabkan tak bawa beg lebih dan kotak aerochamber tu agak besar, saya cuba letakkannya atas mesin ATM sementara nak keluarkan duit.
Tak semena-mena kotak tersebut jatuh meluncur ke belakang mesin ATM. Saya jadi kaget dan panik.. apa nak buat ni. Mata dah mula berlinang.
Dalam pada tu saya minta tolong berapa orang yang lalu lalang. Disebabkan masa tu time rehat, mungkin ramai yang mengejar masa rehat mereka dan tak mampu tolong.
Namun ada juga yang sudi cuba untuk bantu. Daripada guard, cleaner, cik Misi, orang biasa. Saya bersyukur ramai yang baik hati.
Namun, disebabkan belakang ATM tu sempit, tak banyak yang mereka boleh tolong. Saya ni dah banjir kat situ juga.
Mana tak nya, sedih pulak rasa bila kita tengah takde duit, beli juga alatan tersebut demi anak.. tak sempat guna dah jatuh.
Terasa diri ni bodoh pun ada sebab tak check dulu keadaan atas mesin tersebut yang tak rata rupanya.
Dalam banyak-banyak insan yang membantu, saya terkesan sangat dengan sorang Misi ni.
Daripada awal dia tahu masalah saya, dia sanggup luangkan waktu rehatnya sambil pegang bungkusan makanan untuk temankan saya dan bersumgguh-sungguh cuba bantu saya dan anak kecil saya.
Dia cuba suluh dan tangkap gambar belakang mesin tersebut untuk lihat kat mana yang terjatuhnya. Dia juga cuba buat panggilan pada rakannya yang mungkin boleh membantu.
Kesungguhannya buat saya terharu. Setelah lama menunggu rakan yang dihubunginya, dia minta saya bertenang dan pergi makan dahulu sebab rakannya yang nak bantu tu tengah makan. Dia pun perlu minta diri.
Sedang saya menunggu rakan yang dimaksudkan, disebalik mask yang saya pakai, mulut saya tak henti2 berzikir.
Rabbi yassir wala tu assir. Rabbi tammin bil khoir. Ya Allah permudahkanlah, jangan persulitkan.
Dengan tak semena-mena tiba2 muncul tiga orang security yang nak masukkan duit dalam mesin tersebut.
Apa lagi, sambil dukung anak, terus saya kejar dapatkan mereka dan mohon bantuan.
Pada mulanya mereka kata memang tak dapat bantu sebab bidang tugas mereka hanya masukkan duit ikut bahagian hadapan mesin. Yang kotak ATM tu bahagian lain.
Dengan rasa hampa saya kembali ke tempat duduk saya tidak jauh dari situ sambil menunggu rakan Misi tadi.
Saya perhatikan saja dari jauh adik2 security buat kerja.
Setelah selesai tugas mereka, saya nampak salah sorang dari mereka cuba kait belakang ATM guna batang mop yang saya cuba minta dari cleaner sebentar tadi.
Saya pergi ke arah mereka semula.. sangkaan saya benar. Mereka memang cuba tolong saya dapatkan barang yang terjatuh.
Dengan kudrat lelaki, akhirnya Alhamdulillah kotak tersebut dapat dikeluarkan. Saya bersyukur sangat-sangat. Nak bagi duit kopi pun diorang tolak.
Kalau semua yang dah bantu saya tadi baca confession ni, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. Allah hadirkan anda semua ketika saya sangat memerlukan. Ketika saya rasa lost.
Untuk Misi tersebut, saya doakan suami awak dapat penderma buah pimggang yang sesuai dan Allah permudahkan urusannya.
Ya, hanya itu yang dia minta saya doakan dan menolak walau saya cuba nak bagi duit kopi juga.
Begitu juga adik security tadi, staf2, cleaner, guard yang cuba macam-macam. Betapa bermakna sangat keikhlasan hati semua yang membantu saya. Terima kasih ya Allah.
– Puan Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit