Terima Kasih COV1D

Tiada yang Allah jadikan itu sia-sia.

Kenapa terima kasih covid? Sedangkan wabak itu banyak mendatangkan kesulitan buat semua orang. Hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan malah ada yang hilang ahli keluarga.

Jujurnya, saya bersyukur kerana Allah izinkan wabak covid melanda negara kita dulu. Kerana disebabkan wabak itu la turning point saya bermula.

Saya ada banyak masa untuk mendalami ilmu agama dan menambah baik amal ibadat seharian.

Pagi-pagi tidak lagi kalut untuk uruskan anak2 ke sekolah. Saya ada lebih masa untuk bertenang-tenang di atas sejadah.

Kebiasaannya selepas solat subuh saya lazimi dengan zikir2 biasa dan bersambung dengan bacaan al-mathurat dan juga ratib al-attas.

Selain daripada sepuluh ayat pertama & sepuluh ayat terakhir surah al-kahfi. Juga surah yaasin jika sempat. Hampir setiap hari tanpa gagal kecuali bila uzur @ ada hal yang menghalang.

Sebelah malam pula saya usahakan juga supaya dapat baca lagi al-mathurat selepas solat maghrib. Sepuluh ayat awal & sepuluh ayat akhir surah kahfi juga saya tidak tinggalkan.

Begitu juga dengan solat2 sunat. Sebelum covid, saya cuma mampu lakukan solat sunat fajar sahaja. Solat2 sunat yang mengiringi waktu lain saya belum rajin untuk menunaikannya.

Pembaca boleh cari hadith mengenai besarnya pahala siapa yang mengerjakan solat sunat fajar ni.

Sehinggalah covid datang. Banyak rutin saya berubah. Tidak lagi terkejar2 masa untuk menghantar & mengambil anak2 dari sekolah. Daripada situ saya mula biasakan diri solat sunat mengiringi waktu solat fardhu.

Sebabnya, saya ada dengar kuliah yang mengatakan bila kita solat sunat ni ia dapat tampung apa yang kurang dalam solat fardhu kita. Begitu juga dengan sedekah. Dapat tampung kekurangan pada zakat yang kita tunaikan.

Bermula dengan solat sunat dua rakaat sebelum zohor, lama kelamaan saya dapat tunaikan solat sunat empat rakaat sebelum zohor dan empat rakaat selepas zohor.

Sehinggalah setiap solat fardhu saya iringi dengan solat sunat dua rakaat sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Doakan saya terus istiqamah ye.. Saya juga doakan semoga semua pembaca dapat kekuatan untuk mengerjakannya.

Semua ni bukan terhasil dalam masa yang singkat. Berdikit-dikit saya lakukan setiap hari sehingga ia menjadi rutin harian. Sehingga Saya dah tak rasa terbeban untuk solat sunat.

Saya tak mulakan semua sekaligus. Saya biasakan diri dulu sedikit demi sedikit.

Contohnya minggu pertama Saya biasakan solat sunat sebelum zohor. Bila dah terbiasa Saya tambah pula solat sunat selepas zohor. Kemudian, baru saya tambah lagi dengan solat sunat sebelum asar.

Begitulah seterusnya sehinggalah semua solat fardhu ada solat sunat yang mengiringinya. Mungkin hampir setahun juga untuk Saya biasakan diri dengan rutin baru ni.

Ada ceramah daripada ustaz yang menyebut barangsiapa mahu dirinya selamat daripada api neraka maka peliharalah solat sunat empat rakaat sebelum & selepas zohor. Ada beberapa perkara lagi yang ustaz sebutkan.

Begitulah serba sedikit perkongsian saya setelah Allah hadirkan wabak covid ini. Tiada satupun yang Allah jadikan itu sia-sia.

Kerana covid la saya kenal apa itu ratib al haddad, ratib al attas. Kerana covid la saya dapat perbaiki amal ibadat saya.

Saya harap pembaca dapat sedikit manfaat daripada perkongsian ini. InsyaAllah, jika rajin saya akan kongsikan lagi peristiwa yang saya rasa Allah betul2 nak tolong saya dengan hadirkan covid ni.

Coretan kali ini baru permulaan pada kisah-kisah seterusnya yang berlaku dalam hidup saya.

Semua yang berlaku atas izin Allah jua. Allah yang gerakkan hati saya untuk perbaiki amalan saya. Tiada satupun daripada saya melainkan Allah yang mengaturkan semuanya.

Saya doakan semoga pembaca semua diberikan taufik dan hidayah untuk berubah ke arah kebaikan. Doakan Saya juga supaya istiqamah ye..

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *