Aku Wawa. Surimah yang menjaga seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Perkahwinan aku dan suami hampir masuk 3 tahun.
Kehidupan aku sama seperti surirumah yang lain. Urus rumahtangga, anak dan suami setiap hari.
Aku seorang yang hampir kepada perfectionist.
Pada mulanya, aku agihkan tugasan rumah mengikut hari. Kalau harini aku mop dan sapu lantai, esoknya aku akan cuci baju, sidai dan angkat jemuran lama. Begitulah selangnya. Bila bakul penuh aku akan lipat.
Perihal mainan anak pula, sehari mungkin 2 kali aku kemas, waktu anak nap siang dan sebelum suami pulang kerja waktu maghrib.
Aktiviti memasak memang setiap hari ada. Pagi memasak untuk breakfast anak dan aku, tengahari sewaktu anak nap aku akan masak lunch.
Biasalah kan, surirumah ni sentiasa letih. Sentiasa rasa stress. Aku ceritakan apakah perkara yang buat cepat aku naik angin.
Kebanyakannya melibatkan anak. Contoh, anak letak makanan dari pinggan ke atas meja dan buat aksi wiper sampai bertebaran makanan kat bawah.
Anak terjaga dari tidur waktu aku masak lunch menyebabkan aku terpaksa ulang alik menyusukan dia semula untuk tidur dalam 2 3 kali.
Contoh lain, anak nak mengempeng waktu aku buat kerja rumah waktu pagi. Ya kebanyakan melibatkan anak. Jaga anak tak susah, nak buat kerja sambil jaga anak tu yang memenatkan.
Suami aku ada bantu kadangkala lepas pulang dari kerja. Aku tidak mengharap dia offer diri untuk bantu sebab aku tahu dia penat.
Tapi sebenarnya aku juga penat seharian dirumah. Aku juga lelah bila aku rasa hanya aku yang banyak mendidik anak. Banyak fikir tentang perkembangan anak, kesihatan anak dan sebagainya.
Aku ingin semua ini juga diusahakan oleh suami aku. Salah ke?
Berulang ulang episod di atas sehingga satu tahap aku burnout. Aku merasakan aku ingin shut down dari dunia.
Aku tiada energy untuk buat kerja rumah, tiada energy untuk bercakap dengan suami aku. Aku tidak bermotivasi untuk hidup. Aku disahkan mengalami depresi.
Berminggu aku ambil masa untuk percaya. Aku juga pada masa yang sama tidak mempunyai sex driven yang tinggi terhadap suami. Setiap kali dipegang aku menolak.
Ya kedua dua ini saling berkaitan yang memberi kesan dan masalah pada hidup aku dan hubungan perkahwinan aku. Aku hampir meminta cerai sebab aku tidak mampu memenuhi kehendak suami.
Dipendekkan cerita, aku mengambil keputusan untuk menjalani sesi terapi dengan psikoterapis. Inilah titik perubahan hidup aku.
Setelah selesai sesi pertama, terapis mendapati diri aku mempunyai childhood trauma tanpa disedari.
Pertama, aku mengalami trauma response oleh kerana sewaktu aku darjah 6 aku pernah dicabul oleh rakan sekelas.
Hal ini aku adukan kepada guru dan kes dikira selesai pada waktu itu. Aku juga telah melupakan peristiwa itu. Namun, tubuh aku mengingatinya.
Aku menolak sentuhan suami aku disebabkan tubuh aku tertrigger oleh kejadian tersebut. Respon aku pada sentuhan suami adalah sama seperti respon aku semasa dicabul dahulu.
Aku freeze Aku bertanya mengapa baru kali ini berlaku. Jawapan terapis tersebut adalah “at some point in your life it will trigger you”.
Kedua, aku juga mengalami trauma shame. Ini lebih kepada berlaku dalam sistem keluarga. Ibu bapa aku adalah ibubapa yang tipikal garang, merotan anak untuk disiplin dan sebagainya.
Aku dahulu selalu kena makan dalam keadaan bersih, selalu kena duduk baik2, rumah tak boleh bersepah.
Kesedihan aku sewaktu kecil tidak dipedulikan. Aku tidak dipeluk, tidak berkasih sayang. Sentiasa rasa takut kena marah.
Asbab kepada childhood aku begini, apabila anak aku melakukan perkara sama seperti aku dahulu, ia menjadi trigger point kepada aku.
Aku jadi cepat naik angin. Padahal behaviour anak aku adalah normal pada usianya, tapi ia menjadi trigger point kepada aku. Jadi disini, aku yang bermasalah.
Selepas menjalani proses terapi, aku seolah2 sedang sembuh. Aku sedar akan semua hal ini.
Aku yang patut merubah persepsi aku pada anak. Aku patut melihat dari sudut pandang anak. Apa yang anak kecil ini sebenarnya inginkan.
Kini, aku tidak lagi seperti dahulu. Terima kasih depresi. Aku tidak lagi mudah memarahi anak. Dan aku lebih memahami tingkahlaku anak.
Kerusi makannya kini aku alas dengan kain batik supaya makanannya mudah untuk aku bersihkan.
Aku juga telah berhenti menyusukan anak jadi aktiviti kerja rumah aku tidak lagi diganggu.
Aku juga terima seadanya ilmu penjagaan anak oleh suami aku, secara perlahan aku sharing apa yang perlu. Aku lebih tenang. Aku lebih faham emosi aku. Aku faham keadaan sekeliling.
Aku bersyukur aku dapat berubah lebih awal.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit