Terima Kasih Fina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Isi kandungan confession aku hari ni adalah more as appreciation post to my lovely only one wife, Fina. Terima kasih atas kesudian baca post aku tak seberapa ni.

Awal perkenalan macam biasa, kenal time belajar bersama dan lebih kurang 2 tahun lepas masing masing grad, Alhamdullilah kami berjaya mengikat tali pernikahan selepas bertunang 6 bulan.

Untuk makluman, isteri aku ada jaga anak saudara beliau dari kecik bila mak ayah dorang cerai and time kami kahwin, umur anak saudara dia ni dah nak masuk 4 tahun. Dari situ aku dah nampak ciri ciri keibuan dalam diri dia dan menguatkan lagi untuk pilih dia as bidadari hidup aku. From that moment on, i never look back. Dan bila kami kahwin, aku dah anggap aku sebagai anak aku sendiri

Sepanjang perkahwinan kami, boleh dikatakan dia adalah perempuan perfect bagi aku. Sejuk mata memandang, hormat ibu bapa, pandai berdikari and all the positive attributes that you can think of. Tapi pasti adalah sedikit kekurangan sini sana tapi bagi aku tu semua aku boleh pandang sebelah mata sebab aku sendiri far from perfect. Aku selalu terpikir apa yang aku buat dalam hidup aku yang melayakkan aku untuk dapat dia.

Dengan ada dia, ibadat aku terjaga. Sebelum kawen, solat aku tunggang langgang and aku tak segan untuk mengaku dekat dia. Tapi dia tak kisah sebab dia kata boleh sama sama berubah and we did exactly that. Dia pemangkin semangat aku untuk dalami ilmu agama sebagai ketua keluarga, kenalkan aku dengan ustaz sini sana, bawak aku tempat ceramah sini sana. Allahu, tak terbalas rasanya apa dia buat pada aku. Thanks again Fina for that. Amat banyaklah jasa dia pada aku.

Masuk tahun ke 3 kami kahwin, dugaan maha besar datang. Aku dibuang kerja atas sebab penjimatan kewangan syarikat. Masa tu aku rasa dah gelap dunia dan takde arah tuju. Nampak muka isteri aku dan anak aku je (anak saudara fina). Balik kerja petang tu, aku tak balik rumah terus. Aku drive tanpa hala tuju kesana kemari melayan serabut kepala hotak aku dan pikir apa alasan nak bagi kat isteri aku. Dia call berpuluh kali aku abaikan. Sampai satu tahap aku rasa nak pulangkan isteri aku pada mak ayah dia. Tapi Alhamdullilah Allah cekalkan hati aku untuk balik malam tu dan terus terang kepada isteri aku. Habis je aku cerita semua, isteri aku senyum dan bagi kata kata semangat. Saat tu rasa macam hilang semua beban yang ada dan nampak segala jalan penyelesaian. Aku dan fina sama sama ceburi business online dan Alhamdullilah rezeki Allah bagi cukup untuk aku sekeluarga. Berkat doa ibubapa dan isteri solehah kesayangan aku. Terima kasih fina untuk semangat dan sokongan tak berbelah bahagi. Mana nak cari isteri camni woi.

Bila aku ingatkan takde apa dah dalam dunia ni yang boleh merampas kebahagian aku, Allah hantar peringatan Dia pada aku. Fina rebah ketika jumpa customer and warded. Masuk hari 4, aku dan anak aku sempat berborak panjang dengan dia and tanpa aku tahu itu lah perbualan terakhir kami. Selepas Isyak, isteri aku pergi bertemu Ilahi selamanya. Bergoncang lantai aku rasa masa aku nampak dia pergi, semangat terbang kemana. Menangis tak keluar air mata. Aku rasa macam mimpi sebab tak sampai 12 jam aku berborak dengan dia and now dia dah kaku tak bernyawa depan aku. Luckily family aku ada masa tu and diorang tenangkan anak kami. And sampai sekarang aku masih terbayang babak tu depan mata. Terima kasih fina ajar aku erti kuat dan tabah

Now dah 6 bulan fina pergi and takde satu saat pun aku tak teringatkan dia. Untuk beberapa bulan pertama, hidup aku terabai business semua tak jalan. Anak kami aku hantar duduk dengan atok diorang buat sementara. Makan minum takde makna dalam hidup aku. Boleh bayangkan tak sebelum kau tidor, kau recall balik semua saat happy dengan seseorang sampai terbawak bawak dalam mimpi. Mimpi tu sangat real dan bila kau bangun and kau tengok sebenarnya dia dah takde kt dunia, pedih tu Tuhan je tahu. Aku mesti menangis berjam jam selepas tu. Aku duduk sorang sorang dalam rumah mesti terdengar suara isteri aku panggil nama aku. Rasa macam hampir gila. Terima kasih fina untuk semua kenangan manis bersama.

Tapi syukur aku ada keluarga and kawan kawan yang sentiasa support aku dari segi fizikal dan mental. Now aku dah slow slow terima kenyataan yang isteri aku dah berapa di tempat yang lebih baik. Aku cuma kena elakkan duduk sorang sorang atau aku akan hanyut dalam perasaan aku sorang sorang. Cuma masa tulis post ni bergenang air mata. Tapi aku cekalkan diri sebab aku nak semua tahu kebaikan ister aku dan moga korang semua doakan dia. Dan dengan aku dah jaga anak aku balik, life has a meaning again

Kepada pembaca, aku mintak doakan kebahagiaan untuk arwah isteri aku di sana dan untuk aku and anak aku. Dont forget to reach to your friends and family when you are depressed. Aku jamin 150% ia sangat lah membantu. Kalau ada yang memerlukan someone, just mention it in comments and aku akan personally pm korang.

Kepada kawan kawan and ahli keluarga aku yang baca post ni, hanya Allah je boleh balas jasa korang.

Untuk norsyarafina binti abdul rahman, saya doakan semoga semua amalan baik awak diterima. Saya tak akan dapat cari seperti awak lagi dalam masa terdekat dan mungkin sampai bila bila. Terima kasih untuk semua.

– Insan bertuah di dunia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *