Terima Kasih Hafiz

Selasa lepas adalah kali ketiga dalam minggu tu aku interview kerja. Seperti biasa, kena reject depan depan. Aku dah letih sangat. Aku kena buang kerja masa komitmen tengah banyak sebab company tengah kurangkan staff.

Aku faham ekonomi tengah teruk, tapi aku tahu juga performance aku kat tempat kerja. So far aku di antara yang banyak menyumbang pada company. Kenapa nama aku tersenarai juga untuk kena tendang? Pampasan tak banyak pun. Aku cuma boleh survive beberapa bulan.

Dah lima bulan aku jobless. Kereta aku pun bakal ditarik bila bila masa je. Muka makin kusam sebab tak mampu dah nak beli barang make up macam dulu. Dah tak boleh berhias. Actually boleh dengan sisa make up yang ada, tapi dah makin rasa lesu.

Dah keluar dari rumah sewa. Sekarang sewa bilik je. Dulu aku mampu sewa satu rumah tu aku sorang bayar. Duit simpanan makin susut selesaikan hutang. Nasib jugak aku ni yatim piatu, takde ralat sgt tak mampu hulur kat mak ayah.

Bila demam dah mula aku mencari klinik kerajaan. tunggu lama pun tak apa lah, dah tak mampu. Dulu setakat habis RM185 di klinik swasta tu sebelah mata je. Teringin nak makanan nugget, pandai dah aku beli yang jenama tesco. Dulu marina atau ayamas tu ambil tanpa tgk harga pun.

Aku betul2 papa kedana dah. Aku malu dgn kawan sekeliling. Hutang bertimbun. Kereta tunggu masa. Sewa bilik ni pun entah lah lagi berapa lama.

Malam semalam aku nekad.

Balik dari another interview, aku mandi. Aku mandi sangat lama. Aku sabun setiap inci badan. Aku syampu, garu kepala aku sampai pedih. Aku tonyoh pencuci muka kuat kuat. Aku gosok gigi sampai gusi berdarah. Aku sental betul betul.

Aku potong kuku. Aku kemas bilik. Aku susun buku dalam kotak. Aku simpan cincin bekas tunang bagi dalam laci. Tiba tiba teringat masa dia kata dia dah taknak aku lagi dan aku boleh simpan cincin tu. Masa sesak, aku cuba gadai, cincin tu bukan emas 916. No wonder lah..Tak apa. Aku lipat baju. Aku kemas katil.

Aku berdiri tengah bilik sambil pandang sekeliling. Aku puas hati. Aku ambil beg tangan, dan keluarkan isinya satu satu. Handphone. Buku nota. Perfume. Pouch make up. Powerbank. Wallet. Payung. Pisau.

Ini malamnya. Aku dah lama fikir tapi tak terjadi. Cuma ntah kenapa aku yakin inilah malamnya. Semasa aku senang, kawan kawan sentiasa ada. Bila aku susah dan cuba berhutang, aku sedar senarai kawan makin susut. Aku faham.

Aku ambil pisau, hela nafas, dan letak di pergelangan tangan. Boleh, Farah. Memang sakit tapi masalah habis. Ye, Allah takkan terima tapi kau dah tak boleh survive di dunia dah. Ini yang terbaik.

Aku rasa jantung laju. Aku rasa menggeletar. Tangan sejuk sangat. Aku berkira kira dan teragak agak tapi makin kuat aku tekan pisau tu.

Tiba tiba, handphone bunyi. Nombor unknown. Aku tergamam. Aku tak terdaya nak jawab. Sampai senyap sendiri.

Aku letak pisau dan pegang phone, berbunyi lagi sekali. Perlahan aku jawab.

“Farah, Hafiz ni!”

Aku berkerut dahi. Ramai hafiz, ini mana satu? Mungkin dia tahu aku confuse.

“Sorry kacau kau lewat malam. Macam ni, aku baru settle kerja, nak lepak minum tapi kawan aku tak jadi datang. Bosan plak lepak sorang. Aku teringat kau ada area sini jugak. Nak lepak tak?”

“Sorry.. hafiz mana ek?”

“Weh, tadika sekali! Hawau tak kenal suara aku ke hahahahaha …”

Pendek cerita, aku kemas beg semula dan keluar. Sampai mamak, hafiz sengih lambai tangan.

Hafiz cerita dia baru balik kampung minggu lepas. Dia ada ziarah kubur mak ayah aku. Dia sembang pasal kerja. Bola. Politik. Najib, malu apa bossku. Throwback abang aziz jatuh bot. Dewi remaja. Bangshim yang dicukur rambut sampai muka sehodoh si rot sebab masuk lokap. Hafiz memang macam tu banyak cakap. Dari satu topik lompat ke topik lain.

“Kau tak nak makan ke Farah? Aku payung.”

Aku tersentak sekejap. Sebab aku macam hilang fokus dgn sembang dia. Lepas makan, hafiz pulak senyap sekejap. Lepas tu dia kata..

“Farah, susah kan hidup ni. Kau dah ada degree, dah kerja (dia tak tahu cerita aku), aku ni belajar pjj ntah bila nak habis, stress betul. Kau boleh survive sorang dekat sini. Macam mana kau handle ye?”

Aku terus menangis. Aku menangis sampai orang tepi tepi dah tengok. Hafiz bangun pegi bayar dan ajak aku ke tempat park kereta aku. Hafiz tanya, kenapa. Bertubi tubi tanya. Aku menangis sampai hafiz pun aku nampak kabur. Aku rasa dada aku sesak sesesaknya sampai aku hambur segalanya dengan air mata ni. Aku bukak pintu kereta dan duduk. Hafiz mencangkung depan aku dan kata,

“Farah, sumpah aku tak tahu masalah kau. Aku takkan paksa kau cerita. Tapi tolonglah jangan pendam sampai tahap macam ni. Save nombor aku, apa je kau rasa lepas ni, pukul berapa pun perasaan tu dtg, call aku. Whatsapp aku. Menangislah tak apa kalau kau ok lepas tu. Tapi make sure esoknya kau takkan nangis untuk benda yang sama.”

Aku angguk dan balik. Sampai di bilik, aku terus lelap.

Esoknya aku bangun dengan satu rasa beban yang sedikit kurang. Aku check handphone dan ada whatsapp dari hafiz. Tiga ayat. Bukan I love you tapi “Ingat, Allah ada.”

Hafiz, terima kasih. Sebab panggilan telefon dari kau (padahal lama gila kita tak contact), aku tak jadi commit suicide. Aku berjaya menangis semahunya. Aku rasa lega. Terima kasih, Hafiz.

– Farah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *