Terima kasih kepada IIUMC berkongsi confession aku. Aku nak chill dalam menyampaikan isu ini. Tapi tak berjaya. Aku terus emosi, sampai menitik air mata.
Tajuk diatas sebenar nya nak seek attention orang yang rase diri nya pada zaman kanak-kanak telah berlaku satu tidak keadilan kerana lahir dikalangan Family yang bermasalah, such as Toxic, Narcissist, Pilih Kasih, Berpisah dan sebagainya.
Ingin aku jelaskan tujuan aku menulis nih sebab terpanggil membantu mereka yang rasa diri mereka berada dalam trauma sehingga sekarang. Ramai rupanya.
Bila aku baca komen dekat FB IIUMC. Aku terpanggil untuk ketengahkan solution. So apa patut mereka buat? Apa pilihan yang terbaik untuk kita tempuh kehidupan?
Kiranya ini solution.
Alhamdullilah first sekali kita kena bersyukur kepada Allah yang kita masih hidup, dan sekarang boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Cuma sekarang
Menjadi persoalan, Kenapa Allah uji kita diawal waktu kita masih kecil?
Obviously rata-rata mengatakan Allah sayang kita. Allah nih maha adil dalam menentu corak kehidupan kita. Diuji nya manusia dengan kemampuan manusia tersebut pada waktu tersebut.
Disamping itu Allah bimbing kita jadi manusia yang baik. Allah bagi kita pilihan untuk buat keputusan sekarang. Yer bila aku kata sekarang, masksudnya disaat nih Allah masih bagi kita peluang buat keputusan untuk jadi orang yang baik.
Terima Kasih Allah tak terjangkau ilmu mu Ya Allah dalam memberi manusia buat pilihan.
Bagi mereka yang menghadapi ujian diawal hidupnya, maka beruntung lah mereka kerana kedepan nanti dapat merasa nikmat kehidupan yang baik, manakala bagi mereka yang belum menghadapi ujian Allah. Bersiap sedia kerana ujian Allah itu benar kepada manusia.
Aku cuba untuk menulis supaya mereka yang menghadapi ujian semasa kecil berasa tenang, bahawa Allah akan hadirkan kemanisan nikmat kehidupan kelak.
Sebagai contoh dihadirkan kehidupan rumahtangga yang baik, dapat berkasih sayang dengan suami yang soleh, anak anak yang soleh solehah. Ini meruapkan dambaan manusia yang mengejar kehidupan kebahagiaan.
Adakah kita tahu, bahawa sebenarnya kita telah dizalimi oleh ibu kita semasa kecil?
Maka aku nak tanya sekarang apakah doa orang yang dizalimi nih Allah perkenan?
Tapi sebelum itu ada beberapa syarat untuk kita berada dalam situasi Allah angkat doa kita nih.
1) Kita memaafkan mereka yang menzalimi kita. Ianya hanya sekadar lintasan hati kita, sudah memadai,
“Ya Allah aku maafkan ibuku, ayahku” walaupun pada asasnya trauma tu masih berbekas-bekas di hati kita. Tidak Mengapa, Allah jua mengetahui lintasan niat hati kita.
2) Kita sebagai anak yang lahir dikalangan keluarga bermasalah ini, tak lari dari ucapan dan kejiaan ibu bapa kita, mereka melontarkan ucapan yang penuh keji berserta dengan kuasa VETO mereka.
“Engkau Anak derhaka , Tak layak Bau Syurga, Jangan Engkau Mengaku Aku Ibu Kamu, Aku tiada Anak seperti Kamu, Lebih Baik Kamu Mati Sahaja ”
Sebagai manusia, kita akhirnya akan setuju, bahawa semua ucapan mereka itu ketika mereka sedang emosi, stress, tertekan dengan kehidupan yang mereka lalui.
Yer manusia nih bila mereka emosi, stress dll, mereka menggunakan kuasa veto yang mereka ada, untuk bertindak sedemikian tanpa rasa belas kasihan.
Namun kita sebagai anak-anak seharusnya boleh menilai syurga itu bukan nya terletak pada ucapan ibu bapa, tapi sebenarnya terletak pada ucapan kita.
Apa yang cuba aku sampaikan, sekeji-keji apa yang dilontarkan mereka, kita yang sebenarnya akan menentukan syurga tersebut. Fahami apa yang aku cuba sampaikan.
Untuk capai value sebenar “syurga dibawah tapak kaki ibu” hanya melalui doa anak yang soleh/solehah. Bukannya sebab kita nih selalu balik kampung, hulur duit, belanja makan dan sebagainya. Itu semua sekadar nak capai satu proses membalas jasa baik mereka.
Ada yang kata murah rezeki. Yes betul aku setuju. Tapi yang paling mahal sekali adalah anak nya yang mendoakan ibu ayah nya.
Ucapan doa anak-anak kepada ibu bapa nya merupakan syurga sebenar yang dinilai Allah. Tiada siapa dapat nafikan hak dan ucapan ini. Maka kita doakan mereka kebaikan, kita doakan Allah ampun kan dosa dosa mereka.
Maka selesai lah ujian hidup kita. Terima kasih ibu yang zalim.
Just sebagai tambahan, alang-alang dah boleh minta doa sebab kita kena zalim dari ibu ayah.
Teruskan berdoa minta murah rezeki, dapat suami soleh, isteri solehah, anak soleh solehah, mati dalam kebaikkan,
Kita minta Allah bimbing kita semula dekat kepadanya, Allah bukak jalan untuk kita redho, Allah hilang kan penyakit depresi kita, Allah ganti balik apa yang patut kita rasa semasa kecil.
Finally jangan lupa kita cuma nak pengakhiran hidup yang baik. Kita nak Allah redho dengan kita. Jika pengakhiran hidup kita baik, kita akan jumpa di syurga Allah.
Semoga Apa yang aku kongsikan ini berniat baik. Membawa satu mesej yang jelas bahawa Allah masih bersama kita. Jangan kita putus harapan kepada janji Allah.
Mohon Share kepada kenalan kita, kawan-kawan kita, bantu mereka pilih jalan yang terbaik. Sekian Apa yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari kelemahan aku sendiri. Aku minta maaf.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit