Aku seorang jejaka berumur lewat 20an yang terjebak dengan aktiviti s*ksual sejenis sejak bangku sekolah.
Aku masih mempunyai nafsu terhadap wanita, tapi sampai hari ini aku masih mampu menahan dari ‘mencuba’ sebab aku takut aku akan lagi hanyut..
Sepanjang belasan tahun aku terjebak dalam dunia ni, boleh dikatakan berkali-kali aku cuba ubah diri,
Namun tiap kali hubungan cinta aku dengan wanita gagal, aku kembali ke arah itu untuk mencari kepuasan.
Cerita kali ni tentang hubungan aku yang terbaru, bertahan hanya beberapa bulan,
Sebab aku banyak terbaca confession di IIUMC tentang wanita yang banyak kecewa dan gagal dalam hubungan perkahwinan sebab pasangan mereka adalah orang yang macam aku.
Aku akan guna nama wanita tersebut sebagai M.
Ia seolah menguatkan keraguan akau terhadap diri sendiri yang aku mampu berubah sepenuhnya dan keyakinan aku untuk confess dekat M tentang status diri aku.
Sebelum ini kami kawan rapat, hampir 10 tahun. Namun suatu hari M yang memulakan langkah atas dorongan keluarga kerana layanan aku yang agak istimewa terhadap M.
Ikhlasnya aku layan M sebegitu sebab kami memang rapat dan terlalu banyak cerita tentang aku M tahu, boleh kata teman tapi mesra.
Masa tu aku fikir why not aku cuba sebab kami masing2 dah berkerjaya dan belum berpasangan.
Tapi selepas hubungan aku dengan M bermula aku jadi tak selesa kerana ada rahsia tentang diri aku yang M tak tahu.
Aku cuba untuk positif, teruskan hidup seperti biasa. Seriusnya kami dengan hubungan ini sampai kami dah kenal keluarga masing-masing,
M dah rancang untuk jumpa keluarga aku nanti lepas boleh rentas negeri balik. Aku dah jumpa keluarga M kerana aku bekerja di negeri mereka tinggal.
Rahsia yang aku simpan buat aku sedikit berubah, sebab aku jadi tak selesa dengan berahsi dari M, sampailah aku terbaca cerita demi cerita kat IIUMC tentang gagalnya hubungan kerana orang seperti aku ni.
Mula dari tu aku lagi resah sebab ikhlasnya aku memang dah start sayang M, dalam masa sama aku jadi tak yakin dengan diri dan rasa aku tak layak dan kotor untuk wanita sebaik M.
Jujur aku memang takut suatu hari nanti kalau aku dah kawin dengan M aku akan hancurkan dia dengan benda yang sama aku baca kat IIUMC.
Sampai la suatu hari kami bergaduh sebab satu isu, dan aku bagitahu semua benda dekat M.
Dan malam tu juga aku minta putus, sebab aku taknak perjudikan masa depan M semata untuk merubah masa depan aku yang kelam ni.
Apa yang mengejutkan M tetap ingin mencuba walaupun dia dah tahu aku tak normal macam orang lain, tapi bagi aku ia bukanlah satu situasi yang sihat bagi aku sebab semua aib aku M dah tahu.
Sekarang aku dah kehilangan sahabat yang sebelum ni aku boleh cerita macam-macam.
Ikhlasnya memang aku sedih, dalam masa sama sekarang aku kehilangan kerja dan perlu memulakan segalanya yang baru. Mungkin ini balasan tuhan atas apa yang aku lakukan.
Aku tak tahu sejenis apa kisah cinta kami, berpisah bukan kerana orang ketiga, tapi kerana masa silam aku yang tak mampu aku baiki.
Jujurnya setiap hari aku masih rindukan M, dan aku yakin M merasakan yang sama. Tapi aku rasa ini perlu demi masa depan M.
Biarlah luka sementara dari luka bila dah hubungan sampai ke alam perkahwinan.
Aku akan selalu doakan M akan jumpa lelaki yang baik, bagi aku dia sempurna dan aku pasti jodoh dia adalah jauh lebih baik dari aku.
Aku juga berharap aku akan berubah dari dunia songsang ini suatu hari nanti, aku masih hanyut dan masih mencuba.
– Hambanya yang ingin berubah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit